CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Tular video premis judi: Polis akan ambil tindakan, kata KPN

  [Copy link]
Post time 9-8-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tanya mcmmn nak mohon lesen penjaja, mmg manjang dah ditutup. Byk je premis kosong.. Bila tanya, ada org punya.. Yg best tu, penyewa sebelah kt.. Owner tu bukan nak niaga tp anak dia kerja mbsa.. Ambik je..hurrrrmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk stetment polis pompuan tu 2 minit je, alih2 brader tukang repot gak salah konon mencemar nama polis sg buloh..rasa mcm tgk cerita tamil...judi 1 beger 0
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 9-8-2020 06:39 PM
realiti ahli majlis kerajaan tempatan pun sumbat orng politik ikut parti kerajaan negeri yg menang ...

Sbb tu la pentadbiran pbt tu jd lembab..gedebe tak tentu pasal.bila kita utsrakan masaalh setempat ala2 jek dia buatt keje...cuba bab sita2 gerai org..mcm kuat ja...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kat berita tadi mcm2 kesalahan meniaga x patuh sop pengadu tu dibogelkan seken boss mbsa.sikit pun x usik isu kedai aceh sama kedai judi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pentadbir/ penguasa dah membuat pilihan untuk mengambil  pendekatan menyerang balik pengadu, apa maksudnya? Org. awam memerhati kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:21 PM | Show all posts
Yang jelasnya mmg makan rasuah ,polis dan PBT.

Sebab tu PATI ,warga asing  berlambak dan mudah meniaga atau buat apa pun xde tindakan.

Akhirnya Melayu yg kena dibumi sendiri katanya tp bagaikan melukut di tepi gantang.

BN menternak pemakan rasuah sekian lama , naik PH bertambah pemakan rasuah kerana dalam PH pun korup.

Polis tu perlu di siasat dan pecat

sama mcm ketua PBT tu makan rasuah.

Jangan sesekali ko usik warga tempatan yg cari makan , dan warga asing lain jangan fikir ko akan terus selamat  bebruat suka hati di bumi Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2020 09:33 PM | Show all posts
kemaruk replied at 9-8-2020 07:35 PM
serius ni, member surau PAN ko ada cerita apa2 tak?
kawasan dorang ni

Member surau cerita apa?

Ada lah tazkirah tentang bahayanya rasuah & makan harta rakyat

Lebih2 lagi kalo depa tu pemimpin pasal orang bawahan akan pikir 'kalo pemimpin boleh buat , pasal apa aku tak boleh'

Selain daripada ia perbuatan haram , ia akan hancurkan negara

Tu summary dia



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg2 aku cuba luar kotak, mngkin polis marah sbb brader ni pecah lubang sbb polis dah intip kegiatan ni 3 tahun, so time polis nak rush tokey judi ni dah tahu sbb brader asri janggut dah viralkan, tak dpt la polis nak buat surprise kat kedai judi...ntahlaa, mungkin polis boleh belajar dari drama gerak khas kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgh follow kes polis maharastra , ingatkan kat india jer cam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hsbd i ada tnjk video ni ptg td.   Adoi sian gak kedai burger ni..

Hrp lebih telus la perlaksanaan hukuman mcm ni.  

Hrp tuan video ni selamat la. Jgn tokey judi cr die lak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:32 PM | Show all posts
kakigebang replied at 9-8-2020 08:02 PM
aku tgk stetment polis pompuan tu 2 minit je, alih2 brader tukang repot gak salah konon mencemar nam ...

Itu ketara mmg dia makan rasuah.Polis tidak menjadi pelindung kpd rakyat.

Siasat dan pecat jika dia bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:34 PM | Show all posts
kakigebang replied at 9-8-2020 09:38 PM
kdg2 aku cuba luar kotak, mngkin polis marah sbb brader ni pecah lubang sbb polis dah intip kegiatan ...




Tidak.


Polis mmg sedar perkara ni

PBT lagi sedar


sengaja xambil tindakan sebab sudah disuap.

Malaysia darul rasuah ,pembela PATI


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 9-8-2020 10:34 PM
Tidak.



mkn hasil dah lama.. sbb tu relaks je
time buat operasi depa tutup la haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika berlaku dalam daerah PJ, apa tindakan ocpd agaknya? Atau jika berlaku di johor?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:50 PM | Show all posts
dino replied at 9-8-2020 10:36 PM
mkn hasil dah lama.. sbb tu relaks je
time buat operasi depa tutup la haha

Itu yang sebenarnya .
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
oklatu85 replied at 9-8-2020 11:29 AM
I ingat lagi kawan i kata.. nak g interview MBSA ni diaowg akan pilih yg kacak and cantik2 je.. patu ...

Yg pompuan je ramai yg gemuk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 11:28 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2020 07:31 AM

Ini baru betul memperjuangkqn agama, bangsa dan negara.

Video dari Tok Singa: Kes Hot burger Malaysia yang sedang kecoh sekarang!




Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap duit haram sanggup diam je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:17 AM | Show all posts



MOHD Asri Hamid. Foto/NSTP



'Siapa lagi saya mahu harap, kalau bukan polis'Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my






KUALA LUMPUR: Selepas membuat pendedahan rakaman video tentang kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, semalam, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan.

Dalam satu rakaman kenyataan balas yang dimuatnaik di Facebook petang tadi, Mohd Asri mendakwa dia sudah membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

"Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah pergi terus kepada Unit Perjudian di Bukit Aman dan Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

"Malah, apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada
sindiket perjudian," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook Jackell Jack.

Mohd Asri berkata, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjudian, tiba-tiba salah seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakan dia sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjudian.

"Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin judi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

"Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan polis," katanya.

Dia turut memuji tindakan Abdul Hamid, yang segera memberikan kenyataan pantas untuk menyiasat segala dakwaannya.

Asri juga turut menjelaskan masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Bayangkan masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya tapi itu saya tak kisah, kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

"Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup serta tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil," katanya.

Rakyat Malaysia turut terkesan dari segi ekonomi terutama semasa PKP

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kt Jepun

Ketua balai dh letak jawatan dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.073578 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list