CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33659|Reply: 209

[Tempatan] Emas Tipu - Mak Leha & kawan2 jgn tertipu.

  [Copy link]
Post time 13-8-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

13 AUG 2020

SEDANG trending pada masa ini ramai orang kita yang sedang ‘gila’ nak membeli emas sebagai aset katanya. Apa pun dalam keghairahan tersebut, jangan lupa untuk memastikan emas yang dibeli benar-benar tulen.


Rupanya-rupanya ada juga penjual emas yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh ya. Jangan tak percaya dari luar perhiasan itu sememangnya disadur emas, tetapi di dalamnya besi!

Itu yang dikongsikan pelayar Facebook, menggunakan nama Akhtar Syamir yang mempunyai seramai 87,801 follower ini semalam yang tular hingga ke hari ini:

Tadi semasa saya kongsikan berkenaan emas 916 jadi 875, ramai yang kata kebarangkalian sebab Ar-Rahnu downgrade, kaedah pemeriksaan berlainan dan lain-lain. Ada yang betul, memang benar seperti yang dikatakan.

Tetapi ada juga kes yang mana kedai menjual emas yang tidak sama gred atau ketulenan dan yang lebih teruk, menjual emas yang luaran sahaja emas tetapi dalamnya besi. Seperti yang dikongsi oleh sahabat saya Gieanna Ali.

Ia dapat diketahui apabila gelang emas yang dipakainya terkopek dan terkeluar seperti tali. Kemudian dibawa ke Ar Rahnu dan ianya hanya saduran sahaja, dalamnya besi.


Gambar kiri yang mana terdapat lubang dan foto kanan menunjukkan tali benang yang terjulur keluar.



Tidak perlulah saya ceritakan siapakah bekas pemilik gelang coco gedabak “bernilai” RM20,000 ini dan tidak perlu saya ceritakan kedai yang mana kerana kedai tu sudah pulangkan duit semula. Itu pun setelah diugut untuk diviralkan.

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah kepentingan membeli emas di kedai yang dipercayai dan kepentingan menyimpan resit. Hanya resit itu sahaja bukti yang kira ada yang menunjukkan kita telah beli emas di kedai yang tertera di resit.

Ini penting apabila terjadinya kes sebegini yang berkemungkinan datang dari kedai yang tidak jujur atau kilang yang tidak jujur. Biasalah di dalam apa juga perniagaan, pasti ada yang tidak jujur. Termasuklah kedai-kedai emas ternama.

Berhati-hati apabila membeli. Kerugian yang bakal dihadapi sangat besar apabila melibatkan emas. Simpan resit, simpan resit dan simpan resit.

BroOhsem


Itu kongsi Akhtar Syamir.

Menurutnya disebabkan itu beliau hanya membeli emas di kedai barang kemas yang diyakininya.

Moga mendapat manfaat daripada perkongsian beliau yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa termasuklah tentang isu dan perihal emas. -AG

Barang kemas nilai RM20k, tapi luaran sahaja emas, dalamnya besi! Jangan sampai tertipu…
https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/disadur-emas-tetapi-di-dalamnya-besi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 11:20 AM | Show all posts
gila lah..rm20K tu..buka sikit sikit..sialan betul penjual tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak faham manusia yg jenis taknak kongsi nama dgn lokasi ni... Buatnya org lain terbeli ke.... Tak payah nak jaga aib sgt la, bagitau je la.. ngok
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:26 AM | Show all posts
kes naya.. igt sikit ke rm20k tu beli emas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:32 AM | Show all posts
Kurex replied at 13-8-2020 11:24 AM
Aku tak faham manusia yg jenis taknak kongsi nama dgn lokasi ni... Buatnya org lain terbeli ke.... T ...

x bolela kongsi sbb die dh dpt balik duit sbb ugut kedai tu nk viralkan..
setakat ni bli emas kat kedai emas tanah merah yg free upah mmg ori..
ltk kt ar rahnu mmg same je gram ms bli..
so bolela terjah ye..byk cwgn serata kl..


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:33 AM | Show all posts
Ni gelang emas jenis kosong luar je nampak besar tapi dalamnya kosong senang nak kena tipu tak tahan lama bertahun pun ya mudah rosak.  Nak beli emas beli yang jenis emas tumpat je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matjerk at 13-8-2020 12:07 PM
misz_sanggul replied at 13-8-2020 11:32 AM
x bolela kongsi sbb die dh dpt balik duit sbb ugut kedai tu nk viralkan..
setakat ni bli emas kat ...


Apa nama kedai tu?

Aku dgr makcik2 opis ni dok nasihat laki2 kat sini...klu nk beli emas kt bini.. beli kat klate katanya.. sbb itu confirm tulen dan berkualiti dan juga murah
Adakah ia benar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:43 AM | Show all posts
dulu2 pun penah ada org viralkan beli kat kedai hab*b pun bukan emas ori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 13-8-2020 11:43 AM
dulu2 pun penah ada org viralkan beli kat kedai hab*b pun bukan emas ori

Kawan aku ckp p*h k*** tu yg emas tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 11:50 AM | Show all posts
annehuda replied at 13-8-2020 11:46 AM
Kawan aku ckp p*h k*** tu yg emas tipu.

oo ye ke.. yg aku tgk tu sbb buyer tu siap tnjuk resit masa beli tu..
yg p*h k*ng tak penah dgr kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-8-2020 11:46 AM
Kawan aku ckp p*h k*** tu yg emas tipu.

La ye ke... kedai emas mana yg ok...n confirm x tipu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 13-8-2020 11:41 AM
Apa nama kedai tu?

Aku dgr makcik2 opis ni dok nasihat laki2 kat sini...klu nk beli emas kt b ...

Selalu org kate nk selamat beli kt Kelantan ngan Terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-8-2020 11:46 AM
Kawan aku ckp p*h k*** tu yg emas tipu.

aku beli emas kat poh kong..xsure tipu tang mana...tp aku jual balik kat dia...tinggi gak dia amik..aku bw emas tuh p check kedai lain xder plak dia ckp tipu..lebih kurang jer hrga trade in dia amik
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, emas mcm ni mmglah bukan emas kat dlm...korang hengat apa? sama lah mcm bangle tuh...nk emas btol beli jongkong r...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu2 pun dah byk kes tipu emas... hati hati ler
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kalau nak beli emas beli dari kedai yg dah established lama

Ada nama dan reputation mcm poh kong habib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 12:42 PM | Show all posts
tak reti aku nak masuk kedai emas. pernah masuk sekali je hahah  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:45 PM | Show all posts
Buat masa ini mampu tengok aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-8-2020 11:46 AM
Kawan aku ckp p*h k*** tu yg emas tipu.

Tak tipu bukan bangsa tu ler.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 13-8-2020 03:41 AM
Apa nama kedai tu?

Aku dgr makcik2 opis ni dok nasihat laki2 kat sini...klu nk beli emas kt b ...

Emas kelate lawa sis, kualiti bagus. Emas sana kuning, while emas penang merah/oren sikit.

Nak emas design lawa, beli kat Habib.
Nak emas elok beli di kelate.
Nak emas murah, forumer sini kata beli kat Pilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085602 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list