CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3002|Reply: 22

[Tempatan] Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi tidak be

[Copy link]
Post time 10-8-2020 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/608981/bukit-aman-sahkan-terima-maklumat-pegawai-anggota-lindungi-premis-judi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 11:44 PM

BERNAMA


LOKASI dipercayai mempunyai premis perjudian tidak berlesen di Bandar Baru Sungai Buloh.  FOTO AIZUDDIN SAAD.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi tidak berlesen di sekitar Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat diterima termasuk premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Beliau berkata, perkara diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

"Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.

"Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular satu video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan polis membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 11:56 PM | Show all posts
kalau nak haramkan pusat judi haramkan juga sekolah tahfiz

- siti karen 2020

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak la korang.. Masakkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 12:10 AM | Show all posts
Bukit Aman terima maklumat polis disyaki lindungi premis judi haram di Sungai Buloh

https://www.bharian.com.my/berit ... i-premis-judi-haram

Isnin, 10 Ogos 2020 | 11:51pm


PENGARAH Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pihaknya sedang meneliti maklumat itu, termasuk mengenai serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

"Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terbabit penyelewengan tugas serta melindungi sindiket berkenaan, maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan terhadap mereka.

"Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama, hari ini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut buat mcm Dato Ayob kat Johor. Tak payah tindakan tata tertib dah, buka IP terus. Takda guna lindungi puak2 pemakan rasuah ni. Buat rugi duit gomen je bayar gaji  pemakan rasuah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap sekali si pemberi rasuah..

Kalau tangkap penerima je, esok2 bila posisi penerima diganti, pengganti penerima lama akan jadi penerima yang baru dari pemberi yang telah memberi kepada penerima sebelum ni maka kita harus menangkap pemberi kerana kalau tiada pemberi maka tiada penerima da  kalau tiada penerima maka tiada pemberi

Hahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 12:50 AM | Show all posts
nazzse replied at 11-8-2020 12:23 AM
Patut buat mcm Dato Ayob kat Johor. Tak payah tindakan tata tertib dah, buka IP terus. Takda guna li ...

macam perasuah lim guan eng kan?


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis caprut mana la yg gemar mkn duit harey ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami taknak mereka yang mengkhianati ni dikenakan tindakan tata tertib, kami nak mereka di jail dan buang kerja. Baru la adil.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:01 AM | Show all posts
cepat betul dapat maklumat .... ni macam ada harapan nak main wayang bagi senyap ja niiiii... bulan depan pi tgk balik at simpang tu..ada ke takda kedai acheh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:05 AM | Show all posts
org miskin , akidah lemah memang mudah dibeli dgn wang ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn senyap je lps 2 bulan ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:43 AM | Show all posts
2 3 hari jer panas

esok lusa dah sejuk berdondang sayang la balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:46 AM | Show all posts
Edited by tagas at 11-8-2020 11:48 AM

selagi ada demand selagi tu ada supply

- pusat urut spa

- judi haram

- kelab malam

- dadah

- pelacuran

- pinjaman along
- cd haram(dah berkubur dgn ada nya netflix, internet mudah donlod)

underground biz  

part of our economic
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash! Mohon tangkap juga pemberi2 rasuah. Kalau tiada yg menjual, tiada yg akan membeli. Gitteww.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:59 PM | Show all posts
slavehunter replied at 11-8-2020 12:58 AM
Kami taknak mereka yang mengkhianati ni dikenakan tindakan tata tertib, kami nak mereka di jail dan  ...

tak cukup jail dan buang kerja.
aku nak tengok pengkhianat negara ni di hukum gantung sampai mati.
dan rampas harta family dia,
biar anak bini dia tinggal spender duduk bawah jambatan.

penjawat awam yang makan rasuah adalah pengkhianat negara.
patut di hukum mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 11-8-2020 05:59 PM
tak cukup jail dan buang kerja.
aku nak tengok pengkhianat negara ni di hukum gantung sampai mati ...

Kannnn? Dalam dunia ni especially Malaysia banyak sangat manusia trash manusia takde quality yang mendatangkan manfaat kepada society....jadi apa guna hidup tu kalau hanya nak mementingkan diri sendiri mementingkan perut sendiri sambil membuli kepada pihak yang benar. Mohon mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat jgn x siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 11-8-2020 12:10 AM
Bukit Aman terima maklumat polis disyaki lindungi premis judi haram di Sungai Buloh

https://www.b ...

Siasat OCPD kak ton dulu..paling awai kata tuduhan tu adalah fitnah,berniat jahat.
Harap disiasat tanpa kasih sayang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tak kak tonnnn......iklann
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.899983 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list