Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2543
View
51
Reply

[Tempatan] Salam dan hai, maaf, saya bisu dan pekak.. ”Nak berapa cawan? Mohon tunjuk nombor

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-8-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-8-2020 10:01 AM

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa ini mungkin boleh menggambarkan sekiranya seseorang individu hendak melakukan sesuatu, sedaya upaya akan dilakukan dan demikian juga sebaliknya.

Seperti kegigihan seorang pemuda, orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah bisu dan pekak tetapi tetap mencari rezeki yang halal dengan berniaga walau terpaksa berdepan dengan risiko untuk ditipu oleh pelanggan.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter @IzatYuan, pemuda berkenaan dikatakan menjual ais krim pulut di kawasan Subang Bestari.

Berdasarkan nota yang dilekat di gerai, dia memberitahu pelanggan bahawa dia mengalami masalah bisu dan pekak selain meminta mereka untuk menunjukkan isyarat nombor mengikut berapa cawan ais krim yang ingin dibeli.

”Salam dan hai, maaf, saya bisu dan pekak..

”Nak berapa cawan? Mohon tunjuk nombor pada saya. Thank you,” tulisnya.

Malah, di bawah nota turut tertera pesanan kepada pelanggan untuk membantunya di dalam urusan pemberian baki.

Perkongsian yang tular dengan mendapat ribuan tanda suka dan ulang kicau di Twitter itu ternyata menarik perhatian ramai warganet.

Ramai yang memuji kecekalan pemuda berkenaan dalam mencari rezeki namun tidak kurang pula yang bimbang sekiranya dia ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Semoga perkongsian ini membuka mata ramai bahawa tidak ada yang mustahil untuk mencari rezeki yang halal jika disertai dengan usaha gigih dan semangat yang tinggi.

Sumber: Twitter @IzatYuan
Screenshot_2020-08-09-09-19-09-40.png
Screenshot_2020-08-09-09-16-14-04.png
Screenshot_2020-08-09-09-14-21-16.png

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-8-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiskrim pukut sedappp.. Aku suka semua yg berkaitan dgn pulut
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukut pun boleyyyyyyyy

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgs org mcm ni, usaha sendiri mencari rezeki. Mudah2an dimurahkan rezekinya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-8-2020 01:32 AM
Aiskrim pukut sedappp.. Aku suka semua yg berkaitan dgn pulut

Aku pun suka, tapi lepas makan angin satu badan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 9-8-2020 09:36 AM
Pukut pun boleyyyyyyyy

Typo.. Biasa la.. Aku dgn typo.. hahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 9-8-2020 10:10 AM
Aku pun suka, tapi lepas makan angin satu badan

Aku hantu pulut.. Nasi x makan kalau jumpa pulut.. hahahhha.. Mmg angin.. Tapi aku jenis pantang jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-8-2020 02:11 AM
Aku hantu pulut.. Nasi x makan kalau jumpa pulut.. hahahhha.. Mmg angin.. Tapi aku jenis pantang j ...

Untunglah. Cukuplah merana sekali, trauma sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 9-8-2020 10:14 AM
Untunglah. Cukuplah merana sekali, trauma sungguh

Lepas makan pulut aku makan ubat angij.. Minum ayaq halia.. Sakit pun tahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-8-2020 09:32 AM
Aiskrim pukut sedappp.. Aku suka semua yg berkaitan dgn pulut

Aiskrim pulut ni mcm mna? Aiskrim + pulut nasi ke? Or pulut nasi tu mkn sejuk2 mcm aiskrim?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:05 PM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki abg ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:06 PM | Show all posts
Bagus usaha dia ni. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 9-8-2020 11:59 AM
Aiskrim pulut ni mcm mna? Aiskrim + pulut nasi ke? Or pulut nasi tu mkn sejuk2 mcm aiskrim?

Kalau kat alor setar.. Aiskrim tu buat dari pulut lepas tu boleh tambah pulut kat dlm aiskrim tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga murah rezeki adik ni. first time dgr aiskrim pulut
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-8-2020 12:11 PM
Kalau kat alor setar.. Aiskrim tu buat dari pulut lepas tu boleh tambah pulut kat dlm aiskrim tu

Xleh nk bayang lg ni mcm mna rupa n rasa nya...teringin lah plak..
Mmg kt mknan org utara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 9-8-2020 12:14 PM
Xleh nk bayang lg ni mcm mna rupa n rasa nya...teringin lah plak..
Mmg kt mknan org utara ke?

Tak tau la.. Dari kecik selalu ligan motor pakcik jual aiskrim pulut..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:21 PM | Show all posts

apa pungut?

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap jugak.eskrem.pulut ni..
Pernah makan yg kelig order(kami.sllu.kumpul order sesama.sdri) buat minum.ptg kat opis..
Lunch kdg kami kumpul order jugak nsi lauk gtu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:34 PM | Show all posts

adakah dia ta boleh mengira?
bahaya jugak lah .. takut kena tipu ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 12:35 PM | Show all posts
Tulis lah 'HELP University, Subang Bestari',
Baru jumpa kalau gugel.  

Smlm isi minyak kat Petronas tu, tak perasan pulak brader ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list