CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 10

[Tempatan] Penangan COVID-19. Lebih 90 peratus rakyat risau nak guna public transport. Perg

[Copy link]
Post time 11-8-2020 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 90% rakyat Malaysia bimbang guna pengangkutan awam ketika Covid-19
10 Aug 2020 / 21:57 H.



KUALA LUMPUR: Hasil kaji selidik dijalankan baru-baru ini mendapati lebih daripada 90% rakyat Malaysia bimbang menggunakan pengangkutan awam di dalam persekitaran penularan Covid-19 dan lebih menggemari memandu kenderaan sendiri sebagai langkah keselamatan.

Hasil kaji selidik oleh WapCar, sebuah hab kandungan automotif berasaskan teknologi mendapati sebilangan besar responden lebih cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan dan memilih harga yang berpatutan apabila membeli sebuah kereta.

Ia juga mendapati sebanyak 57.9% daripada responden berkata mereka tidak akan menggunakan pengangkutan awam manakala 32.7% akan menggunakan pengangkutan awam walaupun mereka bimbang mengenai keselamatan kesihatan.

Daripada 318 responden yang menyertai kajian tersebut, sebanyak 55.4% berkata mereka akan mempertimbangkan semula rancangan untuk membeli kereta baharu dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Walaupun rakyat Malaysia mementingkan keselamatan, mereka tetap memilih untuk menggunakan pengangkutan awam sama ada mereka mahu berjimat cermat atau tiada pilihan lain,” kata WapCar.

Kaji selidik itu turut mencerminkan trend jualan kereta serta peningkatan permintaan kereta terpakai di Malaysia pada bulan Jun tahun ini yang dilaporkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM).

Justeru, kaji selidik itu menyokong pengumuman MAA bahawa trend jualan kereta akan cenderung kepada kenderaan lebih murah dan jimat bahan api.

Dalam pada itu, sebanyak 83% responden bersetuju bahawa harga dan diskaun adalah faktor penting yang akan mempengaruhi keputusan mereka apabila membeli sebuah kereta dan kira-kira 47% daripada responden berkata mereka hanya membeli kereta baharu yang berharga kurang daripada RM100,000.

Kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa 70% daripada responden menyatakan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi dan ia mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli kereta baharu.

Hampir 50% responden berkata mereka lebih berhati-hati dalam perbelanjaan dan memilih untuk menyimpan bagi kegunaan ketika kecemasan daripada membeli barangan mahal seperti kereta bagi tempoh enam bulan akan datang.

Kaji selidik yang dilakukan oleh WapCar selama seminggu pada Julai lepas itu adalah untuk memahami kebimbangan pembeli kereta dan bagaimana industri automotif dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan responden tersebut. — Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 11:26 AM | Show all posts
klu semua risau naik kereta sendiri bangkraplah pengangkutan awam....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:30 AM | Show all posts
takde makne nyerrr..... penuh juga tren hari2..... bas ekspress je laa yang aku tengok dah kurang padat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:34 AM | Show all posts
lrt ramai je..
cuma bas express maybe kalau seater 44..kurang jd 22..separuh gitu..tamo dok dekat2 kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku arini ke penang naik bas. Malas nak drive sorang2. Jadi naik bas lagi mudah. Aku beli tiket bas kul 6.00pagi. Tapi bas billion star babi ni, pegi kumpul penumpang pukul 6.00, 6.30, 7.00 pagi. Dah bersesak dalam bas ni. Dah la ramai warga asing. Mmg lahanat servis bas macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 11:50 AM | Show all posts
Betul tu LRT MRT selalu sesak macam tak ada penjarakan fizikial je kadang tu.  Yang kurang mungkin bus express atau mungkin juga keretapi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 11:54 AM | Show all posts
mesti menteri kereta terbang ckp dalam hati

"dulu korang gelak2 projek kereta terbang aku"

"sekarang rasakan" - tambahnya lagi

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku naik grab.. Sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:22 PM | Show all posts
train penoh je setiap ari
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:24 PM | Show all posts
mmg risau...tapi tawakal la...sentiasa pakai mask dan bila kuar kalo pegang tiang, make sure sanitize tangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 05:01 PM | Show all posts
Prasarana ticks off WapCar for 'misleading' survey findings
By New Straits Times - August 11, 2020 @ 4:34pm

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) has ticked off tech-driven automotive content hub WapCar over its survey on usage of public transport.

The provider of Malaysia's urban rail and a chain of stage bus services in Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Perak and Pahang said the survey was bias and its findings were misleading.

Prasarana pointed out that the survey, which ran for a week in WapCar's Facebook last July, had a sample size of only 318 respondents and carried only one question about public transport.

It said the claim that "over 90 per cent of Malaysians are concerned about taking public transportation" was an overreaction and misleading.

"These 318 respondents cannot represent the opinion of millions of public transport users, much less the opinion of 31 million Malaysians," Prasarana pointed out.

In the media statement on Monday, WapCar said that over 90 per cent of Malaysians are concerned about taking public transport amidst the Covid-19 pandemic.

It said that based on its survey participated by 318 respondents, 58 per cent of them will not take public transportation while 33 percent will avoid it if given the choice.

Prasarana acknowledged that the Covid-19 pandemic has impacted the ridership figures with the enforcement of the Movement Control Restriction (MCO) orders since March 18.

It said the current uptick trend, from 16 per cent in March to 60 per cent to date, showed that the ridership for both Prasarana's rail and bus services is steadily picking up with the opening of the local economies and more people returning to work.

Prasarana said it aims to bring back the pre Covid-19 average daily ridership of 1.1 million by the end of 2020.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.605325 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list