View: 8643|Reply: 53
|
Pelakon veteran, Abu Bakar Juah kini tenat!
[Copy link]
|
|
Edited by xanderz at 13-8-2020 01:00 AM
“Jangan sebar berita tak betul!” - Anak Abu Bakar Juah kesal berita palsu tentang kematian bapa, akui kini tenat akibat kanserhati
Pengacara Didie Alias mencium dahi Abu Bakar Juah ketika menziarahi pelakon itu.
ANAK* ketiga kepada pelakon veteran Abu Bakar Juah iaitu Safinas Abu Bakar terkejut dan marah apabila menerima berita palsu mengatakan
bapanya sudah meninggal dunia, pada Rabu. Safinas berkata, bapanya kini dalam keadaan tenat namun dia berharap tiada pihak menyebarkan berita tidak benar terutamanya berkaitan kematian.
"Saya dan ahli keluarga lain terkejut apabila ada orang hantar paparan skrin artikel yang mengatakan bapa saya sudah meninggal dunia. "Dalam artikel itu siap ada tulis waktu dan tempat meninggal lagi. Artikel itu memang tidak benar sekali! Janganlah sebarkan berita tidak betul! "Keadaan bapa memang sudah tenat sekarang ini tapi tolonglah jangan doakan benda tidak baik," kata Safinas ketika dihubungi mStar. Abu Bakar kini berada dalam keadaan tenat akibat kanser hati dan keluarganya sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.
Safinas memberitahu bapanya hanya terbaring dan lebih banyak tidur selepas dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM), dua minggu lalu. Dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu dan dia dibenarkan pulang dua minggu lalu. Sebelum ini, Abu Bakar disahkan menghidap kanser usus pada 2016 dan selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada cengkaman kanser. Bagaimanapun pada awal tahun 2020, doktor mengesahkan penyakit yang dihadapi kembali menyerang, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.
Dalam pada itu, Safinas berkata dia dan ibu serta tiga orang lagi adik beradik menjaga bapa mereka di kediaman yang terletak di Shah Alam. "Bapa saya pernah mengidap kanser usus pada 2016 dan menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 pusingan. "Selepas tamat rawatan itu, doktor sahkan dia sudah bebas daripada kanser itu. Tapi awal tahun ini, kanser itu kembali dan semakin agresif sehingga merebak ke hati.
"Dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu dan dia dibenarkan pulang dua minggu lalu. Sekarang ini, saya, ibu dan adik-beradik lain menjaganya di rumah," ujarnya. Abu Bakar yang juga bekas Pengarah Kanan Penjara Taiping itu berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat cahaya mata.
sumber : mstar
p/s: mesti ada forumer akan ooowh pakcik ni...pakcik ni jadi datuk2, tan sri2 selalu..memang pandai berlakon.. bla bla bla..u get the drift kan?
anyway semoga pakcik ni cepat sembuh...Amin!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. Kesiannya. Semoga dipermudahkan urusan beliau. Sedih tgk sakit terlantar mcmtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik ni selalu bawa watak antagonis kan. Semoga cepat sembuh pakcik. Btw, baru nampak didi alias kat area puchong tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan. Hebat gak pengarah penjara dan pelakon dulu. Pernah je tengok lakonannya |
|
|
|
|
|
|
|
Wah.. Pakcik ni bekas pengarah kanan penjara? Tak sangka dia ada kerja tetap mcm tu..
Semoga dipermudahkn urusan pakcik ni dan ahli keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia selalu berlakon jadi jahat/miang... |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 12-8-2020 05:23 PM
Wah.. Pakcik ni bekas pengarah kanan penjara? Tak sangka dia ada kerja tetap mcm tu..
Semoga diperm ...
Ada few pelakon veteran yg ada jawatan besar gak tapi tak heboh. Sorang lagi, ismail hutson, bekas pengarah zoo negara. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 13-8-2020 01:23 AM
Wah.. Pakcik ni bekas pengarah kanan penjara? Tak sangka dia ada kerja tetap mcm tu..
Semoga diperm ...
Semoga diberikan kesembuhan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan semua urusan dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x suka reporter blog2 @ mana2 portal yg main ikut sedap anak tekak depa aje bila keluarkan satu2 artikel. Lagi2 yg membabitkan kematian. Semoga urusan pakcik ni dipermudahkanNya. |
|
|
|
|
|
|
|
wajah dia memang sesuai dengan
setiap watak yang dibawanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Kanan tu....bukan kaleng2.... aku suka Abu Bakar Juah berlakon....dulu konfius dia dengan pelakon Zakaria Yusof yg selalu bawak watak komunis tu..
Abu Bakar Juah lontaran suara kalau berlakon nada bercakap best.....dia boleh semua watak baik ke jahat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Abu Bakar yang juga bekas Pengarah Kanan Penjara Taiping. Wah tak sangka yerrrr. Pakcik ni selalu bawa watak ongkaya tapi jahat. Memang menyampah betul tengok pakcik ni berlakon, menjadi. Semoga diberi kesembuhan buat pakcik Abu Bakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Legend nih
moga di permudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Allah... kesiannya.. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama jugak tahu dia ada jawatan dalam jabatan penjara..sebab abang dulu kerja bahagian tu. bila keluar berlakon ada abg bagitau. tak sangka jawatan last dia pengarah kanan... semoga Allah beri kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa dia mmg sesuai berlakon watak jahat
Dr kening lebat ke renungan mata dia pun dah mcm jahat
I wonder, dia secara peribadi garang ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg otai. memang selalu bawak watak antagonis..
memang hebat lakonan dia..
Semoga Allah permudahkan urusan beliau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|