CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1185|Reply: 12

[Tempatan] Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan pindaan

[Copy link]
Post time 11-8-2020 01:12 AM | Show all posts |Read mode


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI


Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan pindaan



KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan kepada Ahmad Zahid, 67, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda 14 pertuduhan itu.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan penambahan satu perkataan, iaitu 'penguasaan' dalam pertuduhan pecah amanah pertama hingga 10 serta 19 dan 20, serta membuang perkataan 'penambahan' dalam pertuduhan rasuah ke-14 dan 15.

Mengikut 12 pertuduhan pindaan, Ahmad Zahid sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu milik yayasan berkenaan, didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM31 juta milik yayasan terbabit di Affin Bank Bhd cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan rasuah pula, Ahmad Zahid didakwa menerima rasuah daripada Pengarah Data Sonic Group Berhad, sebagai upah bagi dirinya sebagai penjawat awam, iaitu Menteri Dalam Negeri ketika itu, dan oleh sebab itu, syarikat berkenaan dilantik bagi melaksanakan perolehan pembekalan cip pasport untuk tempoh lima tahun.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Dataran Maybank, Jalan Maarof, Bangsar, di sini, pada 26 April 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pindaan itu kerana pemakluman mengenainya agak lambat.

"Kami terkejut, dan ia hanya dimaklumkan kepada kami, pagi ini. Kami tidak bersetuju dengan permohonan ini... pada masa sama, kami ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami mahu hak kami bawah Seksyen 162 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk memanggil saksi-saksi, diiktiraf. Kami serahkan kepada mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran pula berkata pindaan terhadap pertuduhan itu tidak akan memberi kesan sehingga boleh mengubah ciri kesalahan berkenaan.

"Tidak akan timbul soal prejudis kerana pertuduhan yang dipinda itu hanya pindaan kecil," katanya.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung hari ini. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:30 AM | Show all posts
Lambat lagilah nampaknya Din Pagoh boleh melantik Pejuang Bangsa Tuan Tuan di Malaya ini sebagai menteri atau Duta Khas bertaraf menteri.....

Dah lah tahun ini dia tak dapat ke rumah Allah (yakni Baitullah) untok buat umrah..........

Harap bangsa bangsa ketuanan tidak mengamok kerana supreme leader mereka kena buli oleh kafir laknatullah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 01:51 AM | Show all posts
Maideen. replied at 10-8-2020 09:30 AM
Lambat lagilah nampaknya Din Pagoh boleh melantik Pejuang Bangsa Tuan Tuan di Malaya ini sebagai men ...

Maideen..Berharap lah dia akan melantik tuan tuan yanh sanggup bekerja kerana rakyat dan negara ...sepertimana pemimpin negara negara barat peminum arak tu(mereka bekerja kerana rakyat dan negara) yanh mana menjadi impian pelarian pelarian dari negara islam!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:01 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-8-2020 01:51 AM
Maideen..Berharap lah dia akan melantik tuan tuan yanh sanggup bekerja kerana rakyat dan negara .. ...

Sunggoh sedih melihat Isle diperkotak katik kan...........

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:32 AM | Show all posts
mask die mcm underwear satin

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:55 AM | Show all posts
Dialah satu satu orang yang pernah berjumpa dengan orang ereb kayo yang bagi RM2.6billion (RM2,600, 000,000.00 kepada Najib.......Prrrrrrrrrpfffftght

Sayang dia tidak dipanggil menjadi saksi pembelaan dalam kes SRC. Tidak kalu, musti Najib tak kena 7-0.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2020 04:57 PM | Show all posts
Maideen. replied at 10-8-2020 10:01 AM
Sunggoh sedih melihat Isle diperkotak katik kan...........

Apa boleh buat maideen, contoh terdekat.. tengok sahaja Dalam forum ni...kekononya memperjuangkan islam dan nabi tetapi perangai dan bahasa dia lansung tiada menggambarkan apa yang dia perjuangan kan.

Adalah sangat memalukan... tetapi apa boleh buat kerana pemikiran dan perasaan tiada sehaluan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga sama2 merepot dlm lokap bersama boskuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 05:49 PM | Show all posts
tripleid replied at 11-8-2020 05:31 PM
Moga sama2 merepot dlm lokap bersama boskuu

Amin ya Rabb. Aminnnnnn......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:52 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-8-2020 04:57 PM
Apa boleh buat maideen, contoh terdekat.. tengok sahaja Dalam forum ni...kekononya memperjuangkan  ...

Apa boleh buat FM........itu cara hidop mereka.

Maideen~It's a way of life.........Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak long nurul boleh terus meroyan yee
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 11-8-2020 05:31 PM
Moga sama2 merepot dlm lokap bersama boskuu

Sekali dgn guan eng satu cell.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 06:49 PM | Show all posts
Peguam akal setitik
Tak nak singgah
thread LGE ke?

Takkan sembang kencang
ka sini je

"ahak"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.187976 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list