CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5039|Reply: 38

[Tempatan] Ayahanda kawasan' tak puas hati Asri viral pusat judi

[Copy link]
Post time 10-8-2020 09:56 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Azri yang menunjukkan lokasi didakwa premis perjudian sekitar Bandar Baru Sungai Buloh


'Ayahanda kawasan' tak puas hati Asri viral pusat judi
Oleh Rohaniza Idris
roha@bh.com.my








SUNGAI BULOH: Pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa ada individu mengaku sebagai 'Ayahanda' menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.

Beliau berkata, individu berkenaan menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbit, semalam.

"Individu berkenaan memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan menyatakan tindakan saya itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.

"Saya sudah merujuk perkara itu kepada polis ketika perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan," katanya ditemui media selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini, hari ini.

Ketika tinjauan itu, Mohd Asri menunjukkan lokasi yang didakwanya dijadikan sebagai premis judi dan rokok seludup di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Mohd Asri berkata, setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berhubung pendedahan itu.

"Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana ketika ini isu masih 'panas'.

"Saya percaya selepas perkara ini reda, pastinya ada risiko kerana mesti ada yang berdendam kepada saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT," katanya.

Ditanya mengenai perjumpaannya bersama Ketua Polis Negara, beliau berkata, pertemuan itu diadakan empat mata.

"Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada polis dan meminta saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.

"Dalam perjumpaan itu juga, Abdul Hamid memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara itu.

"Malah, Ketua Polis Negara juga memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau juga tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

"Saya sudah memaklumkan kepada polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

"Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Beliau turut memaklumkan telefon bimbit miliknya diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjadi agensi pertama menghubungi beliau berkaitan pendedahannya.

Namun, katanya sehingga hari ini beliau belum dihubungi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp ayahanda kawasan tu x puas hati?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 10-8-2020 10:04 PM
Knp ayahanda kawasan tu x puas hati?

Siape ayahande kawasan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat menyokong usaha asri janggut tp ada jg sstgh penjaja x bersetuju sbb tindakan asri yg seolah2 menyerang mbsa dan polis kesannya akn terpalit kpd penjaja lain. X mustahil nanti sbb sakit hati mbsa akn angkut semua penjaja2 lain seolah2 berdendam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahanda pengecut. Ayahanda kunun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 10-8-2020 10:04 PM
Knp ayahanda kawasan tu x puas hati?

Ko rasa income ayahanda kawasan dtg dari mana?takkan ayahanda nak potong getah,tangkap ikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 10:56 PM | Show all posts
Ada yg dah panas punggung lah tuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang jaga kedai2 judi geng2 melayu abang2 long. Cina bayar dorang. Bukan tokeh2 cina yang deal ngan polis, mbsa. Geng2 melayu abang2 long yang jadi orang tengah. Sama jugak klu kita kecoh kat mesen judi, buat kacau dlm kedai memang kena cepuk ngan abang long.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 10-8-2020 10:14 PM
Rakyat menyokong usaha asri janggut tp ada jg sstgh penjaja x bersetuju sbb tindakan asri yg seolah2 ...

senang citer..ikut undang2 je la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:30 PM | Show all posts
Knowlee replied at 10-8-2020 10:22 PM
Ayahanda pengecut. Ayahanda kunun...

sapa kata ayahanda tu pengecut?

sekali heol bawak team... baru uol taw


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 10-8-2020 10:56 PM
Ada yg dah panas punggung lah tuu

Yang paneh tetek pon ade..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pung pang gegak gempita jadi pejuang mulayu isele anti Icerd  BMF bagai, rupanya Ayahanda2 ni jadi kadam Cina jugok yer. Ayahanda pala hayahkau  
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:59 AM | Show all posts
hek elehh.. ke ayahanda cina judi bela.. ayahanda konon...

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayahanda,bonda,nenda ni semua balaci orang suruhan tokey2 juga....tengok je la kalau budak malay rempit jadi driver boss tengok camner dorang behave.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 10-8-2020 11:30 PM
sapa kata ayahanda tu pengecut?

sekali heol bawak team... baru uol taw

Bawak team lagi pengecut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ayahanda tu cina ke melayu..mesti melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 08:12 AM | Show all posts
penjaja ada lesen no hal.. yg niaga tanpa lesen nie yg marah marah kenkonon tutup periuk nasi mereka.. habis tu yg x de lesen tutup periuk nasi berlesen tu x pe plak ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul...kdg2 balas dendam tu akan dtg bila isu ni dh org lupa...bkn skrg masa isu panas..alih2 tetiba ada je hal. Semoga mendpt kemudahan bro...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 09:03 AM | Show all posts
Nak tau la ayahanda tu melayu ke? Kenapa melayu nak gaduh sama melayu? Nntikan cina dapig ketawa pula, ujong2 salah dapig ya? Moga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 09:05 AM | Show all posts
pyropura replied at 11-8-2020 01:55 AM
Pung pang gegak gempita jadi pejuang mulayu isele anti Icerd  BMF bagai, rupanya Ayahanda2 ni jadi k ...

Tokey cina tu lah bmf sbb gunakan khidmat ayahanda utk bisnes mereka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084935 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list