CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: KeliruCinta

Apa itu Cinta?

[Copy link]
 Author| Post time 8-8-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 8-8-2020 03:39 PM
Kawan-kawan halang - first sign. Tapi itu tak bermakna lelaki itu seperti jangkaan mereka. Boleh jad ...

Saya dan L memang berkawan sejak high school. Waktu tu, setiap hari kami akan SMS dan YM (whatsapp tak ada lagi masa tu). Bagi saya, L seorang yang baik dan caring. Setiap hari dia akan wish goodnight dan goodmorning. Tolong saya tentang hal pelajaran. Setiap hari akan SMS dan jujur, saya rindu dengan kenangan2 dulu.

Last dia confess masa 2016. Sebelum tu, banyak kali dia confess terutamanya ketika high school. Nak jadi bf, siap cakap saya first love dia. Tapi saya tolak, sebab rasa awkward (ketika high school).  Tapi bila dia confess pada 2016, saya tak berikan kata putus dan dia makin jauhkan diri dengan saya. Tiada lagi wish goodmorning dan sebagainya. Bila saya WhatsApp L, sepi. Tak berbalas ibarat stranger. Kawan2 yang halang dan tak setuju saya dengan L pon merupakan rakan L. Sama sekolah dan sama kelas. Circle friend yang sama.


Salah satu sebab kenapa saya fikir tentang kahwin sebab selalu ditanya makcik,pakcik  tentang perkahwinan. Keluarga saya pon dah suruh saya supaya sign up laman web cari jodoh, bersosial dengan lelaki. Bagi keluarga saya, umur 30 tahun dah fasa lambat dalam mendirikan rumahtangga.

Tapi sejak last December 2019, saya selalu terfikir tentang L dan stalk social media dia. Kalau berdasarkan post2 social media dia, dia macam single. Actually saya pernah bermimpi tentang L. Saya mimpi saya kahwin dengan orang lain tapi saya menangis bila dapat tau husband (mimpi) bukan L. Ni petanda juga ke? Lepas saya dapat mimpi tu, terdetik nak confess kepada L. Tapi tak berani, malu dan ragu2. Takut kalau saya confess dengan L tapi L dah ada orang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
junghin replied at 8-8-2020 03:48 PM
sy pun umor nak cecah 30 dan sama dgn tt tak pernah berkapel.dlu ada a few yg confess tpi waktu tu n ...

Karakter awak dengan saya agak sama. Kita rasa awkward bila nak bercakap dengan lelaki. Mesti awak pon dicop sebagai perempuan sombong kan. Tapi tu lah, rasa janggal bila nak berdepan dengan lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 05:00 PM | Show all posts
KeliruCinta replied at 8-8-2020 04:41 PM
Saya dan L memang berkawan sejak high school. Waktu tu, setiap hari kami akan SMS dan YM (whatsapp ...

TT tak keseorangan. Yang penting TT jangan pernah rasa tekanan sebab tak kahwin lagi. Bila ada orang tanya, minta mereka doakan. Dalam doa TT pun TT kena spesifik. Dalam ramai2 doa mesti akan ada satu yang dimakbulkan Allah.

2016 - 2020 satu tempoh yang lama. Jujur saya katakan TT bukan sayang dia tapi TT rindukan memori TT dengan dia. Memori dia wish gmoning n gnight tu. Untuk lupakan dia, buang memori tu dulu. Tengok TT boleh tak hilangkan perasaan pada L selepas itu.

Saya doakan yang terbaik buat TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 8-8-2020 04:32 PM
selalunya tanggapan umum wanita yg 30s and 40s diangap berpunya until proven otherwise.
lazimnya, n ...

Saya dah kenal L dari high school. Sama sekolah, sama kelas. Cuma geng kawan2 lain. Means geng kawan2 saya (6 perempuan termasuk saya dan 2 orang lelaki), L pon ada geng kawan2 dia tapi orang lain yang sama kelas. Kiranya dia tak rapat dengan geng kawan2 saya. Walaupon dalam geng kawan rapat saya ada 2 lelaki, saya tak rapat pon dengan 2 lelaki tu. Saya lebih rapat dan selesa dengan L.

Masa high school, hari2 kami akan SMS dan YM. Dia akan tau bila saya dah sampai rumah dan dia akan start mesej / SMS dengan saya. Bila hari sabtu,ahad, cuti sekolah. Dia akan mulakan mesej dengan wish goodmorning dan setiap malam wish goodnight. Tiada hari yang kami tak mesej dan YM. Hubungan kami masih rapat dari high school ke matriks/asasi ke U. Setiap hari akan mesej / WhatsApp. Sebenarnya dia pernah confess masa high school tapi masa tu hubungan kami ok je. Lepas saya reject dia masa high school, kami masih rapat. Masalah timbul bila dia confess masa 2016, saya tak cakap "ya" tak cakap "no". Saya tak  berikan kata putus  tapi dia dah jauhkan diri daripada saya. Sekarang, kalau saya hantar "hi" dekat Whatsapp belum tentu dia akan balas. Banyak kali dia ignore WhatsApp saya. Kalau reply pon, setakat 3-4 conversations then dia senyap dan tak reply dah. Tipu lah kalau saya cakap yang saya tak sedih.  Saya rindu nak mesej dengan dia macam dulu. Dulu, kalau ada apa2 masalah memang saya akan cari dia dulu. Saya akan bagitau dia apa yang saya buat setiap hari dan apa yang berlaku dekat saya hari2 dekat dia. Dia suka buat lawak dan pandai jaga hati. Tapi tu dulu, sekarang kami ni dah macam stranger. WhatsApp dia pon tak berbalas.

Sepanjang 30 tahun, L lah lelaki yang saya selesa bila berbual dan jalan sebelah2. Even 2 orang lelaki dalam geng kawan2 saya pon, saya tak rapat dengan dorang sebagaimana saya rapat dengan L dulu.

Salah saya ke tak bagi kata putus dulu? Since, dia jauhkan diri daripada saya sejak tu. Kalau perempuan tak bagi kata putus, lelaki akan takdir sebagai "tidak", "no" ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 8-8-2020 04:29 PM
Cer tanya balik kawan2, kenapa depa tak setuju hubungan u ngan L tu. Bagi spesifik sikit..

Di atas cadangan awak. Saya dah tanya kawan2 saya (yang suruh saya reject L, sekelas semasa high school ). Jawapan dorang buatkan saya sakit hati.

Jawapan mereka. Mereka rasa L tak sesuai dengan saya dan suruh cari yang lain. Tanpa sebab yang specifik, kawan2 saya just tak berkenan. Kawan2 saya kata saya tak bersosial / berkawan dengan lelaki lain. Suppose dapat better dari L. Mereka tak suka saya dengan L sebab bagi mereka akan ada lelaki yang lagi elok dari L. Saya sendiri pon tak faham kenapa dorang cakap macam ni. Jelas lah, salah saya sebab percayakan kata2 kawan saya untuk tak terima L.

Tapi kalau saya nak confess dekat L. Saya malu. Sebab saya pernah reject dia masa high school dan 2016. L pernah confess saya first love dia (masa high school). Dan saya tak berikan kata putus masa dia confess 2016. Kalau lelaki confess dan perempuan tak berikan kata putus, adakah lelaki akan terima tu sebagai "tidak, reject"?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa dgn cinta... dulu, kita ingatkan perlu ada cinta bila nak kahwin..rupanya tanpa cinta pun boleh je kita kahwin kalau dah sampai jodoh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
So tt, dari perlu pening fikir pasal L..baik confess je tanya terus terang masih suka you ke tak..kalau dia dah takde feeling, boleh terus kawan dgn yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tt kena jd gelenyar baru ramai laki minat (gurau je)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
KeliruCinta replied at 8-8-2020 09:54 PM
Di atas cadangan awak. Saya dah tanya kawan2 saya (yang suruh saya reject L, sekelas semasa high s ...

TT go tell L u suka dia. Then tanya kawan2 boleh percaya jangan. Kawan pun manatau suka L, belakang duk kejar L.. u never know.. so follow ur heart! Go girl.. x rugi pun to make d move. Bismillah and if diizinkan he will be yours. So pegi je bgtau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Try contact L on special day. Contohnya wish selamat hari raya ke. Alaaa raya haji baru je lepas. Sebab waktu2 mcm ni takde awkard sgt kalau nak start conversation dgn org yg dah lama kita tak contact.

Kalau tt betul2 suka dia, mmg takde pilihan, tt tetap kena contact L sebab L dah pernah confess. So tak rasa dia akan confess berkali. Dia pun ada perasaan malu.

Kalau lepas contact, tt akan dpt rasa sendiri kalau dia masih suka tt sebagai kawan atau lebih dari tu. Benda ni subjective susah nak explain.

Tu je boleh nasihat. Yg selebihnya tt sendiri kena pandai bagi hint yg tt suka dekat dia lebih dari kawan biasa.

Katakanlah dia reject tt, jgn bersedih sekurang2 tt dah mencuba. Takdelah perasaan menyesal tu menghantui sepanjang hidup. Buat la drama pukul 7, cakap kat dia takpelah sekurang2 kita dah score satu sama. Masing2 pernah kena reject

TT baru 30 kan masih ada masa cari bf baru selain L. Apapun saya doakan tt bertemu jodoh dgn L.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 01:53 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 8-8-2020 11:28 PM
Ada apa dgn cinta... dulu, kita ingatkan perlu ada cinta bila nak kahwin..rupanya tanpa cinta pun bo ...

Ada apa dgn cinta... dulu, kita ingatkan perlu ada cinta bila nak kahwin..rupanya tanpa cinta pun boleh je kita kahwin kalau dah sampai jodoh....
very very correct ..
kahwin dulu .. later cinta also can ..
tapi tak mau aahh bapak mertua macam Sadiq Sepak Raga .. hehe
problemo aahh .. haha



p/s ..
asik tidor kat kandang kerbau ..
bila nak dapat relax minum kopi ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.105382 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list