CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2246|Reply: 19

[Tempatan] Gantung tak bertali. Lebih 50 ditinggalkan suami warga asing

  [Copy link]
Post time 4-8-2020 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 50 ditinggalkan suami warga asing
MyMetroUtama


KEBUN sayur di kawasan penempatan Orang Asli di Lojing. FOTO Ramli Ibrahim

Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my


GANTUNG tidak bertali. Itulah nasib lebih 50 wanita Orang Asli yang ditinggalkan suami warga asing yang pulang ke negara asal.

Lelaki hidung belang warga asing itu bekerja di ladang sayur sekitar Lojing, dekat Gua Musang berkahwin dengan wanita Orang Asli sejak 10 tahun lalu.

Mereka termasuk warga Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Indonesia hingga ada antaranya didakwa membawa lari wanita Orang Asli berkahwin di negara asal.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng, berkata kalangan ibu tunggal kaum itu juga berdepan bebanan terutama bagi memelihara anak mereka hasil perkongsian hidup.

Dia berkata, masalah itu bukan perkara baru bagi kaum Orang Asli sekitar Lojing dan Pos Brooke tetapi tidak ada tindakan selepas dibuat aduan terbabit.

Beliau terpaksa membuat pendedahan itu kerana ibu bapa Orang Asli semakin bimbang dengan keselamatan anak gadis mereka diganggu lelaki warga asing.

"Yang menjadi mangsa lelaki hidung belang warga asing anak gadis Orang Asli dan hidup merana selepas suami mereka pulang ke negara asal.

"Perundangan mana yang harus dipertanggungjawabkan dan sampai bila gadis Orang Asli terpaksa berdepan dengan perkara itu," katanya di Gua Musang, hari ini.

Sementara itu, Penghulu Orang Asli Pos Brooke, Riang Bujang mengakui gadis Orang Asli selalu menjadi buruan lelaki warga asing yang bekerja di ladang sayur.

"Apabila mereka pulang ke negara asal, lupakan semua tanggungjawab kepada isteri dan anak kerana mereka juga sudah ada isteri di negaranya," katanya.

Dia berkata, berdasarkan maklumat yang diterima terdapat lebih 100 wanita Orang Asli sudah mendiri rumah tangga dengan lelaki warga asing.

"Kita tidak boleh halang mereka berbuat demikian kerana pilihan wanita Orang Asli itu sendiri dan selepas digantung tidak bertali baru sedar bebanan hidupnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 11:53 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 12:17 PM | Show all posts
kesiannya....
mungkin tak husbands jena rush then kena hantar balik ke negara asal. pastu tak ada duit nak kembali bertemu cita sejati?

aaaaa kesian
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata pilihan sendiri
Bukannya kena guna guna..
Pastu mcmana? Nak kena tanggung ka apa?
Risiko tu mmg dah diketahui kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Orang Asli je ada kes macam ni.. Orang tak berapa nak asli pun ramai yang buta mata buta hati kawin dengan warga asing...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:48 PM | Show all posts
Risiko tanggung sendiri kalau ada yang nasihat pun berapa ramai je yang nak ikut nasihat tu hingga dirinya sendiri yang melaluinya baru gigih nak nasihatkan yang lain pula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji x menandartu janji berlaki, org asli lelaki tempatan mungkin xde kerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 12:53 PM | Show all posts
sama macam kisah kahwin dengan tentera jepun, portugis, belanda dan akhirnya gantung tak bertali...

nak buat macam mana... moga kehidupan mereka di permudahkan itu yang penting sebab orang tu nak tunggu balik kita pun tak tahu bila...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn ye rupa org asli kat kelantan ni
X pernah tgok lagi
X ke yg kwin ngan org melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt sini cina pembalak guna pompuan oa wat teman.
Abes kje membalak, cina tu pun blah.
Pompuan oa ni pun beranakkn ank yg sgt comel, lawa, kulit putih, mata sepet. Lain dr kebanyakan oa kt situ.
Dan bdk tu tetap menerima tempias pandangan org terhadap ank luar nikah (nikah cara oa la)
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:15 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 4-8-2020 01:47 PM
Bukan Orang Asli je ada kes macam ni.. Orang tak berapa nak asli pun ramai yang buta mata buta hati  ...

forumners kat forum ni pun ada ramai perangai yg lebih teruk dari org asli...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
So, dah pilihan sdr, sdr mau ingat la
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:30 PM | Show all posts
Kalau tak boleh jaga anak tu kepada orang melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm mereka ni saja nak dapat green light usahakan tanah tu, sebab tu kawin orang asli tu. Cina-cina balak pun kawin orang asli sebab tanah tu. Tanah bumiputera tuuu .. Tanah yang mereka gondolkan tu, biasanya nama isteri (orang asli) atau nama bapak mertua. Bapak mertua dia orang bagi carlsberg ke 1 crate, atau bagi kereta wira yang lama. Habis balak mereka clearkan dalam 5, 6 tahun mereka blah laa
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kt orang asal..dorang terlalu lurus.. gadis melayu yg blajar tinggi pun ramai kene game ngan foreigner apetah lagi dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
orkidorkido replied at 4-8-2020 05:20 PM
Hmm mereka ni saja nak dapat green light usahakan tanah tu, sebab tu kawin orang asli tu. Cina-cina  ...

Pandai dorang game orang asli,

Lepas tu ada pula bangsa mereka kata Malaysia rasis.. Ditindas sebab minoriti.

Dorng tindas orang asli minoriti tak pe pula.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 4-8-2020 04:13 PM
Kt sini cina pembalak guna pompuan oa wat teman.
Abes kje membalak, cina tu pun blah.
Pompuan oa ...

Uols bercerita tentang pembalak cina di rompin kah? Sounds familiar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 5-8-2020 03:02 AM
Uols bercerita tentang pembalak cina di rompin kah? Sounds familiar..

Bukan rompin.. Tp kt phg gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan orang asli je

Ramai je melayu cina India kawin dgn bangsa asking mi

Ada Tu cina, kawin dgn Pakistan, siap busy kereta sewa, kemain berlagak si pakisial no

Beringat la weiii... Aku memg racist dgn bangsa asing ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 5-8-2020 08:17 AM
Bukan orang asli je

Ramai je melayu cina India kawin dgn bangsa asking mi

kat tempat aku ... cina sabahan kawen ngan abangla. Dorang pantang eh kawen dgn local... bukak bisnes terus. Peliknya ada customer ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:50 AM | Show all posts
haiiihhh.. elok la tu, semue nak longgokkan kat goment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073971 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list