CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5105|Reply: 6

KRU : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

[Copy link]
Post time 13-8-2020 01:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zasrfikri at 13-8-2020 01:20 AM

GALAKSI VIRAL - Kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap/Hip Hop Melayu paling berjaya di Malaysia. Dengan jualan keseluruhan album melebihi 1 juta unit, maka tidak menghairankanlah jika KRU mempunyai banyak rangkaian lagu mega hits yang malar segar dan diminati ramai semenjak di awal kemunculan mereka lagi. Mereka juga merupakan perintis kepada lagu berentak Dance Music dan antara artis yang pernah menjadi anak didik mereka ialah kumpulan Elite, Juliana Banos, Indigo, Feminin dan  Adam AF2. Mereka juga memegang rekod Kumpulan Vokal Paling Lama Bertahan Dengan Ahli Asal iaitu selama hampir 26 tahun. Ini mungkin kerana mereka bertiga adalah adik beradik dan pastinya ikatan adik beradik itu berjaya mengekalkan kumpulan ini sehingga ianya dibubarkan secara rasmi pada tahun 2018. Kumpulan KRU juga cukup dikenali sebagai Artis Muzik Masa Depan di era 1990 an kerana sentiasa tampil dengan muzik dan lagu  yang segar serta di luar kotak ketika itu. Antaranya ialah lagu Awas yang muziknya cukup bertaraf antarabangsa, lagu Fanatik yang membawa dimensi baru di dalam irama Dance/Hip Hop Malaysia dan paling diingati pastinya rakaman duet secara digital dengan arwah Tan Sri P.Ramlee di dalam lagu Getaran Jiwa pada tahun 1997. Mereka juga dikenali sebagai perintis Video Muzik hebat pada zaman kemuncak kegemilangan mereka kerana sentiasa tampil dengan video muzik yang berkualiti tinggi dan unik. Kumpulan KRU juga merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai Kumpulan Vokal di alam aaya yang dipanggil kumpulan Tyco pada tahun 2000. Dengan pelbagai rekod dan kejayaaan mereka ini, selayaknya mereka digelar sebagai salah seorang Artis Malaysia Paling Berjaya Sepanjang Zaman.
KRU : 12
LAGU PALING POPULAR
01 MENGERTI


KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Rekrued
TAHUN : 28 Ogos 1993
CATATAN : Lagu ini adalah lagu pertama yang benar-benar mempopularkan kumpulan KRU sebagai salah sebuah kumpulan baru yang berpotensi besar menjadi artis muzik Malaysia yang sangat berjaya. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu KRU yang berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Pop Rock.
Untuk info lanjut, boleh rujuk info di link ini >>> KRU : 12 LAGU PALING POPULAR


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lagu dekat padamu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:21 AM | Show all posts
Chereenaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lafazkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:05 AM | Show all posts
2, Di Dalam Dilema, apa lagi eh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp setiap tjuk lagu yg aku bca automatic aku nyanyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pabila tidak bersua walau seketika..
Rindu pula ku terasa..
Inikah ertinya cinta oooo.....

Banyak lagu kru iolls suka..
2
Janji tinggal janji
Cherinaa
Mengerti
Apa saja
Banyak lagi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076165 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list