CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 10

[Tempatan] Melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

[Copy link]
Post time 11-8-2020 12:19 AM | Show all posts |Read mode
28 ditahan polis kerana daki Bukit Broga

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719821/28-ditahan-polis-kerana-daki-bukit-broga

Isnin, 10 Ogos 2020 | 7:20pm

Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my


Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seramai 28 individu ditahan polis selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila mendaki Bukit Broga di Semenyih dekat Kajang, semalam dan kelmarin.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 44 tahun itu dibawa ke Balai Polis Semenyih untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata dua daripada individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

"Seramai 26 orang lagi dikenakan tindakan kompaun mengikut Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga, buat masa ini kerana ia masih dilarang.

"Sebarang pelanggaran SOP PKPP akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:22 AM | Show all posts
padan muka

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Degil, cari penyakit..
Mendapatlah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersangka baik, mungkin di puncak bukit broga ada penawar covid19
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jogging boleh,  hiking x boleh.. Eisshhh konpius lah pulak pkpp nih...tp dedua aku x buat la
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Species apa dironjang bak kata mak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 10:44 AM | Show all posts
tak g naik bukit tu
boleh mampos gaknye
xfaham bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 11-8-2020 10:00 AM
Jogging boleh,  hiking x boleh.. Eisshhh konpius lah pulak pkpp nih...tp dedua aku x buat la

Sebab tak boleh kumpul lebih dari 20 orang agaknya tapi kumpulan penyokong najib, tun dan lee gua tu tak kena pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 11:28 AM | Show all posts
lahhh dah knp mati ke klu tak pegi hiking
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:37 PM | Show all posts
Bukit Broga kan ditutup buat sementara waktu yang gigih nak naik juga dah kenapa kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku dgn polis ni.. minggu lepas, aku kluar dgn mem nk gi makan. Tiba kat simpang 4 traffic light, polis trafik blok simpang dgn moto honda ST tu. ingatkan escort sultan.
Tiba2, muncul konvoi berbasikal! Dengan kayuhan berkumpulannya, tak pakai mask.. apa ni? Pendendaan terpilih ka? Pendendaan terbangsat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.401663 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list