CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4239|Reply: 20

[Jenayah] Penjawat awam dipenjara 14 tahun, denda RM70,000 guna dokumen palsu

[Copy link]
Post time 3-8-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang penjawat awam dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM75,438.90 pada 2014 dan 2015.

Bagaimanapun, pembantu akauntan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Roslan Al Sidek Sulaiman, 40, hanya menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas Hakim S. Indra Nehru memerintahkan hukuman berkenaan berjalan serentak mulai hari ini.

Tertuduh, yang berkhidmat di JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, berdepan dengan hukuman penjara tambahan 14 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh, yang memakai kurta hijau dan berkopiah itu, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap 14 pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Roslan Al Sidek didakwa secara tidak jujur menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu pesanan penghantaran dan invois atas nama Musmar Enterprise, Aladin Emas Enterprise dan Mizie Auto Enterprise bagi tujuan tuntutan pembayaran pembelian petrol, diesel dan minyak pelincir.

Kesalahan itu dilakukan di jabatan itu di sini antara September 2014 hingga Ogos 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azmi Yusuf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tertuduh dalam keadaan sebak, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana masih menanggung isteri dan tiga anaknya berusia antara 11 hingga 19 tahun selain kedua-dua ibu bapanya masing-masing berumur 69 dan 73 tahun.

“Saya tiada pendapatan lain, tiada tanah dan tiada apa-apa yang boleh saya wariskan kepada keluarga. Saya telah sedar (atas kesalahan dilakukan) dan juga telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya. – Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
musykil mcmn dia songlap duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x kantoi, x denya nak insaf
Ni dan dan pakai kopiah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 09:55 PM | Show all posts
sukacactus replied at 3-8-2020 09:28 PM
Kalau x kantoi, x denya nak insaf
Ni dan dan pakai kopiah

khennnn...baru laaaa nak teringat anak isteri bagai
haktuih

nasib la...pencen hilang...kene penjara lagi




Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la org tamak... dh keje elok2 lagi nk songlap duot bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 3-8-2020 09:19 PM
musykil mcmn dia songlap duit ni

Senang je.  Dia gunakan nama pembekal yg dah ada dalam sistem, cuma dia create invois tuntutan. Mungkin cara pembayaran tu direct payment ke akaun, dan kebetulan dia pembantu akaun, mungkin dia bank in terus ke akaun dia lepas notis tuntutan diluluskan pihak atasan. Mungkin juga guna cek.. Mcm2 kaedah nak mentipu claim ni. Ada yg berpakat dgn owner company.
Ni ada sorg pegawai jkr ni, tak puas ngan kompeni kawan aku sbb dapat projek depa. Siap dok perli2, jek2 suruh pas projek yg kami dapat ke kompeni kawan dia.. Gi mampus la, better buat sendiri dpt gak pengalaman & tmbah kompeni profile..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi selepas 6 tahun. Selayaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kt kedah ari tu org jkr la gak .sprm serbu umah ade rm1 juta.  pakat ngn kontraktor jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Wei... klu gaji x cukup... ko buatla partime..

Jgn tipu duit kerajaan... tu duit rakyat la bangang...



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bohong lah berita ni. Dia bukan.cina Dap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia x buat rayuan ke?  Tak bawak ke mahkamah Persekutuan? Takkan terus kena jail?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 3-8-2020 09:55 PM
khennnn...baru laaaa nak teringat anak isteri bagai
haktuih


Malu arr kat ank2
Contoh xbaik semoga xjadi ikutan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:48 AM | Show all posts
humban je puak2 pelahap miskin tapi nak berlagak kaya mcm ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila muncul di mahkamah puak2 ni akan berkopiah or bertudung supaya hakim simpati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 4-8-2020 02:08 AM
Bohong lah berita ni. Dia bukan.cina Dap.

Hamg ni....dah dah la tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:19 AM | Show all posts
Patut dipadankan aje muka tu.  Dah kantoi baru ingat anak, isteri, emak, ayah.  Apoo??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 4-8-2020 08:30 AM
Dia x buat rayuan ke?  Tak bawak ke mahkamah Persekutuan? Takkan terus kena jail?

Nak bawak rayuan camana kalau pendakwa dah berjaya membuktikan kes tanpa was2. Pembela gagal menimbulkan sebarang keraguan..

Biasa kes gomen ni. Pelaku dah banyak kali kantoi tapi sebelum ni mungkin org bagi muka
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:20 PM | Show all posts
nama bukan main al sidek bagai..
masa buat kerja tak ingat pulak nasib mak bapak anak bini..
dah kantoi nak minta belas kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:03 PM | Show all posts
Sama je masa buat salah tak fikir akibat jadi dapat apa yang dikehendak tapi bila kantoi gigih pulak minta simpati
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kerja bahagian finance memang kena pay extra attention takut2 ada yg tak amanah macam ni lah. Dah elok2 dapat kerja baik dan halal tiba2 buat dajal songlap duit pula. Jenis tak bersyukur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082030 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list