CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3681|Reply: 1

SUDIRMAN : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

[Copy link]
Post time 31-7-2020 06:23 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Penghibur Terbaik Malaysia dan juga Asia, arwah Dato' Sudirman sememangnnya tiada tandingan sehingga kini. Beliau yang  juga merupakan Artis No.1 dekad 1980 an ini mempunyai beratus jumlah seleksi lagu yang sangat popular dan malar segar sehingga kini. Kemampuan beliau yang mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai genre muzik dan persembahan pentas yang hebat menjadikan beliau sebagai Legenda Muzik Terbaik Malaysia selepas arwah Tan Sri P.Ramlee. Antara gelaran lain yang pernah diterima beliau ialah Seniman Rakyat, Elvis Malaysia dan Penghibur Milik Masyarakat. Di waktu kemuncak kerjaya beliau, arwah sempat mengeluarkan 15 album studio yang hebat dan laris di pasaran. Oleh, tidak menghairankanlah jika arwah juga dikenali sebagai Ikon Pop Malaysia sepanjang zaman.



BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUAN DATO' SUDIRMAN  HJ ARSHAD

NAMA SEBENAR : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TARIKH KEMATIAN : 22 Februari 1992
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaya
TAHUN AKTIF : 1976-1992
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Lelai Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini. (Senarai ini hanya fokus kepada lagu nyanyian solo arwah Sudirman).
12
LAGU PALING POPULAR
SUDIRMAN
01

HOREE HOREE



KOMPOSER: Hakcipta Terpelihara

PENULIS LIRIK : Hakcipta Terpelihara

ALBUM : Anak Muda

TAHUN : 3 April 1980

CATATAN :
Lagu asal nyanyian versi Bahasa Melayu oleh arwah Biduan R.Azmi ini sebenarnya adalah lagu saduran daripada filem India berjudul Miss Coca Cola. Penyanyi asal lagu ini dalam bahasa Hindi ialah Asha Boshle dan dirakam semula oleh arwah R.Azmi pada tahun 1957. Kemudiannya, arwah Sudirman merakamkan semula lagu ini pada tahun 1980 dan meletop di pasaran. Lagu ini juga menjadi lagu






02

BASIKAL TUA (HIDUP SEDERHANA)



KOMPOSER: Abu Fahla

PENULIS LIRIK : Siti Zaleha Hashim & Sudirman

ALBUM : Anak Muda

TAHUN : 3 April 1980


CATATAN :
Lagu ini antara lagu paling popular di dalam album Anak Muda. Sudah sangat jarang untuk kita dengar lagu yang mempunyai tema lirik dengan kenderaan ketika zaman ini. Lagu ini juga mencerminkan jenis lagu yang kerap dicipta oleh artis zaman itu yang kelihatan lebih kreatif dan mempunyai tema jalan cerita lagu yang lebih meluas serta tidak tertumpu kepada isu cinta semata-mata.

Info Lanjut Boleh Rujuk Sumber Rujukan Ini >>> SUDIRMAN : LAGU PALING POPULAR


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dia tenang di sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069181 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list