View: 1353|Reply: 10
|
[Tempatan]
Kumpulan pengguna dan beberapa NGO di Kedah akan saman pemilik sebuah restoran n
[Copy link]
|
|
Kumpulan akan saman lelaki jadi pencetus kluster Sivagangga
Predeep Nambiar -August 11, 2020 9:46 AM
ALOR SETAR: Sebuah kumpulan pengguna dan beberapa NGO di Kedah bercadang menyaman pemilik sebuah restoran nasi kandar yang dikatakan pihak berkuasa sebagai punca berlakunya kluster Sivangga Covid-19.
“Tindakan undang-undang terhadap beliau akan menjadi peringatan kepada orang lain supaya tidak mengambil mudah perintah kuarantin Covid-19,” kata Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff kepada FMT.
Beliau berkata, CAKE memutuskan untuk mengetuai tindakan sivil itu, yang akan disertai sekurang-kurangnya 5 NGO lain dan beberapa pemilik perniagaan.
Katanya, mereka sudah berbincang dengan peguam untuk mendraf saman itu.
Menurut Kementerian Kesihatan, kluster Sivagangga bermula di Napoh, Kubang Pasu, selepas seorang warga India dengan status penduduk tetap di Malaysia melanggar perintah kuarantin sekembalinya dari Sivagangga, sebuah pekan di Tamil Nadu.
Lelaki berusia 57 tahun itu, yang memiliki Restoran Nasi Kandar Salleh, dilihat berada di premisnya ketika Hari Raya Haji dengan memakai gelang merah jambu di pergelangan tangan kirinya. Seorang pengguna internet memuat naik gambarnya di Facebook dan pihak berkuasa kemudiannya mengesan lonjakan kes Covid-19.
Pemilik restoran nasi kandar yang dilihat memakai gelang tangan merah jambu ketika sambutan Aidiladha lalu. (Gambar Facebook)
“Saya rasa denda RM1,000 untuknya sekadar tamparan di pergelangan tangan. Kami mahu mengheret lelaki ini ke mahkamah kerana beliau menyebabkan semua orang Kedah menderita,” kata Yusrizal.
Empat mukim di Kubang Pasu kini di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO).
Kluster Sivagangga kini merebak merentasi 3 generasi, dengan pihak berkuasa kesihatan berkata, ia mungkin berasal daripada koronavirus “super-spreading” dari Mesir.
Semalam, kerajaan Kedah mengarahkan Restoran Nasi Kandar Salleh ditutup dan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia akan ditutup sehingga TEMCO berakhir 30 Ogos ini.
Katanya, negeri itu masih mempertimbangkan pembatalan lesen perniagaannya.
Setakat semalam, terdapat 132 kes Covid-19 di Kedah, dengan hampir separuh membabitkan kluster Sivagangga. Virus daripada kluster itu dilaporkan menular ke Perlis dan Seberang Perai di Pulau Pinang.
Pulau Pinang dan Perlis masing-masing mencatatkan 125 serta 30 kes Covid-19 setakat ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah buang Karan.
Gomen patut taruk si sial ni Naik kapal tldm.
Sampai international waters humban je kat tgh laut in a dingy and 2 weeks food and water supply.
Persona non grata .
The bastard is not even a citizen Pon. Just a PR. Dia boleh berambus. |
|
|
|
|
|
|
|
Auntie,
In your letter recommending the action so stated to be taken nanti boleh tolong masokkan nama seorang lagi persona non grata ia itu Zakir Naik untok di sumbat dalam kapal tu tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
you just have to lah kan ankel.
kang nnt dtg pulak puak mintak sumbat siti kasim sumbat sekali.
its a dingy lah deyy themby
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai international waters humban je kat tgh laut in a dingy
perhaps old age is catching up ol' fren.... better have the doctors check you out ankel.... jujurnya baghal worry about you
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Maideen. at 11-8-2020 11:46 AM
Thanks old friend........
Yes..... a lot of water has flowed under the bridge since we met last.
Gomen patut taruk si sial ni Naik kapal tldm.
|
|
|
|
|
|
|
|
saman sivil untuk minta gantirugi.
penduduk, peniaga & pejabat sekitar boleh tuntut balik semua kos - kos beli barang utk sanitasi kedai/rumah/pejabat, kos servis sanitasi, loss of earning sebab kena tutup kedai/rumah/pejabat, kos bayaran gaji pekerja walaupun kedai/pejabat tak buka, tuntutan gaji yang dipotong sebab bos tak bagi masuk kerja sebab balik beraya di napoh, kos kuarantin, kos biaya/perjalanan ulang alik hospital, etc.
kalau tuntut sorang2 memang berapa sen je boleh dapat. tapi kalau berkumpulan, baru laa sedap sikit, nak2 pulak defendan sorang je, i.e. mamak sivagangga, boleh terduduk dia
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun nama persatuan dia kelakar, i sokong je saman kelly tu..
juga kepada mereka yang kena jangkitan punca dari dia..
saman ramai-ramai sampai dia bungkus balik india.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
|