Bayangkan suami yang pernah anda kasihi ini rupanya berselindung di sebalik identiti sebenar seorang pembunuh bersiri? Bagai kaca dihempas batu, begitulah perasaan seorang isteri yang ditipu hidup-hidup selama ini.
“Flower of Evil”, berkisarkan twntang psikopat yang menukar identitinya untuk menyembunyikan masa lampaunya yang kejam dan isterinya yang bekerja sebagai detektif pembunuhan cuba untuk merungkai kebenaran.
Lee Joon Gi akan membawakan watak Baek Hee Sung, seorang tukang besi. Melalui bengkel besinya, Baek Hee Sung menyara isteri dan anak perempuannya, sekaligus menunjukkan bahawa dia adalah seorang suami dan ayah yang baik. Baek Hee Sung selesa dengan kerja-kerja rumah serta menjaga anak, seorang lelaki yang tidak mengejar kebendaan dan berpuas hati dengan apa yang dia ada. Bagaimanapun, dia seorang yang tidak berperasaan dan tidak menunjukkan sebarang emosi seperti gembira, sedih, hormat, teruja, simpati, empati, bersalah ataupun tolak ansur.
Moon Chae Won pula memegang watak sebagai isteri Baek Hee Sung, seorang detektif pembuhuhan bernama Cha Ji Won. Walaupun berbadan kecil dan ekspresi muka seperti kanak-kanak mungkin menimbulkan persoalan sama ada dia boleh mengendalikan kes jenayah yang agresif, keperibadiannya yang ingin tahu memberikannya lebih banyak keterujaan daripada ketakutan apabila berdepan dengan keadaan berbahaya. Keseronokkan menyelesaikan kes jenayah memberikan kepuasaan dalam kerjayanya.
‘Flower of Evil’ akan diarahkan oleh PD Kim Chul Gyu (“On the Way to the Airport,” “Chicago Typewriter,” dan “Mother,”) dan skripnya akan dinukilkan oleh Yoo Jung Hee yang pernah menulis skrip “Naked Fireman.” Drama ini akan bersiaran menerusi tvN Asia di Astro Ch 395 dan Unifi TV bermula 30 Julai depan bagi mengisi slot tayangan Khamis – Jumaat jam 9.45 malam. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go.
|