CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 3

[Tempatan] Lebih 20 rumah rosak akibat ribut dan hujan lebat

[Copy link]
Post time 10-8-2020 11:47 PM | Show all posts |Read mode



Pokok tumbang menghempap kenderaan dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Bukit Merah, Paka, petang tadi. - NSTP/ROSLI ILHAM


Lebih 20 rumah rosak akibat ribut dan hujan lebatOleh Rosli Ilham
bhnews@bh.com.my





DUNGUN: Lebih 20 rumah serta dua kereta rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda Bukit Merah, Paka, dekat sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Paka, Pegawai Bomba Kanan II Norhazri Mohd Nor, berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6 petang tadi sebelum sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi terbabit, beliau berkata, dua pokok besar didapati tumbang dan menghempap dua kereta yang parkir berhampiran di Kawasan Perindustrian Paka.


Keadaan rumah penduduk, Mohd Abdullah, yang rosak akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Bukit Merah, Paka, petang tadi. - NSTP/ROSLI ILHAM


"Bagaimanapun, pemilik kedua-dua kenderaan berkenaan terselamat kerana masih berada di tempat kerja pada ketika itu.

"Namun, kedua-dua kereta itu mengalami kerosakan yang agak teruk," katanya sambil memaklumkan kerja mengalihkan dua pokok terbabit selesai kira-kira jam 8 malam tadi.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa lebih 20 rumah penduduk turut mengalami kerosakan dalam kejadian ribut itu.

"Kita meneruskan operasi malam ini dengan mengalihkan pokok yang menimpa sebuah rumah penduduk, selain puluhan pokok lagi yang merintangi jalan," katanya.

Seorang penduduk, Mohd Abdullah, 63, tetap bersyukur kerana beliau sekeluarga terselamat selepas rumah mereka ditimpa pokok tumbang kira-kira jam 5.40 petang tadi.

Beliau yang bekerja sebagai pemotong rumput berkata, kejadian berlaku ketika isterinya, Noraini Mohd Zin, 51, bersama dua anak mereka berusia 20 dan 15 tahun, berada di ruang tamu.

"Ketika itu, hujan sangat lebat dan sebaik saja saya melangkah masuk ke rumah, berlaku panahan petir sebelum sebatang pokok mempelam besar menimpa kediaman kami.

"Kejadian itu menyebabkan atap, kayu dan siling rumah runtuh serta nyaris menimpa kami empat beranak," katanya ketika ditemui.

Susulan itu, beliau berkata, barangan di dalam rumah, termasuk tilam dan perabot, rosak ditimpa hujan.

"Kami kini tiada tempat berteduh. Saya juga tidak tahu di mana hendak cari duit untuk membaiki rumah yang rosak kerana pendapatan sebagai pemotong rumput hanya cukup bagi menampung makan minum," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca cuaca akan panas sampai september.. sekali baca lak kat sini hujan lebat ribut bagai.. kuasa Allah.. sekarang mmg extreme weather.. kalau panas terik betul.. kalau hujan sampai ribut taufan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:41 AM | Show all posts
hurmm kesian rumah2 yg terlibat. harap pihak berwajib dapat bantu. bukan senang nk repair balik rumah yg dh rosak ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:47 AM | Show all posts
Musim pertukaran arah angin selalu jadi macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.453486 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list