Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
710
View
7
Reply

[Dunia] Penerima pindahan muka pertama AS meninggal dunia

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2020 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-8-2020 02:31 AM



Connie Culp Culp menjalani 30 pembedahan sebelum melakukan pindahan muka menerusi prosedur kompleks selama 22 jam pada 2008 di Klinik Cleveland. Foto AGENSI



Penerima pindahan muka pertama AS meninggal dunia




WASHINGTON: Penerima pertama pindahan separuh muka di Amerika Syarikat (AS), Connie Culp, yang menjalani pembedahan 12 tahun lalu, meninggal dunia pada usia 57 tahun di Klinik Cleveland, Ohio.

Ketua Dermatologi dan Pembedahan Plastik Klinik Cleveland, Frank Papay, yang tidak memperincikan punca kematian Culp bagaimanapun menyifatkan beliau sebagai 'perintis terhebat'.

"Keputusan beliau menjalani prosedur yang kadang kala digambarkan sebagai sangat menggerunkan ialah hadiah paling bermakna untuk semua manusia," katanya.

Culp mengalami kecederaan parah pada 2004 selepas suaminya menembak beliau, sebelum lelaki berkenaan mengacukan pistol ke diri sendiri.

Tembakan pada jarak dekat itu menyebabkan hidung, pipi, bahagian atas mulut dan mata Culp hancur.
Suaminya yang tidak mengalami kecederaan parah seperti Culp kemudian dipenjarakan selama tujuh tahun susulan kejadian terbabit.

Culp menjalani 30 pembedahan sebelum melakukan pindahan muka menerusi prosedur kompleks selama 22 jam pada 2008 di Klinik Cleveland.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menjadi jurucakap keganasan rumah tangga, selain tampil memberikan sokongan terhadap mana-mana individu yang menjalani pindahan muka, termasuk Charla Nash.

Nash dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan menjalani prosedur pindahan selepas digigit cimpanzi yang menjadi haiwan peliharaan. - AFP
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-8-2020 07:25 PM | Show all posts
cantik dia dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia.. byk rasa kesakitan sepanjang hidup. Kena tembak kt muka kot. Nak baik drpd luka kena tembak tu tak terbayang sakitnya.lps tu bedah berkali2 sakit lagi every time nk recover tu. Bpa byk pain killer la doctor bagi kt dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:53 PM | Show all posts
kesiannya... mesti kehidupan sebelum ni pun merana sebab kena tembak dekat muka... semoga beliau berada di tempat yang lebih baik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Omputih punya ganas.. lain macam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:32 PM | Show all posts
tujuh tahun je laki dia kena?
dia punya la tersiksa seumur hidup
sungguh tak adil mahkamah dunia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam muka rosmah mansur
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan.. Tp suka tgk semangat org mcm ni.. Move on and take charge instead of menyalahkan takdir..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list