CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8598|Reply: 89

[Tempatan] Akhirnya MBSA bersuara... Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar

[Copy link]
Post time 11-8-2020 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 12-8-2020 11:16 AM

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam
MyMetroUtama
Share

Tweet


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Asri Janggut meninjau lokasi yang dipercayai mempunyai premis perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh, semalam. FOTO Aizuddin Saad

Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan peniaga khususnya di Bandar Baru Sungai Buloh supaya mematuhi arahan dikeluarkan sehingga isu berniaga tanpa lesen diselesaikan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk mereka berniaga.

Katanya, sebelum ini sudah ada tapak yang disediakan, namun ada peniaga yang enggan berpindah ke lokasi berkenaan.

"Saya mengikuti isu ini secara dekat dan perlu mendapatkan laporan terperinci daripada pegawai penguat kuasa MBSA.

"Kita juga ucapkan terima kasih kepada Mohd Asri (Mohd Asri Hamid) atas aduan dibuat. Tindakan akan diambil seperti mana rutin yang dijalankan sebelum ini.

"Saya juga berharap isu ini tidak berpanjangan kerana kita ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan. Kita hadapi kesukaran, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan peraturan ditegakkan," katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas kontroversi membabitkan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut yang turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turun melawat lokasi berkenaan semalam.

Haris berkata, tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di situ dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan sebelum ini.

"Ia mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Di Tempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan).

"Mereka yang barangan disita, boleh berhubung dengan pegawai MBSA dan selepas menjelaskan kompaun, barangan terbabit boleh diambil semula," katanya.

Katanya, beliau mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk tampil membantu MBSA bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan seperti sepatutnya dan tiada pelanggaran undang-undang.

"Kita juga minta supaya orang ramai khususnya netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada dan bukannya suka-suka.

"Sudah tentu akan ada tindakan kepada pegawai penguat kuasa MBSA jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa ketika bekerja.

"MBSA juga bersedia membantu pihak polis menjalankan siasatan atas dakwaan ada aktiviti perjudian membabitkan premis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 11:39 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:04 PM | Show all posts
Fuyo.......dia "mengikuti isu ini secara dekat"......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 12:08 PM | Show all posts
Maideen. replied at 11-8-2020 12:04 PM
Fuyo.......dia "mengikuti isu ini secara dekat"......

tapi ayat2 macam nak cuci tangan jer...


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:18 PM | Show all posts
sblm tetamu vvip nak dtg menginap kat buluh river resort 12 taon tu uol bersih2 kan la tempat tu elok2 ye.

hadoihh... malu la sket kat tetamu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kudos sungai buloh. Definitely not done yet

Sg buloh ni academician pun sama macam mbsa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila KDN dan Ketua Polis bersuara baru muncul.....damage is done.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 12:39 PM | Show all posts
alahai...sudah terang lg bersuluh...nak drama apa lg laa lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:43 PM | Show all posts
takkan sg buluh je? area lain pun byk pati meniaga tanpa lesen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 12:45 PM | Show all posts
gelabah la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la banyak kerja tapi buatnya tak!!!
Cuci tangan ler tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 01:09 PM | Show all posts
Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh
| | 11 Ogos 2020


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Cawangan Sg Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.

Menurut sumber, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua penguatkuasa dari Cawangan Sg. buluh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut. Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau dikatakan menbayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sg Buloh.

Tambah sumber, penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan. Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket di kalangan anggota penguatkuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... utm_campaign=Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dah terbogel kat public baru la nak bertindak acah2 buat keje
babi MBSA ni
SPRM sumbat je diorg ni ke penjara tanpa bicara.hapuskan pencen2 polis yg bersubahat skali
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-8-2020 01:24 PM
bila dah terbogel kat public baru la nak bertindak acah2 buat keje
babi MBSA ni
SPRM sumbat je dio ...

kan... dgn dpt kumpul duit melebihi gaji.. celaka la mkn hasil haram

moga terus viral tmpt lain plak mmg semua kaki songlap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:29 PM | Show all posts
bodoh punya MBSA...baru skrg ko nak terhegeh2 tegakkan peraturan? peraturan taik kucing!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:30 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 11-8-2020 02:09 PM
Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh
| | 11 Ogos 2020

harap maklum...bukan aje sg buloh,, tapi merata malaysia ni...jgn buat2 tak tau ye penguatkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 01:41 PM | Show all posts
Dalam ni ada 3 isu:

1. Isu premis haram (MBSA kena settle kan bab penguatkuasaan. Isu lebih besar, perundangan boleh bahas sampai parlimen pun)

2. Penguatkuasa MBSA (SPRM kena masuk)

3. Polis (Bukit Aman kena masuk)


Jangan ada yang try nak overplay one isu dengan harapan yang lain akan masuk bawah carpet.
Rakyat jangan hilang fokus.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 11-8-2020 01:28 PM
kan... dgn dpt kumpul duit melebihi gaji.. celaka la mkn hasil haram

moga terus viral tmpt lain ...

yup ....publish je nama diorg
biar diorg susah nk cari keje kat tmpt lain.supaya majikan lain tahu
ada keje tp x amanah
biar gelap masa depan sesekor

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 01:54 PM | Show all posts
gadget replied at 11-8-2020 01:30 PM
harap maklum...bukan aje sg buloh,, tapi merata malaysia ni...jgn buat2 tak tau ye penguatkuasa
...

fokus kat Selangor/WP dulu.... sebab sini lubuk

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
abg janggut tak bayar yuran bulanan, tu yg kena angkut gerai beger...cuba bayar bulan2 meniaga atas jalan 24 jam pun takpe, boleh selit jual dblend skali, masyuk sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 02:08 PM | Show all posts
kakigebang replied at 11-8-2020 03:00 PM
abg janggut tak bayar yuran bulanan, tu yg kena angkut gerai beger...cuba bayar bulan2 meniaga atas  ...

masalahnya abg janggut tak perangai mcm ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.089639 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list