CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 7

[Tempatan] 28 ditahan polis kerana daki Bukit Broga.

[Copy link]
Post time 10-8-2020 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-8-2020 06:10 AM



Foto hiasan.

28 ditahan polis kerana daki Bukit Broga

Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my




KUALA LUMPUR: Seramai 28 individu ditahan polis selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila mendaki Bukit Broga di Semenyih dekat Kajang, semalam dan kelmarin.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 44 tahun itu dibawa ke Balai Polis Semenyih untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata dua daripada individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

"Seramai 26 orang lagi dikenakan tindakan kompaun mengikut Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga, buat masa ini kerana ia masih dilarang.

"Sebarang pelanggaran SOP PKPP akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2020 10:09 PM | Show all posts
Diwaktu cuaca yang sangat panas ini mereka masih nak mendaki bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 10-8-2020 10:09 PM
Diwaktu cuaca yang sangat panas ini mereka masih nak mendaki bukit.

Kang ada yg pengsan, dah kena panggil bomba pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:42 AM | Show all posts
bukit broga taleh naik lagi eh... bukit pelindung kat kuantan ni dah macam pesta aku tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:37 AM | Show all posts
aku tak rasa depa ni sesaja nk langgar perintah pkpp..rasanya depa ingat xsalah beriadah mcm tu, mcm berbasikal la kekdahnya depa rasa. bagi aku la cukup diberi amaran/peringatan je..yg sah2 bebal tu yg dah bergelang pink keluar merayap..denda takat RM1000 xjadi..mau bagi lebih and sumbat masuk penjara je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:35 PM | Show all posts
Kan dah diumumlan Bukit Broga ditutup buat sementara waktu lepas kes bersesak2 naik aritu, ni yang masih degil nak naik juga buat apa kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 12:39 PM | Show all posts
Polis dah check IC dorang tak? Manalah tau, takde IC tapi ada Visa tamat tarikh ke..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:32 PM | Show all posts
kucing_gebu replied at 11-8-2020 11:37 AM
aku tak rasa depa ni sesaja nk langgar perintah pkpp..rasanya depa ingat xsalah beriadah mcm tu, mcm ...

Bukit Broga ditutup buat sementara waktu.  Haritu buka dah tapi sebab ramai sgt dan melanggar SOP sebab bersesak dah kat atas tu, itu yang ditutup semula sementara.  Maksudnya dorang ni naik bukit broga masa notis penutupan masih berjalan.  Sebab tempat lain boleh je hiking.  Masing-masing kena pandai la jaga sop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075088 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list