CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 10

[Tempatan] SPRM tahan warga Bangladesh disyaki rasuah polis RM10,000

[Copy link]
Post time 10-8-2020 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2020 08:31 AM





SPRM tahan warga Bangladesh disyaki rasuah polis RM10,000Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my





JOHOR BAHRU: Seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki memberi rasuah sebanyak RM10,000 kepada anggota polis bagi melepaskan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI), di sini, hari ini.

Menurut SPRM Johor dalam satu kenyataan, suspek berusia 46 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi di pejabat agensi itu bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki memberi rasuah sebanyak RM10,000 kepada seorang anggota polis sebagai dorongan untuk melepaskan 17 warga asing yang ditangkap atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Sementara itu, SPRM Cawangan Kluang pula menahan seorang pengusaha kedai makan, hari ini, kerana disyaki memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Suspek berusia 57 tahun itu disyaki memberi rasuah sebanyak RM200 kepada anggota penguat kuasa berkenaan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis perniagaannya yang melakukan kesalahan bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7 (1).

"Kesalahan dilakukan peniaga berkenaan ialah mempamerkan iklan tanpa kebenaran membabitkan kadar kompaun berjumlah RM500," menurut kenyataan itu lagi.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan dua tangkapan berkenaan

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/719509/sprm-tahan-warga-bangladesh-disyaki-rasuah-polis-rm10000

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2020 12:26 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2020 08:32 AM

Berharap Bangladesh ni rasuah polis bukan kerana kes ic beli
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok tunggu juga jadah mana entah yg tuduh aku bangla beli IC buat laporan polis dan SPRM.. Tapi sampai ke sudah tak buat2..yg mampu buat perli aku mcm pondan tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 12:52 AM | Show all posts
Alamak ada handratu terasa haty pula!


Hahaha...tak boleh tahan dah gelak!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. Ada pondan tua meroyan kononnya tak terasa hati.. Sedangkan membara dah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 01:00 AM | Show all posts
Ooooo....news ni kes bangla tu belum sempat beli ic rupanya!

Susah lah seperti tu belum sempat beli ic dah di tangkap. Rasakan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. Rupanya ada pondan tua fitnah aku.. Sebab tu pusing2 nak cover kemaluan diri tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 01:28 AM | Show all posts
Apa lah bangla bangla ni...datang malaysia tak ada ic nak rasuah polis kekononya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 01:29 AM | Show all posts
Edited by Kearney at 11-8-2020 10:41 PM

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata lelaki berumur walmart paystub lingkungan 30-an itu menawarkan sejumlah RM400 kepada pegawai polis berkenaan bagi membebaskan dua rakannya yang ditahan pasukan keselamatan pada hari sama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
eh boleh pulak polis tangkap pendatang Haram ni? ari tu dengarnya cuma emigration je boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:15 AM | Show all posts
so nk tahu duit tu diterima ke x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066251 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list