View: 11375|Reply: 138
|
[Tempatan]
Kes tular premis Sungai Buloh. SPRM turun padang!
[Copy link]
|
|
SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh
myMetroutama
Raja Noraina Raja Rahim
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.
Menurutnya, isu tular itu mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak tertentu.
"Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini.
"Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada SPRM dan tidak menghebahkan sesuatu isu di media sosial kerana ianya tidak akan membantu proses siasatan.
Malah, katanya, tindakan itu hanya akan memberi peluang kepada pihak terbabit menghapuskan bukti dan keterangan yang ada.
Terdahulu, pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar semalam menafikan dakwaan itu dan berkata, ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 11:23 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan : memfitnah polis or menjatuhkan Pdrm buat nye memang betul terjadi kan dah malu jawap macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak2 perasuah lim guan eng diambang pintu gerbang masyhur sungai buloh
femes sungai buloh
dulu sungai buloh tu ada stesen komuter pun x de sapa pandang
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis dan PBT.
ini 2 agensi pemakan rasuah tegar.
moga pemakan rasuah dan penjawat awam salah guna kuasa,
semua mati kena kanser, mati eksiden atau mati ngeri,
sekali dengan anak bini mereka.
Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
cara mat janggut tu pun salah
pergilah balai buat report
lepas tu report tu tayang kat fb
cakap la done report
macam forumer @SKMM selalu buat dulu
kini forumer skmm tu dah jadi ayam
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap sprm carik sampai ke akar umbi... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 10-8-2020 11:59 AM
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar semalam menafikan dakwaan itu dan berkata, ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
kelakar. polis di perbodohkan oleh towkay judi.
ingat rakyat ni mata buta agak nya.
"menjatuhkan reputasi polis"
semua orang tahu dalam PDRM ni ramai sialan pemakan rasuah.
apa yang terjadi di sekeliling sekarang,
hasil dari penjawat awam yang ada kuasa tapi gagal bertindak,
sebab pemalas atau kena suap dengan duit.
2 sebab ni jer punca nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cash laa...lepas ni nak report memana report sprm je laa |
|
|
|
|
|
|
|
dodolpandai replied at 10-8-2020 11:55 AM
cara mat janggut tu pun salah
pergilah balai buat report
Mat janggut tu kan dah banyak kali report tapi tak jalan jugak. Kena viral baru dapat perhatian. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la kita selalu dgr org ckp pbt ni berani angkut gerai melayu je |
|
|
|
|
|
|
|
Masak la sesekor....Harap SPRM dapat siasat pemberi rasuah dan penerima rasuah... |
|
|
|
|
|
|
|
buat repot ke balai dan pbt tak jalan ..
viral baru jalan.. kelam kabut semua buat keje |
|
|
|
|
|
|
|
off-topic
ada sekali tu aku buat report jalan berlubang kat satu PBT
cite lama ni
hari ke-3 baru nak dtg baiki
tu pun tak siap
org lain viral tempat lain yg berlubang
petang tu jugak siap diturap |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk mereka yg beruniform makan kat gerai haram warga asing.... |
|
|
|
|
|
|
|
dodolpandai replied at 10-8-2020 11:55 AM
cara mat janggut tu pun salah
pergilah balai buat report
mo sarkastik ke nih
die dah buat semua tuh.. tp dibolayan
dah viral baru la sibuk haha |
|
|
|
|
|
|
|
c===8 replied at 10-8-2020 12:10 PM
patut la kita selalu dgr org ckp pbt ni berani angkut gerai melayu je
yela klau cina.. mana berani.. dah la tokey2 cina ni penyumbang dana politik
syukur krjn dap tumbang haha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x amik tindakan x bermakna rasuah
pdrm x cukup kaki tangan
kerajaan PH ada duit bagi sekolah cina dan tamil
x nak tambah penjawat awam
ini semua salah parti rasuah DAP
dah lah rasuah x pandai mentadbir
tapi busuk2 pun taik kering kita
|
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 10-8-2020 12:20 PM
yela klau cina.. mana berani.. dah la tokey2 cina ni penyumbang dana politik
syukur krjn ...
Tangkap melayu sebab nk tunjuk buat kerja .. tokey2 besar ni lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Byk2 polis aku cuma percaya pasukan gerak khas usop selam je, tak prnh makan rasuah berdedikasi, kes semunya selesai dlm 1 jam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 10-8-2020 12:23 PM
Byk2 polis aku cuma percaya pasukan gerak khas usop selam je, tak prnh makan rasuah berdedikasi, ke ...
betoi.. tgh jln2 kat nak masuk ofis sempat bincang statistik jenayah bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|