CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11034|Reply: 133

[Tempatan] Operasi MBSA umpama 'balas dendam' bersepadu

  [Copy link]
Post time 12-8-2020 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-8-2020 02:11 AM



Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin




Operasi MBSA umpama 'balas dendam' bersepadu
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my







KUALA LUMPUR: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 'membersihkan' perniagaan yang melanggar undang-undang, menerusi operasi bersepadu sekitar Bandar Baru Sungai Buloh hari ini, dianggap umpama 'membalas dendam' oleh peniaga di situ.

Seorang peniaga terjejas, Zaidi Abdul Jalil, 56, melahirkan rasa kesal apabila MBSA tidak memberikan notis secukupnya kepada mereka sebelum menjalankan operasi berkenaan.


Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

"Sejak dua tiga hari ini, operasi oleh MBSA terlalu drastik, cara mereka bertindak ini seperti mahu membalas dendam. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.

"Salah sikit pun nak saman, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena saman, tangga untuk naik turun pun kena saman. Ada kedai yang sudah berpuluh tahun buat tambahan, diarahkan untuk ubah dalam tempoh 24 jam," keluhnya.

Beliau yang menjalankan perniagaan percetakan sejak 35 tahun lalu, mendakwa MBSA mengeluarkan saman ke atas lebih 90 peratus peniaga di situ atas pelbagai kesalahan, semalam.


Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Tambahnya, MBSA sewajarnya melihat kesalahan yang lebih besar termasuk kewujudan kilang-kilang haram di Selangor.

Bagi peniaga nasi lemak, Ramlah Yakub, 55, tindakan MBSA merobohkan gerainya, malam tadi menyebabkan mata pencariannya terputus kerana baru sebulan kembali berniaga selepas terpaksa menutup gerai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Dulu tidak dapat berniaga selama tiga bulan disebabkan COVID-19, dan sekarang baru dapat sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ni.

"Kami berniaga pun terpaksa meminjam dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah kena tutup, macam mana nak bayar semua," katanya.

Beliau mendakwa, sebanyak 16 gerai di kawasan itu dirobohkan malam tadi selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.

Sementara itu, seorang penjual bunga, Asogan Muniandy, 50-an, berkata beliau dan isteri kini bingung memikirkan perniagaan mereka yang terjejas selepas diambil tindakan oleh MBSA.

"Dulu disebabkan COVID, kami tidak dapat berniaga, dan kali ini sekali lagi kami kena berhenti berniaga, macam mana mahu cari makan.

"Payung yang ada pun sudah patah, itu pun harga sudah RM500, macam mana mahu beli," luah beliau.


Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, dalam sidang medianya di lokasi tadi menyatakan operasi berkenaan dijalankan bagi menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, sebanyak 101 notis dikeluarkan ke atas premis-premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), semalam.

Dalam operasi hari ini juga, MBSA turut merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.

Seramai 230 anggota MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiq (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor turut serta dalam operasi bersepadu bermula jam 10.30 pagi tadi.

Operasi ini diadakan susulan penularan satu rakaman video oleh pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendakwa pihak berkuasa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/720566/operasi-mbsa-umpama-balas-dendam-bersepadu

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2020 06:11 PM | Show all posts
Terus buat kerja tu, nampak sangat ada sesatu yang tidak betul dalam .......


Nampaknya kena pukul dahulu baru nak turun buat kerja!

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:14 PM | Show all posts
Budi bicara mana? Dgn rakyat marhaen automatik robohkan, dgn tauke2 haram cium kasut dulu. Patutnya plan & sedia dulu tapak penjaja utk peniaga kecik2 situ baru operasi besar2an. Priority dia kedai judi & pendatang haram yg bertahun bukak kedai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm nak cakap...ni yg korang nak kannnn...hambekkk.

Bertabah la peniaga. Penguatkuasa pun, org suruh banteras perniagaan pendatang asing, ni habis payung org pun kau bedal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:23 PM | Show all posts
la.. sebelum ni buat ape?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah abang burger
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 12-8-2020 06:14 PM
Budi bicara mana? Dgn rakyat marhaen automatik robohkan, dgn tauke2 haram cium kasut dulu. Patutnya  ...

Itu labodoh mbsa ni..patutnya dah lama kot ambik tindakan kat pati, judi bukannya buat tindakan melulu...aku rasa diorg saja nk bg penjaja2 ni marah kat asri janggut
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:30 PM | Show all posts
krustykrab replied at 12-8-2020 06:28 PM
Itu labodoh mbsa ni..patutnya dah lama kot ambik tindakan kat pati, judi bukannya buat tindakan me ...

dah makan benda haram, mana nk pikir betul salah dah. Tu yg polis & majlis perbandaran duk buat skrg ni. Mana boleh depa ja kena. Tukang viral pun patut kena skali la. Baru puas ati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak macam budak kecik.bila abg janggut dah malukan dia,dia buat balik supaya peniaga lain salahkan abg janggut
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bitter nya MBSA...tu jalan berlobang lobang dekat sek 7, kalo bab menyaman parking takde kupon laju kemain...lobang sebesar alam macam nak ke neraka terus...

nampak sangat bitter, sapu selagi boleh sapu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi la MBSA.kilang2 haram tu punya bertahun hidup pun kau bagi time kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 12-8-2020 06:15 PM
Ni mcm nak cakap...ni yg korang nak kannnn...hambekkk.

Bertabah la peniaga. Penguatkuasa pun, or ...

Tau xpe. Mentang2 ada kuasa. Diaorang mesti dlm opis tu berkuap2 marah. Oo ko nak sgt mbsa tegas kan?? Meh sini semua. Org suruh ambik berat psal judi & org acheh. Susah betul mcm ni.

Tokey plonbox pon sentap xhabis2 dgn fb dgn asri tu. dia ckp dia ok je sbb kedai dia xde kaitan, dia kesian dgn peniaga kecik. Tup2 kedai dia pon atas binaan haram tp sembang mcm dah dpt lesen besar
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-8-2020 06:28 PM
Itu labodoh mbsa ni..patutnya dah lama kot ambik tindakan kat pati, judi bukannya buat tindakan me ...

Ye mmg pon. Aku xde pulak dgn ang janggut ckp kutip semua gerai. Dia kata masalah org acheh, rokok seludup & pusat judi. Maksudnya kenapa mbsa sibuk settle mslh kecik sedangkan ada masalah lebih besar? Bengap
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu apa komen mb selangor
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:50 PM | Show all posts
xbuat kje kne maki... buat kje kne maki
oklah tu alang2 buat keje ...kasi sapu semua xde pilih bulu
kang pilih bulu ada yg xpuas hati lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang janggut dok diam2 dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
meshni replied at 12-8-2020 06:40 PM
Babi la MBSA.kilang2 haram tu punya bertahun hidup pun kau bagi time kan

Viralkan pulak. Ada ker yg berani mcm abang janggut?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuatu sgt diorg ni... tgk gaya mcm berani dgn ikan bilis local je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut saman sekali owner bangunan bagi buat pusat judi.

Dah ad akta tak boleh sewa rumah atau premis pada pati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dh dengo set2 majlis pbandaran/ bandaraya ni punya kes.. org dok nmpk pulis ja.. ya.. mmg ada yg gituu tp majlis pbandaran ni xdk sapa highlight.. lama dah suap menyuap sampai kenyang perot moncet molat nihh

Yg x buat jgn terasa yahhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.269998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list