CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 2

[Dunia] COVID-19: Lebih 20 juta kes seluruh dunia

[Copy link]
Post time 11-8-2020 09:53 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Lebih 20 juta kes seluruh dunia

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/08/719927/covid-19-lebih-20-juta-kes-seluruh-dunia

Selasa, 11 Ogos 2020 | 9:36am



PARIS: Lebih 20 juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, dengan separuh daripada di benua Amerika terutama Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Setakat ini, 20.003 juta kes jangkitan dan 733,842 kematian dilaporkan dan mengikut laporan, lebih empat daripada 10 kes COVID-19 yang dikesan adalah dari AS dan Brazil, dua negara yang paling terjejas pandemik itu.

Sebanyak 5.075 juta kes dan 163,282 kematian direkodkan di AS manakala 3.06 juta kes dan 101,752 kes kematian di Brazil.

Jangkitan COVID-19 di seluruh dunia bagaimanapun stabil dengan kadar pertambahan kepada satu juta kes dikesan setiap empat hari sejak pertengahan Julai lalu.

Ia mengambil masa 94 hari bagi sejuta kes jangkitan untuk direkodkan, selepas pengumuman yang kes rasmi COVID-19 di China. 86 hari kemudian iaitu pada 28 Jun lalu, kes jangkitan melepasi 10 juta orang sebelum ia berganda dalam tempoh sebulan setengah.

Amerika Latin dan kepulauan Caribbean, wilayah masih masih teruk terjejas penularan pandemik dengan 5.61 juta dan 221,281 kematian dan dilaporkan 576,583 kes jangkitan baharu bagi tempoh seminggu.

Kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu bagi rantau Asia pula 495,663 kes, Eropah (153,879 kes), Africa (89,644 kes), Asia Barat (74,588 kes) and Oceania (3,372 kes) bagi tempoh seminggu.

Sementara itu, India direkodkan sebagai negara paling banyak kes jangkitan baharu dalam tempoh seminggu iaitu 402,287 kes, melebihi AS (376,471 kes), Brazil (301,745 kes), Colombia (69,830 kes) and Peru (49,174 kes). - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 09:58 AM | Show all posts
harap Malaysia berjaya perangi virus china ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 10:43 AM | Show all posts
belah2 africa makin naik
bnyk yg dh surpass msia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062331 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list