Edited by Modngengade at 14-8-2020 08:46 AM
Semua rakyat harus menanamkan semangat patriotik yang tinggi kepada negara ini. Ditambah pula apabila berada di dalam bulan kemerdekaan, semangat tersebut harus disemarakkan demi menyambut hari merdeka yang akan menjelang tidak lama lagi.
Namun, menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter, semangat menyambut kemerdekaan dilihat sudah semakin pudar apabila ianya sudah tidak dizahirkan lagi oleh rata-rata rakyat negara ini.
Katanya, bendera bukan sahaja sudah kurang dipasang, filem-filem patriotik juga sudah tidak lagi ditayangkan malah stesen tv dan radio juga sudah tidak lagi memainkan lagu-lagu patriotik yang boleh menyuntik semangat merdeka.
Aku pelik kenapa sekarang dah tak macam dulu?Aku pelik kenapa sekarang dah tak macam dulu. Dulu kan penuh bendera pasang kat tiang semua. Seingat aku sejak 2016 ke atas. Bendera tu hilang . sedangkan ini bulan kemerdekaan sepatutnya kita semarakkan semangat patriotik tu. Dulu rajin kot org bagi bendera kat kereta — Irfan_newboys (@Marchfoward) August 13, 2020
Apa sudah jadi?
Mengapa semua cerita patriotik dah menghilang?
Menyayangi negara kerana ini tumpah darah kita
Sayang kekasih tunjuk effort, takkan nak sayang negara tak ada effort?
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut dilihat bersetuju dengan pendapat tersebut.
Malah, sebilangannya menyifatkan semangat patriotik dalam rakyat negara ini sudah semakin pudar, ditambah dengan pelbagai isu semasa yang berlaku.
Dulu kedai runcit banyak jual
Ingatkan aku sorang je rasa perasaan ni
Dekat tv tak ada, radio pun tak ada
Sha Rossa Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.
Papar semua artikel
(Video) Tidak Sampai 24 Jam, Lebih 10,000 Ekar Hutan Di California Musnah Dijilat Api
Menarik Untuk Anda Baca
|