CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 11

[Tempatan] 4 lelaki ditahan seludup 1,500 murai kampung

[Copy link]
Post time 1-8-2020 03:12 AM | Show all posts |Read mode


- Foto hiasan








4 lelaki ditahan seludup 1,500 murai kampung




MELAKA: Dua rakyat tempatan dan dua warga Indonesia ditahan kerana disyaki cuba menyeludup keluar kira-kira 1,500 ekor burung murai kampung dianggarkan bernilai RM300,000, di perairan negara di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah, berkata suspek berusia antara 33 hingga 55 tahun yang menaiki dua bot fiber itu ditahan dalam Op Benteng Laut kira-kira 1.9 batu nautika dari Barat Daya Pulau Besar pada jam 2.15 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati burung murai kampung berkenaan disyaki diseludup ke negara jiran kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran negara berkenaan.

"Ketika tangkapan dilakukan, bot peronda Maritim sedang melaksanakan rondaan dalam operasi khas di perairan itu sebelum mengesan dua bot fiber yang berada rapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu mendapati 1,500 ekor burung murai kampung ditempatkan di dalam raga cuba diseludup keluar oleh sindiket berkenaan yang bertemu di tengah laut untuk memindahkan haiwan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati dua warga Indonesia itu adalah pendatang haram.

Katanya, mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2012 dan Akta Imigresen 1959/63 manakala dua bot fiber yang menggunakan enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda dan Mercury 115 kuasa kuda turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Haris Fadzillah berkata operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi 24 jam," katanya. - BERNAMA










Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2020 03:21 AM | Show all posts
amboi amboi banyak sangat kes kecurian ' khazanah' negara lately ni ye. satu balak, ni pulak fauna malaysia...adoi aih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 03:22 AM | Show all posts
wow, it is 3 :22 am rajinnya buka thread pagi pagi sabtu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2020 03:48 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 31-7-2020 11:22 AM
wow, it is 3 :22 am rajinnya buka thread pagi pagi sabtu...

Itu waktu di malaysia.

Disini 8:22pm. Hari ini cuaca terlalu panas 36c!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 04:25 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-8-2020 04:26 AM
FOTHER-MUCKER replied at 1-8-2020 03:48 AM
Itu waktu di malaysia.

Disini 8:22pm. Hari ini cuaca terlalu panas 36c!

ohhh....midsummer nite ...hmm...nice. patutlah rajin awak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 11:59 AM | Show all posts
Banyaknya mau pupus bilangannya macam ni kalau tak cepat dibenteras
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 1-8-2020 03:00 PM
mbhcsf replied at 1-8-2020 03:21 AM
amboi amboi banyak sangat kes kecurian ' khazanah' negara lately ni ye. satu balak, ni pulak fauna m ...


Sebab yg mencurik hasil negara dgn 46 pertuduhan pun boleh lepas gitu saja dan boleh cuba rampas kuasa lagik. Pe nak heran
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg suka kurung burung tu kira dah langgar fitrah allah menyiksa burung yg secara nature bebas liar. Semoga dilaknat allah mereka semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 05:17 PM | Show all posts
pyropura replied at 1-8-2020 02:59 PM
Yg suka kurung burung tu kira dah langgar fitrah allah menyiksa burung yg secara nature bebas liar.  ...

Bagaimana kalo sanggup menyamar jadi "forumer" dari negara lain dengan tujuan menyemarakkan api permusuhan serta menimbulkan kebenciaan sesama ummah dari 2 negara berbeda ?? dilaknat ke tak pyro??
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 2-8-2020 05:17 PM
Bagaimana kalo sanggup menyamar jadi "forumer" dari negara lain dengan tujuan menyemarakkan api pe ...

Bila masa pulak  aku nyamar forumer negara lain nih?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 11:19 PM | Show all posts
pyropura replied at 2-8-2020 11:13 PM
Bila masa pulak  aku nyamar forumer negara lain nih?

Hang tahu baca ke tak? ada aku cakap hang kaa?? aku tanya hang.. dilaknat ke tak??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allshares at 3-8-2020 11:52 PM

Oh ni namanya murai kg.

Waktu kecik2 dulu dkt rumah iols ade sepasang murai kg ni pagi2 suka bernyanyi bersama, bahagia. Pastu lama2 dtg lagi sekor murai tackle pasangan murai ni, lalu di tinggal lah murai Nan seko. Murai yg di tinggalkan tu lps tinggal dia seko2 takde lagi menyanyi2 di pagi hari. Ni cerita betul bukan rekaan yah. I simpati dgn murai tu, mesti terasa kehilangan dek perampas dan pasangan curang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.112367 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list