|
|
Ara Johari didakwa menyusahkan pihak produksi apabila menarik diri daripada menjayakan sebuah progaram terbitan sebuah stesen televisyen.
Bagaimanapun Ara menafikan dirinya seorang artis yang bermasalah.
Penyanyi ini menyatakan faktor kesihatan yang tak mengizinkan sehingga terpaksa menarik diri.
"Seminggu sebelum rakaman program itu dijadualkan, Ara sudah tidak sedap badan. Ara kena semput. Pada awalnya, Ara yakinkan diri boleh buat program itu. Namun, sehari sebelum program berlangsung, badan Ara tidak bermaya.
"Apabila Ara bangun tidur, tiba-tiba tidak boleh bernafas. Ara beritahu keadaan itu kepada pengurus. Ara boleh terus jayakan program itu, tetapi Ara tidak berani jamin kemungkinan yang bakal berlaku," katanya kepada BH Online.
Menurutnya sebelum ini bila diserang semput, Ara akan menggunakan mesin nebulize.
Namun dalam situasi Covid-19, doktor tidak menggalakkannya menggunakan kaedah itu.
"Melihat keadaan diri yang semakin lemah, pada tengah malam sehari sebelum program berlangsung, Ara menghubungi pihak produksi.
"Ara memaklumkan tidak dapat menghadiri rakaman itu."
 Foto: IG
Ara juga ingin memohon maaf jika apa yang berlaku menyusahkan pihak yang terlibat. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|