CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1555|Reply: 12

[Tempatan] Dr Rohaizat kembali bersama KKM

[Copy link]
Post time 10-8-2020 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Dr Rohaizat kembali bersama KKM
    myMetromutakhir
BERNAMA



SETELAH dua bulan 'hilang' daripada pandangan pengamal media, hari ini kelibat Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon yang digelar panglima perang KKM muncul semula pada sidang media Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memulakan sidang media beliau hari ini dengan pengumuman bahawa Dr Rohaizat kembali berkhidmat sehingga akhir tahun.

Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri di KKM pada 6 Ogos lalu.

Selepas sidang media di KKM hari ini berakhir, Dr Rohaizat yang kelihatan ceria mengambil kesempatan mendekati wakil media yang sedang sibuk menulis berita untuk bertanya khabar.

Wakil media turut mengucapkan selamat kembali ke KKM kepada beliau.

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

Pengumuman persaraan Dr Rohaizat oleh Dr Noor Hisham menyentuh hati wakil media ketika itu apabila Ketua Pengarah Kesihatan sebak sambil menggelarkan Dr Rohaizat sebagai panglima perang beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 10:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 11:52 PM | Show all posts
dah pencen tu pencen lah!!!!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:52 PM | Show all posts
yay...alhamdulillah - good news indeed...selamat menjalankan amanah yg berat ini - it is good to see the DG with his panglima servin the nations the best they can ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 03:52 PM
dah pencen tu pencen lah!!!!!!!!!!!!!!

Orang ikhlas jalankan amanah taknfikir diri sendiri, dah pencen masih ada rasa tanggungjawab utk bantu negara.
Bukan mcm ko menyalak dalam forum je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 11:52 PM
dah pencen tu pencen lah!!!!!!!!!!!!!!

Kadang ada sebab la tu kena panggil balik.

Sedara bapa saya dulu pun pencen tertangguh berberapa bulan sebab tak jumpa pengganti yg sesuai.

Kalau dia sihat,  agaknya sampai sekarang tak kena suruh pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, selamat kembali Dr.
No wonder post tu di'kosongkan' lepas Dr takda, rupanya Dr yang akan kembali lagi sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 12:30 AM | Show all posts
nazzse replied at 11-8-2020 12:25 AM
Orang ikhlas jalankan amanah taknfikir diri sendiri, dah pencen masih ada rasa tanggungjawab utk b ...

itu kata kau!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka tersentaplah bbnu yang dok bising suruh kurangkan tempoh persaraan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah doktor!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:23 AM | Show all posts
tahniah dr
friendly orgnya

moga terus sihat utk berbakti pd semua rakyat msia


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg ada value..jgn di bazir..lgpun dia happy utk berkhidmat. Welcome back Datuk..thank you
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bisinglah nanti geng2 youth power suruh kasi job tu kat budak fresh grad yang main game time kerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:38 PM | Show all posts
Pengalaman beliau pasti dapat membantu dalam usaha menang melawan wabak covid19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.104665 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list