CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3606|Reply: 22

[Tempatan] Kerajaan negeri ambil alih kebun durian haram di Raub. #11, Krisis Musang King:

[Copy link]
Post time 12-8-2020 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-8-2020 03:09 PM

Kerajaan negeri ambil alih kebun durian haram di Raub

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/08/720520/kerajaan-negeri-ambil-alih-kebun-durian-haram-di-raub

Rabu, 12 Ogos 2020 | 4:18pm

Oleh Mohd Rafi Mamat
bhnews@bh.com.my


Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memusnahkan pokok durian yang ditanam secara haram dalam kawasan hutan simpan di Raub. - Foto fail JPNP

KUANTAN: Kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang akan mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan keputusan kerajaan negeri yang hanya memberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan kepada syarikat usaha sama kerajaan negeri sahaja.

Menurutnya, selepas 24 Ogos ini, pos kawalan akan dibina dan pihak yang dibenarkan sahaja boleh memasuki kawasan terbabit.

Katanya, pihak yang didapati menceroboh akan diambil tindakan termasuk didakwa atau memusnahkan tanaman yang difikirkan perlu.

"Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini dan pencerobohan akan diambil tindakan mengikut undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965.

"Jika disabitkan kesalahan pihak berkenaan boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bagi pencerobohan di hutan simpan, penceroboh boleh didakwa mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri memandang serius isu penerokaan dan penanaman durian di atas tanah kerajaan dan hutan simpan yang masih berleluasa hingga kini.

"Tindakan tegas perlu segera diambil bagi menangani isu penanaman durian secara haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman raja buah itu terus bertambah di kawasan terbabit," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Menurutnya, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.

Isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram sebelum ini dibangkitkan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu.

Dianggarkan 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 05:05 PM | Show all posts
Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.


so isu rugi cukai ke psl terjejasnya alam........ mana lbh dpentingkan skg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak penanam yg tunggu lama untuk pokok berbuah....dah berbuah kerajaan ambik. Harap gov pahang usahakan tanah yg besar di pahang dgn penanaman durian..blh eksport mendatangkan pendapatan lumayan pd kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp mesti musnahkan.baik kjaan ambik dan selenggara semula.ada jgak income kjaan negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
4400 hektar..
Amek kau..
Tahun dpn xbyk la hasil durian raub dah.
Selama ni puak tu kaya raya dgn hasil jual durian kt tanah haram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah gi mendaki kt raub beberapa tahun lepas.. nak ke starting point kene naik 4wd dari jalan besar.. mula2 nampak sign board hutan simpan, lepas je gate hutan simpan, x smpi seminit lalu kawasan hutan kiri kanan .. lepas tu nampak kebun durian je luasnya berbukit2 sejauh mata memandang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Perhh igt orang kampung punya durian raub ni
Rupanya tanah haram daa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:13 AM | Show all posts
achik mah bukan main bangga tiap kali canang doyan raub...rupa2nya hasil dari.....huhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 11:42 AM | Show all posts
pergghhh...dah bertahun kutip hasil, baru sekarang nak amek tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
So jangan support beli yang ada tulis durian raub
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2020 11:08 PM | Show all posts
Krisis Musang King: PH Pahang bela pekebun durian tanpa izin

https://www.malaysiakini.com/news/538537

Diterbitkan Hari ini 6:41 pm
Dikemaskini Hari ini 6:56 pm



Wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Pahang menggesa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap pekebun yang mengusahakan tanaman durian secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Malah, mereka mahu pihak itu diberikan keutamaan sebagai penyewa sah berbanding memberikannya kepada pihak korporat dan syarikat swasta untuk diusahakan.

"Sekiranya kerajaan negeri membuat keputusan untuk menyewa tanah dusun durian, kenapa tidak memberi keutamaan kepada para pekebun tempatan yang telah mengusahakan dusun selama berpuluh-puluh tahun?" soal mereka.

Tiga anggota parlimen terlibat dalam kenyataan bersama itu ialah Tengku Zulpuri Shah (DAP-Raub), Wong Tack ( DAP-Bentong) dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Adun yang terlibat pula antaranya Chow Yu Hui (DAP-Tras), Young Syefura Othman (DAP-Ketari) dan Lee Chean Chung (PKR-Semambu).

Semalam, kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dilaporkan akan mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam kenyataan memberi amaran akan mengambil tindakan, sama ada didakwa di mahkamah atau dimusnahkan tanaman berkaitan, jika terdapat pihak yang menceroboh selepas tarikh itu.



Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sallehuddin Ishak berkata Pahang rugi RM30 juta hasil cukai tanah susulan pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Akbar itu menganggarkan terdapat 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, 12 wakil rakyat itu berkata selama ini ramai pekebun sanggup bekerjasama dengan kerajaan negeri, malah banyak kali memohon tanah tetapi tidak mendapat kelulusan.



"Pekebun tempatan tentunya lebih berpengalaman dalam aktiviti pertanian durian, mereka juga telah awal mewujudkan pengendali mutu, rantaian pengeluaran, logistik serta eksport yang sempurna, berjalan lancar dan tersusun.

"Malangnya, kerajaan negeri tidak mengambil kira masa dan tenaga yang dicurahkan oleh pekebun tempatan, sebaliknya memilih untuk sewa tanah kepada korporat swasta yang baru ditubuhkan dan tidak pernah pun mengusahakan tanah tersebut.

"Wakil rakyat PH mengingatkan kerajaan negeri, pekebun-pekebun durian menyumbang besar kepada ekonomi tempatan dan negeri sehingga daerah Raub diiktiraf sebagai Bandar Musang King," jelas kenyataan itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi kerajaan negeri berhubung gesaan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 12-8-2020 11:17 PM
Perhh igt orang kampung punya durian raub ni
Rupanya tanah haram daa


Kg Sg Ruan & Kg Sg Chalit tu memang kampung cina ye. Bersempadan dengan kampung2 melayu. Dulu2 ramai penduduk kat 2 kampung ni join PKM...so paham2 jelah

Demeh mmg suka teroka tanah rizab melayu untuk tanam sayur especially kat atas bukit2. Lepas few years, pegi claim kat pejabat tanah jadi tanah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
selyusi replied at 13-8-2020 12:00 PM
So jangan support beli yang ada tulis durian raub


Durian kampung ok, yang tanam kat tanah haram ni musang king
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 13-8-2020 11:08 PM
Krisis Musang King: PH Pahang bela pekebun durian tanpa izin

https://www.malaysiakini.com/news/53 ...


Cepat je PH bela kan...sebab kaum apa yang dok teroka tanah haram tu?
Kalau melayu yang kena, harus dipadankan muka lagi ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama jer kot sebab gardener tempat aku 3 bulan sekali akan guna chainsaw untuk potong unruly branches. Tapi tumbuh balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 14-8-2020 08:13 PM
Cepat je PH bela kan...sebab kaum apa yang dok teroka tanah haram tu?
Kalau melayu yang kena, h ...

Tak payah dengki sangat la uols...rezeki masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
BugisForever replied at 14-8-2020 08:19 PM
Tak payah dengki sangat la uols...rezeki masing2


Dengki? Hahaha takde makna aku nak dengki
Itu memang realiti yang berlaku masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah tetap salah...undang undang tetap undang undang....terpakai kat sg buloh jer ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BugisForever replied at 14-8-2020 08:19 PM
Tak payah dengki sangat la uols...rezeki masing2

makanya...dengkilah mereka itu di sg buloh???????
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 12:15 AM | Show all posts
bila chinkies kena tindakan,
bukan main lagi ramai yang datang back up.

bila orang melayu yang kena tindakan,
takde sape pedulik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.314419 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list