View: 1273|Reply: 8
|
[Tempatan]
Setengah jam bawa turun pasangan OKU guna tangga flat
[Copy link]
|
|
Setengah jam bawa turun pasangan OKU guna tangga flat
ANGGOTA bomba membawa turun pasangan beradik OKU menggunakan laluan tangga dari aras tiga Flat Sinar, Jelutong, Pulau Pinang semalam.
GEORGETOWN: Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk membawa turun dua beradik orang kurang upaya (OKU) dari kediaman mereka di aras tiga flat Sinar, Jelutong di sini ekoran lif bangunan itu tidak berfungsi semalam.
Pasangan terbabit, Noor Farhana Packeer Mohamad, 24, dan abangnya, Mohamad Yassin, 28, yang dikatakan lumpuh seluruh badan dibawa turun menggunakan kerusi melalui laluan tangga blok tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat bantuan terbabit pada pukul 11 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
“Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian didapati terdapat dua adik-beradik OKU yang berada di dalam rumah memohon bantuan untuk dibawa turun ke tingkat bawah.
“Pasukan kita mengambil masa selama setengah jam mengangkat mereka menggunakan kerusi roda melalui laluan tangga blok tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau memberitahu, dua beradik itu kemudiannya diserahkan kepada waris mereka yang menunggu di bawah dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah hari. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melayu juga yang ramai join badan beruniform .
Kalau Melayu racist ,sejak kes Adib tu xdenya Bomba nak turun laut ambil bangkai dalam laut yg angkat sambil mata tersembul ,keras beberapa hari jadi jeruk dalam air masin
Kalau Melayu racist ko xdenya di tolong bawa turun dari atas flat. |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 10-8-2020 07:44 AM
Melayu juga yang ramai join badan beruniform .
Kalau Melayu racist ,sejak kes Adib tu xdenya Bom ...
Sabar diknah.. Sabar |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan kalau jaga prihatin rakyat..kena wajibkan rumah2 flat ni ada lift untuk pemaju buat |
|
|
|
|
|
|
|
kenape smpai nk mntk tlg bomba..
ape punye penduduk2 kt situ..
kalau bomba tu guna kren ke ape ke aku faham la lg..
ni still guna tangga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya bomba, semua dorang boleh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency lift pun rosak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
waris-waris tak boleh ke angkut mereka ni turun tangga?
kalau bergaduh bukan main satu kampung datang berkepak..
tang nak angkat sedara turun sorang dua je ke datang..
tu pun takat tunggu kat bawah..
persatuan penduduk pun tak boleh bantu instead panggil bomba?
padahal turun guna tangga juga..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|