Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
35709
View
678
Reply

[Jenayah] Update: MUKA SUAMI #440 dan FB #448, #449, Video anak #321 - Prof Madya Dr UIA (Pic #93) mati dijerut tudung oleh suami kerana failkan cerai (suami lafaz cerai 24 Jun 2020) INFOGRAFIK #491

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2020 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 3-8-2020 06:18 AM

Pensyarah dijerut dengan tudung
Ahad, 2 Ogos 2020 | 3:40pm



PUTRAJAYA: Berang dengan tindakan isteri mahu failkan pengesahan cerai, seorang lelaki menjerut leher wanita itu, yang juga seorang pensyarah dengan tudung hingga mati.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, lelaki itu kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Suspek yang berusia 42 tahun itu kemudian pulang ke rumah mereka di Putra Perdana, dekat sini, kemudian mengajak anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun keluar mencari isterinya itu dengan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, tembelang lelaki itu dihidu pihak berkuasa apabila siasatan mendapati pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan dia kemudian mengaku menjerut leher isterinya dengan tudung.

Pasangan itu berkahwin sejak 15 tahun lalu dan isterinya bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti awam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata kira-kira jam 1 pagi pada 30 Julai, Balai Polis Cyberjaya menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkan isterinya yang berusia 40 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran tasik berkenaan.

Beliau berkata, suspek memaklumkan kepada polis kononnya menemui mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak jam 4 petang Rabu dan menemuinya dalam keadaan tidak bergerak.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa manakala gelang emas yang dipakainya masih ada di tangan kiri namun telefon bimbit dan beg duit, hilang.

Bagaimanapun, helah suspek terbongkar apabila bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Serdang mendapati wanita itu mati akibat dijerut (compression of neck).

"Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana si suami ada melafazkan cerai pada 24 Jun 2020.

"Kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 30 Julai sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menahan seorang lelaki di perkarangan Hospital Serdang, Selangor.

"Suspek kemudian mengaku menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakai sehingga mati ketika berada di dalam kereta Produa Myvi di Taman Mas, Putra Perdana," katanya kepada pemberita.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek kemudian menunjukkan tempat barang milik mangsa dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam.

Katanya, lelaki itu juga menunjukkan lokasi dia membuang telefon milik mangsa jenis Samsung yang sudah dipecahkan dengan batu, di dalam tasik di Taman Putra Perdana namun telefon itu tidak ditemui.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menjerut leher mangsa kerana terlalu marah selepas mereka bertengkar mengenai hasrat wanita itu untuk memfailkan perceraian.

Katanya, selepas menjerut leher mangsa sehingga mati, suspek memandu kereta ke Tasik PKNS di Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang sebelum memindahkan mayat mangsa ke tempat duduk pemandu.

"Suspek mengambil dompet dan telefon si mati dan meninggalkannya di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan.

"Lelaki itu mengaku membunuh mangsa kerana marahkan wanita itu yang tetap mahu bercerai," katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 6 Ogos ini.

Man remanded after allegedly strangling wife to death in Dengkil because she wanted divorce
Sunday, 02 Aug 2020 04:59 PM MYT



PUTRAJAYA, Aug 2 A 41-year-old man has been remanded until August 6 after he is believed to have strangled his wife to death with her headscarf in a car at Putra Perdana, Dengkil on Wednesday (July 29), just two days before Hari Raya Aidiladha.

Sepang District Police chief ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof said in a statement today that the suspect then drove the car, with the body of his 40-year-old wife in it, to an area near a lake in Pinggiran Cyberjaya, where he placed her on the drivers seat and left the engine on.

The suspect then returned home and went out with their 14-year-old daughter by Grab to look for the victim. The suspect claimed that he and the Grab driver found the victims vehicle after midnight before calling the police when they discovered her motionless body.

A post-mortem carried out on July 30 found that the victim, a lecturer with Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, died of compression to the neck and the suspect, a volunteer with a non-governmental organisation (NGO), was arrested at the grounds of the Serdang Hospital at 12.30pm on the same day, he said.

Wan Kamarul Azran said the suspect confessed to killing his wife because she had insisted on a divorce, adding that the couple had been married since 2005.

The suspect also led police to the place where he dumped the victims belongings. He also confessed to breaking his wifes mobile phone before throwing it away, he said, adding that the case is being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder. Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 2-8-2020 04:49 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-8-2020 12:08 PM

Jerut isteri minta cerai
Oleh KOSMO! 2 Ogos 2020, 4:41 pm



SEPANG C Gara-gara terlalu marah isteri minta cerai, seorang lelaki bertindak menjerut leher wanita itu sehingga mati menggunakan tudung yang dipakai dalam kejadian di Taman Mas, Putra Perdana dekat sini pada 29 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek, 41, bertindak menjerut leher mangsa berusia 40 tahun kira-kira 10 minit sehingga mati di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Menurutnya, suspek kemudian membawa mayat mangsa menghala ke tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya kira-kira pukul 4.30 petang dan menukarkannya ke tempat pemandu serta meninggalkannya dalam keadaan enjin kereta dihidupkan.

Bagaimanapun, suspek bertindak menghubungi MERS 999 pukul 1.04 pagi dan memberitahu isterinya tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran tasik tersebut.

Suspek menyatakan dia bersama pemandu Grab mencari mangsa dari rumah mereka di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta tersebut dan kemudian menghubungi polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit tiada bersamanya tetapi gelang emas masih dipakai di pergelangan tangan kiri.

Berikutan itu, beliau berkata, mayat wanita terbabit dihantar ke Hospital Serdang dan hasil bedah siasat pada 30 Julai lalu mendapati punca kematian mangsa disebabkan compression of neck.

Katanya, siasatan dijalankan ke atas suspek juga mendapati hubungan mereka mempunyai masalah dan lelaki tersebut telah melafazkan cerai kepada mangsa pada 24 Jun lepas.


Susulan itu, suami mangsa ditahan di perkarangan Hospital Serdang pukul 12.30 tengah hari pada 30 Julai lepas dan suspek mengaku menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakainya.

Pasukan polis juga dipandu arah oleh suspek menunjukkan tempat barang milik mangsa dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam, katanya.

Beliau berkata, suspek mengaku memecahkan telefon jenis Samsung milik mangsa menggunakan seketul batu bertujuan merosakkannya sebelum dibuang ke dalam tasik Taman Putra Perdana namun ia tidak ditemui.

Suspek mengaku membunuh mangsa kerana marahkannya yang tetap mahu bercerai. Pasangan tersebut berkahwin pada 2005 serta mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun.

Mangsa bekerja sebagai pensyarah manakala suspek ialah sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan serta tidak mempunyai pekerjaan tetap, katanya.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul Azran berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 6 Ogos depan bagi meneruskan dan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ...Melayu kah. ...knp ramai suami nk bunuh bini ni.....makin menjadi2
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:52 PM | Show all posts
otw to hanging rope
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...pakai tudung tentu Melayu. .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang mental ke hape sejak covid ni sb masalah kewangan ...ya mungkin kewangan ada sangkut paut. ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 04:58 PM | Show all posts

From Kosmo

Edited by tumpanglalu74 at 2-8-2020 05:01 PM



Susulan itu, suami mangsa ditahan di perkarangan Hospital Serdang pukul 12.30 tengah hari pada 30 Julai lepas dan suspek mengaku menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakainya.

Pasukan polis juga dipandu arah oleh suspek menunjukkan tempat barang milik mangsa dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam, katanya.
Suspek mengaku membunuh mangsa kerana marahkannya yang tetap mahu bercerai. Pasangan tersebut berkahwin pada 2005 serta mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun.

Mangsa bekerja sebagai pensyarah manakala suspek ialah sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan serta tidak mempunyai pekerjaan tetap, katanya.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul Azran berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 6 Ogos depan bagi meneruskan dan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Upm ka atau ukm? Sapa ada info?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai...sesalan tak berkesudahan..kalau ada masalah..baik je laa lepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai membunuh
Emak msti
Ayah masok jel

Kesian pada anak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in .. nanti ada info masuk balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:08 PM | Show all posts
kesian tengok sampai membunuh2, kenapa dia tak nak bercerai? isteri nak bercerai tu mesti bersebab la tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
saspek takde kerja tetap yer?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes biawak?kes nigga?kes kayu tiga?pakej biawak+pukul? Masalah rumahtangga tu..minta dijauhkan laa drpd psgn mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:18 PM | Show all posts
Suspek xde keje tetap,  wife pulak lecturer,
mestilah x nak lepaskan wife.. Mesti wife tu support dia selama nie..
X guna punya lelaki..  
Sampai sanggup membunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-8-2020 05:08 PM
kesian tengok sampai membunuh2, kenapa dia tak nak bercerai? isteri nak bercerai tu mesti bersebab l ...

Kaka rasa mesti masalah kewangan ...isteri X tahan hanya duit dia yg tanggung keluarga. .suami pula mkn duit isteri dan malas kerja lalu isteri minta cerai so suami mesti x nak sb x de tempat bergantung. ....

Hamponnnn tekaan Kaka la
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2020 05:20 PM | Show all posts
Berang fail cerai, suami jerut leher isteri hingga mati
Ahad, 2 Ogos 2020 @ 3:02 PM



TIDAK dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian menyebabkan seorang lelaki tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu, turut berpura-pura mencari isterinya, 40, yang juga seorang pensyarah bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

"Suspek kemudiannya membawa mayat mangsa menggunakan kenderaan dipandunya menghala ke Tasik PKNS, Dengkil pada 4.30 petang Rabu lalu," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menukarkan tempat mangsa ke tempat pemandu sebelum mengambil dompet dan telefon simati serta meninggalkan isterinya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

"Dia (suspek) kemudian keluar bersama anak menaiki kenderaan e-hailing konon ingin mencari wanita itu yang tidak pulang ke rumah dari jam 4 petang Rabu lalu.

"Suspek mengatakan dirinya bersama dengan bantuan pemandu e-hailing dari rumah yang terletak di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta yang dinaiki mangsa di tepi tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya dan kemudiannya hubungi pihak polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, pemeriksaan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit yang tiada bersama dengannya tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan di leher.

"Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mangsa.

"Suspek mengaku membunuh isterinya kerana marahkan mangsa yang tetap mahu bercerai dengannya.

"Mereka sudah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun," katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:21 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-8-2020 05:20 PM
Kaka rasa mesti masalah kewangan ...isteri X tahan hanya duit dia yg tanggung keluarga. .suami pul ...

selalunya memang gitu la kaka amboiii hampunnnkan iolssss kerana bersangka burukk
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ngerinye ..sian kat nsb ank2..mak dh x de..bapak pulak hmmm.sanggup membunuh tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list