View: 2465|Reply: 10
|
[Tempatan]
Ketua Balai (OCS) ditahan diterima rasuah RM6,000
[Copy link]
|
|
Ketua Balai ditahan diterima rasuah RM6,000
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/720386/ketua-balai-ditahan-diterima-rasuah-rm6000
Rabu, 12 Ogos 2020 | 12:26pm
Oleh Ilah Hafiz Azizi
llahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
Ketua Balai (OCS) dan seorang anggota polis di Melaka ditahan kerana meminta dan menerima rasuah ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
KUALA LUMPUR: Ketua Balai (OCS) dan seorang anggota polis di Melaka ditahan kerana meminta dan menerima rasuah ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Difahamkan, dua anggota polis itu termasuklah OCS yang berusia 57 tahun itu meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai bayaran untuk mengelakkan tindakan saman.
Sumber berkata, pemilik perniagaan itu dikatakan melanggar arahan PKP.
"Dia ditahan lewat petang semalam dalam serbuan di sebuah balai polis.
"Dalam serbuan itu, wang rasuah berjumlah RM6,000 yang disimpan dalam pejabatnya turut ditemui," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.
BH difahamkan, kedua-dua mereka sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bnyk jwtn kosong lps ni....melaka sg buloh selayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
6k je ke uolss...mana cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang masa pemberi rasuah balas dendam |
|
|
|
|
|
|
|
i harap kes-kes tangkapan ni bukan la kambing hitam..
kan kes tengah panas pasal sungai buloh punya hal.. |
|
|
|
|
|
|
|
lahh sikitnye kantoi... 6k je... ni utk sehari ke sebulan.. pi simpan dlm pejabat wat perr lahhh hadoi... tapi bagus gak kene.. ni namanya harap pegar, pegar makan padi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama ke buat keje ni, dah nak pencen baru kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa siarkan berita ini...kang memburukkan imej.... |
|
|
|
|
|
|
|
6 ribu tu dia buat bli pulut dakap kt wife dia kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|