Uttar Pradesh: Lelaki yang nyenyak tidur terkejut apabila ular tedung memasuki seluarnya.
Dalam insiden di Kampung Sikandarpur, Uttar Pradesh, India itu lelaki terbabit dilaporkan berdiri tujuh jam sambil memegang tiang kerana bimbang ular berkenaan mematuknya.
Times Now melaporkan insiden itu berlaku di penempatan sekumpulan pekerja buruh yang bekerja memasang tiang dan wayar elektrik.
Ketika insiden itu berlaku, lelaki malang berkenaan, Lovekesh Kumar dilaporkan bersendirian di lokasi kejadian manakala rakannya pulang ke rumah selepas makan malam.
Terdahulu, Lovekesh yang terjaga dari tidur selepas ular tedung itu memasuki seluar menunggu bantuan rakannya dan dilaporkan berdiri serta berpaut di tiang kerana khuatir reptilia itu mematuknya.
Aksi rakan Lovekesh menanggalkan seluar dan mengeluarkan ular berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi perkongsian satu video.
Difahamkan, Lovekesh tidak cedera dalam insiden berkenaan namun dilaporkan dia keletihan kerana berdiri selama tujuh jam sementara rakannya tiba di lokasi kejadian untuk membantunya.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/606168/amp
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
eeee..seram. tak bole bayangkan kekejangan tu bgimana. kalau aku dh megelupor smpi penyek kot ular tu kena tindih.
haku minggu lepas pegi beli makanan ikan..dlm kabur tertengok mata tak pakai spek bekas kuning ingatkan apa..perati dekat dekat rupanya ulat kecil mengeliat liat..apalagi menjerit punyalah kuat keluar suara jantan..dgn tokey tu pon menjerit sekali
kalau blm sampai masanya..7jam pun hdp lg.tp kalau dah ajalnya sekejap jer dah kene patuk tu..kalau yg mcm ni tak kelakar utk dia sbb ular tu betul2 msk dlm seluar dia hidup2 tu..huhaii
Post time 3-8-2020 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
matamata replied at 3-8-2020 12:37 PM
Kesiannya.... Cemana nak kencing ke nak berak ke...
Tp kalau seluar tu agak ketat, susah ular tu ...
Yup i pon terpikir ni.. Maybe sbb tedung selar kan.. So nk kembangkan kepala dia xle.. Tp yg ajaib tu dr tido ke posisi berdiri tegak tu langsung ular xgerak2...this is so so miracle.. Dh belum ajal kekdahnya