Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2056
View
67
Reply

[Tempatan] JPJ sasar RM1.35j bidaan nombor plat DDU

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-8-2020 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-8-2020 03:00 PM






JPJ sasar RM1.35j bidaan nombor plat DDU

Oleh Syaherah Mustafa
bhnews@bh.com.my






KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mensasarkan RM1.35juta untuk bidaan nombor siri pendaftaran DDU yang akan dibuka selama lima hari bermula esok.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata jumlah itu membabitkan bidaan nombor siri pendaftaran DDU 1, DDU 8, DDU 17, DDU 74 dan DDU 8055 yang mana keputusan bidaan terbabit akan diumumkan 18 Ogos nanti.

Katanya, harga bidaan mengikut nilai minima yang sudah ditetapkan berdasarkan kategori iaitu nombor utama dengan harga bermula RM20,000; nombor menarik RM 3,000; nombor popular RM800 dan nombor biasa RM300.

"Pendaftaran untuk bidaan boleh dilakukan di portal http:/jpjebid.jpj.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJebid).

"Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas serta peniaga atau syarikat yang berdaftar.

"Bagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap seperti rekod kenderaan, lesen atau saman perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di pejabat JPJ negeri atau cawangan JPJ, kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC).

"Setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan, manakala bagi perniagaan atau syarikat adalah tidak melebihi lima nombor sahaja," katanya dalam sidang media di Pejabat JPJ Negeri, Panji, di sini, hari ini.

Hanif Yusabra berkata, pihaknya mengutip hasil bidaan melebihi RM6.8 juta bermula Ogos 2019 sehingga Mei 2020, membabitkan nombor siri pendaftaran DDP, DDQ, DDR, DDS dan DDT dengan bidaan paling tinggi ialah DDS 1 iaitu RM 225,000.

"Untuk tambahan, JPJ Kelantan merekodkan jumlah kutipan hasil nombor siri pendaftaran DDD sebagai paling tinggi iaitu sebanyak RM7.3 juta.

"Selain itu, kaedah pembayaran bidaan dalam JPJebid hanya menggunakan kad kredit atau debit tempatan sahaja.

"Pelaksanaan inisiatif JPJebid adalah langkah strategik dalam memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat selain meningkatkan kecekapan pengurusan nombor pendaftaran melalui urus niaga atas talian," katanya.



Hanif Yusabra (kanan) ketika melancarkan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan dalam Talian (JPJeBID) untuk nombor plat kenderaan DDU di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Negeri, Panji. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/08/720369/jpj-sasar-rm135j-bidaan-nombor-plat-ddu

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 13-8-2020 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
apa best nye plate ddu.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
hari tu terlewat bida plat SYG, beli no runner pun dah SYH
Johor skrg plat JUE
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-8-2020 07:16 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 12-8-2020 03:12 PM
hari tu terlewat bida plat SYG, beli no runner pun dah SYH
Johor skrg plat JUE

SYG TU negeri mana pula?


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 07:41 AM | Show all posts
apa yg menariknya plat DDU ni???
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 13-8-2020 07:12 AM
hari tu terlewat bida plat SYG, beli no runner pun dah SYH
Johor skrg plat JUE

Jiran umah iols dah dpt no plat syg tu...
Beli masa pkp..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg special sgt eh. Dah serupa incoterms je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 07:59 AM | Show all posts
SYG kejap je abis

ramai tok laki beli ke bini kata nyaaa

bagus2

jgn beli ke scandal  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ntah amenda DDU tu?  duda ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:41 AM | Show all posts
DDU ni aku baca teringat lagu siam tu.. du du du ter tam..

tp aku google DDU, keluar lagu blackpink? wth?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak best pun no plat DDU.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan yg pakai no plate ni la paling banyak saman tak dibayar. Kekdahnya asalkan aku dpt show off no plate lawo. Kt jln tu serupa babi mabuk bawak kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:26 AM | Show all posts
bonzer kelab dangdut boleh beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
DDU? XBEST PON. mcm Adudu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasaje DDU..
Baru ni yg nampak menarik SYG n JUB
Kalau perak byk kombination menarik..AMA,ANA,ANU
Org penang mungkin blh tunggu PUK
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 13-8-2020 10:15 AM
Biasaje DDU..
Baru ni yg nampak menarik SYG n JUB
Kalau perak byk kombination menarik..AMA,ANA,AN ...

PUK 1...pastu pakat baca dlm hati.hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
DDU 1
DDU 8 dduet
DDU 17 dduit
DDU 74 dduta
DDU 8055 ddUBOSS
DDU 80 dDUBO
DDU 04 dduda
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:39 AM | Show all posts
Ape syok DDU ni?
Adekah diorang nk suh nyanyi baby shark dudududdu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:41 AM | Show all posts
DDU ni codename duda ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Blink mesti sanggup beli ddu ni....diorg ni sanggup wat ape saje utk blackpink..  tapi x leh lawan kebodohan army
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list