CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: julia5094

ANTARA PELABURAN EMAS ATAU ASB

  [Copy link]
Post time 23-8-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 23-8-2020 07:13 PM
MGIA (Maybank Gold Investment Account) mmg produk Maybank sendiri..kita beli "nilai" emas dlm gram ...

MGIa ni tak dapat fizikallah ye... Pamp tu ape pula

Emas kijang ni menarik... dah beli tu u simpan mana, boleh bawa balik ke atau masuk bank semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 23-8-2020 08:56 PM
MGIa ni tak dapat fizikallah ye... Pamp tu ape pula

Emas kijang ni menarik... dah beli tu u  ...

alaa..yg pamp tu yg salah satu pembuat jongkong emas kt dunia yg fana ni..jadi MGIA tu bersandarkan nilai emas tu laa...bukan bersamdarkan emas 916 ke..emas suasa ke..hehehehe...


Yg kijang emas tu..sy simpan dlm long wallet....jadi senang sikit nk selit2 keping emas yg kecik2 ni termasuklah coin Kijang Emas..


psssst..org kate laa..petua..supaya tidak mudah putus duit...duit tak elok lipat2 mcm kita guna wallet /purse jenis yg boleh lipat dua-tiga tuu...kene susun elok2 ikut nilai dan helaian duit tu serta permukaan duit kene rata (jgn lipat)...tu sb beli long wallet tuuu..

pastu petua yg lain pulak..jangan sesekali pijak atau campakkan duit dengan sengaja..sebab duit tu adalah hasil rezeki kita bekerja..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 09:54 AM | Show all posts
Catpaw replied at 23-8-2020 06:06 PM
Kongsi info lagi u boleh? I taktau sgt tentang ni... Kalau terhad tu maksudnya setahun berapa kali ...

Yang Kijang Emas tu memang emas fizikal keluaran Bank Negara Malaysia (BNM). Saya tak pasti berapa banyak yang dikeluarkan oleh BNM. Terdapat 31 cawangan Maybank yang mengedarkan coin Kijang Emas ini dan boleh dirujuk di www.maybank2u.com.my. Kijang Emas dikeluarkan dalam denominasi 1/4oz (7.780g), 1/2oz (15.550g) dan 1 oz (31.105g) dan harganya berdasarkan harga pasaran emas semasa.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 09:57 AM | Show all posts
Catpaw replied at 23-8-2020 08:56 PM
MGIa ni tak dapat fizikallah ye... Pamp tu ape pula

Emas kijang ni menarik... dah beli tu u  ...

MGIA ni memang takkan dapat emas fizikal. Semua pembelian dan penjualan hanya melibatkan "emas maya" yang dicatat atas buku akaun.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2020 09:59 AM | Show all posts
Catpaw replied at 23-8-2020 08:56 PM
MGIa ni tak dapat fizikallah ye... Pamp tu ape pula

Emas kijang ni menarik... dah beli tu u  ...

Yang saya perasan, kat Shopee ada seorang yg jual Kijang emas 1/4oz tu tapi harga agak mahal berbanding harga pasaran

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas stabil smpi kiamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 10:48 AM | Show all posts

Harga emas akan sentiasa stabil. Utk jangka masa pendek, harga emas akan mengalami turun naik. Tetapi untuk jangka masa panjang, harga emas akan sentiasa menunjukkan trend menaik. Harga emas semasa sentiasa berkadaran dengan kos sara hidup sesebuah negara. Harga emas akan turun jika kos sara hidup sesebuah negara turun. Tapi bila tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2020 07:15 PM | Show all posts
Salam semua...sejak kebelakangan ni harga emas dah menurun..tadi tengok harga emas sekitar rm 250...Nak tengok awal taun tahun depan..Kalau turun lagi boleh la rembat barang kemas. Ingat nak p cari kat kedai gadai la..Mesti lagi murah kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 11:29 AM | Show all posts
julia5094 replied at 29-9-2020 07:15 PM
Salam semua...sejak kebelakangan ni harga emas dah menurun..tadi tengok harga emas sekitar rm 250... ...

Kalau nak try dapatkan barang-barang berasaskan emas yang murah, boleh cuba tanya2 pusat pajak gadai bila mereka ada buat lelong. Insha Allah barang2 di sini semua murah2 dari harga pasaran

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2020 07:42 AM | Show all posts
🏧DIVIDEN PASIF MONTHLY🏧

https://www.home.saxo/en-sg

www.wasap.my/60125777118/NakInvestSaxoBinance

Beli Saham Dunia Serendah $100 / RM500 Dah Boleh Beli Saham Apple + BMW + Nike + Adidas + LV + Microsoft + Facebook + Tesla

👉Dividen Setiap Bulan 25%❤️🔥🌟🤩😍
&#128073akej Dividen Selama 12 Bulan✅

💰Jika Beli Saham Modal Minima RM500 Dapat Dividen Setiap Bulan Purata RM100++ Selama 12 Bulan

💰 Jika Beli Saham Modal RM5000 Dapat Dividen Setiap Bulan Purata RM1000 ++ Selama 12 Bulan.

Dividen 25% x 12 Bulan = 300% Dividen Setahun.


Now register free nak aktifkan whatsapp me👇👇👇

http://www.binance-market.com/us ... d6eA7YRiOkiGmiuI%3D


Link Group👇
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/5SAuzOXmjQQ1LJTgLFxGV2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Emas fizikal for investment long term. I simpan utk long term, sampai pencen. Emas pamp suisse dan simpan fizikal. Nak invest emas, fizikal gold only
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 05:13 PM | Show all posts
Edited by Pemburu_Dagang at 24-10-2020 05:15 PM

Pada pandangan saya lebih baik pelbagaikan pelaburan atau simpanan.
ASB mungkin antara yang selamat, walaupun dividennya dah makin menurun dari tahun ke tahun. Namun masih lagi dalam kadar yang ok. Lebih2 lagi bagi yang menyimpan duit sendiri (bukan loan) dan biarkan compounding setiap tahun. Bagi yang suka buat loan juga terpulang. Ikut kemampuan masing-masing bagaimana nak melabur.

Emas fizikal juga pelaburan yang bagus. Tak mampu beli banyak, beli ja satu gram dahulu. Tidak ada siapa nak paksa beli tiap bulan atau tiap tahun. Beli saja ketika ada wang lebih. Boleh gunakan sebahagian dari duit dividen ASB kalau takmau ganggu tunai di tangan. Nak cakap emas mahal ke murah, pastikan ada dalam tangan dahulu baru boleh jadikan ukuran. 10 tahun dulu harga segram bawah RM200 orang cakap mahal, naik RM200 lebih orang cakap mahal. Naik RM300 lebih pun orang cakap mahal. Kalau anda ada ditangan emas yang dibeli harga RM250, ya anda boleh cakap harga RM300 mahal. Tapi perlu diingat, itu juga bermaksud aset emas anda telah naik nilainya. Masa awal PKP dulu berapa ramai yang terpaksa gadai emas untuk menampung kehidupan. Sekurangnya mereka ada benda yang boleh digadai berbanding mereka yang tiada apa hendak digadai.
Nak beli emas fizikal boleh layari laman seperti:
1) Nubex
2) KGT
3) The Sentral Mint
4) Public Gold
5) FB Jom Emas 2

Unit trust pun ok. Cuma kena rajin kaji yang mana bagi pulangan berbaloi. Ada ejen yang rajin bagi info. Ada ejen yang sekadar berjaya close sale lepas tu dah tak peduli dengan client. Kena ingat juga pulangan yang baik pada tahun-tahun sebelum tidak menjamin pulangan yang baik pada tahun mendatang. Ramai orang sebut ASB dan unit trust seperti ianya benda yang berbeza. ASB, ASN, ASW tu semua adalah unit trust (amanah saham) dibawah syarikat ASNB.
Antara syarikat amanah saham lain seperti:
1) Public Mutual
2) Kenangan Investors
3) BIMB Investment
4) Apex Investment
5) Kalau nak invest sendiri tanpa guna ejen boleh cuba Fund Supermart.

Dan semestinya pelaburan yang paling berisiko tinggi adalah berdagang saham di bursa. Namun bagi mereka yang mahir, ianya lubuk yang lumayan. Untuk mahir tentu sekali memerlukan ilmu. Nama-nama seperti Dato Nazri Khan, Hj Mohd Asri atau Zamsaham pemilik TRW antara nama besar dalam dunia saham Malaysia. Nak belajar di kelas-kelas mereka semestinya memerlukan modal yang agak besar. Namun ada juga coach yang menyampaikan pembelajaran melalui video seperti Tuan TJ & Tasma. Dengan harga yang boleh dikira berpatutan untuk belajar saham bagi newbie. Boleh dipelajari secara santai mengikut kelapangan masa serta boleh diulang-ulang sehingga faham berbanding pergi ke satu kelas yang semestinya sukar untuk diajari semua topik berkaitan saham dalam sehari. Akhirnya terpaksa pergi banyak kelas yang melibatkan masa dan modal.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:51 AM | Show all posts
Pemburu_Dagang replied at 24-10-2020 05:13 PM
Pada pandangan saya lebih baik pelbagaikan pelaburan atau simpanan.
ASB mungkin antara yang selama ...

sokong yang ni.. iols memang jenis ambil pelbagai pelaburan..dan kalau boleh jadi day trader tapi bukan sepanjang masa... hanya pada masa tertentu..
contoh kata google turun 20%, masatu la invest sikit duit... koman2 boleh dapat 10% pulangan... seribu usd dah dapat 100usd yakni 400 lebih sebulan lagi banyak invest lagi banyak la profit.. tapi dont expect profit setiap hari... itu terlampau kayangan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:25 PM | Show all posts
assalamualaikum dan slmt berkenalan.
sy baru buat asb tunai tahun lps...slps hampir 10 tahun bekerja..adoi..lambat betul dtg kesedaran tu..
dan baru buat asbf..tp sy xpasti la mcmana elok atau x...baru lulus..aritu apply utk 2 sijil tp satu sijil macam dinyatakan loan block..maksudnya x approve ke tu?..tnya ejen kt bank dia ckp dua2 sijil lulus...boleh someone jelaskan kalau tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 10:52 AM | Show all posts
nicrye replied at 31-10-2020 01:25 PM
assalamualaikum dan slmt berkenalan.
sy baru buat asb tunai tahun lps...slps hampir 10 tahun bekerj ...

Macamana boleh jadi macam tu..Tak pernah pulak jadi macam ni. Cuba tanya ejen bank lagi sekali. Kan naya duit kena potong..tapi loan tak jalan..

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 10-8-2020 05:24 PM
thats why.. weols share sbb pernah terciduk.. iols penah leee sakit jiwa tengok unrealized LOSS da ...

Sis mcm mana nak manage sendiri UT? Investment semua..i mmg cri u ni sbb haritu ada terbaca u monitor sndri investment profit semua..mana pelaburan paling bagus dan pulangan profit yg tinggi bagi u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2020 09:41 AM | Show all posts
Rzihan replied at 6-10-2020 11:29 AM
Kalau nak try dapatkan barang-barang berasaskan emas yang murah, boleh cuba tanya2 pusat pajak gad ...

Macamana nak tau diorang buat lelongan...kena usha kedai2 ke?

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 10:24 PM | Show all posts
Harga Pasaran emas semakin hari semakin meningkat,ia menunjukkan yang kita kerugian jika tidak membeli emas masa ini dan buat pelaburan,untuk pelaburan emas tidak semestinya membeli secara fizikal,di zaman IT ini kita boleh melakukan secara online sahaja  dengan berdagang.
http://bit.ly/2KNWLww
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Emas paling stabil .Tinjauan harga emas menaik 5 hingga 11 peratus setahun .Jumlah permintaan meningkat Namun pengeluaran akan berkurangan.Negara pengeluar emas pun semakin kekeringan emas .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak setuju kita pelbagaikan simpanan dan pelaburan. Akak ambil yg selamat. Beli Dinar emas & kumpul GaP sebelum ambil bar 1gm -20gm bila dah cukup di Public Gold. ASB semestinya. Dan pagi tadi dapat buka AHB selepas menanti selama 2 tahun. Menyimpan dalam TH secara potongan gaji dari suami. Tanah x mampu beli setakat ni sebab x bekerja. Tp ada peninggalan Ayah dan hibah dari Ibu beserta sebuah rumah. Niat nak menambah ASB to the max belum kesampaian lagi. Barangan kemas ada la juga utk anak2 atau boleh pajak diwaktu terdesak sangat tahap cipan.
Ini je cara yg sesuai dgn akak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.080667 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list