CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3444|Reply: 39

[Tempatan] TERKINI. Tiga lagi staf MBSA ditahan. TOTAL LAPAN termasuk peniaga Acheh. Panas

[Copy link]
Post time 14-8-2020 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Tiga lagi penguat kuasa MBSA ditahan
Oleh Ilah Hafiz Aziz


KUALA LUMPUR: Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan selepas hadir di pejabat SPRM di Putrajaya, jam 2 petang semalam.

Susulan penahanan itu, setakat ini lapan orang penguat kuasa bersama seorang peniaga warga Acheh sudah ditahan SPRM berkaitan

aktiviti rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram, sejak isu berkenaan tular beberapa hari lalu.

Sumber berkata, hasil soal siasat mendedahkan terdapat rangkaian sindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasuah secara bulanan.

"Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya dalam kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan," kata sumber.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

BH difahamkan, ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 09:27 AM | Show all posts
Bersedialah peniaga2 tak kira besar ker kecil yang tak ikut peraturan dikawasan mbsa ni...

dulu2 bolehlah teruskan meniaga wpun ada yg tak lepas, skrg ni cepat2 betulkan kalau ada yang salah.  keadaan dah berubah.. mungkin dah tak bayar wang perlindungan tapi biasanya kena spend duit juga supaya perniagaan itu ikut peraturan.. mungkin ada yang kena pindah tempat berniaga, mungkin ada yg terpaksa tutup perniagaan.. pandai2lah rebut tapak perniagaan yang masih kosong, siapa cepat dia dapat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2020 09:31 AM | Show all posts
lepas ni staff PBT hidup secara sederhana
tak ada income extra
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts

~~ "Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya dalam kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan," kata sumber. ~~~

Bukan mbsa je...byk lagi....sbb aku ada kwn meniaga buka kedai tepi jalan...jenis2 ni akan dtg makan percuma...dan dapat duit tambahan sbb meniaga haram kan..kunun utk coverla..aku dah suruh kwn aku gi amik lesen tapi byk alasannya so aku lantakkan aje ko byr ...kang bagi nasihat aku kena mrah balik ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:41 AM | Show all posts
Jangan terlalu ketat dan berkelebihan ...Normal  hal itu dilakukan .. X ada yang salah ...Win-Win Solution .. Peniaga Senang boleh berniga  .. Staff MBSA pun mendapat extra income untok keluarganya ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini taktik PPIM, tibai Cadbury, Ajinomoto pastu mintak duit. Seswatu sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang pbt tak bagi lesen sebab apa? Sebab kawasan tak baguih..
Mengganggu orang ramai
Dan kalau nak buka juga? Bayar saman atau duit.kopi..biasa mcm.tu lah..
Kalau foodcourt majlis..sure ada dah yang pegang ..
Mmg susah sikit tapi apa boleh buat.
Kawan iols dpt kedai under mpsj pon bertahun turun naik..alhamdulillah dapat juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:06 AM | Show all posts
bagusla skrg takda lagi yang berani bg rasuah tu.. cuma kesian peniaga kecil2 jual nsk lemak kuih tu la.. hrp buatla gerai khas utk golongan ni meniaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2020 10:16 AM | Show all posts
harap staf MBSA jgn la berlakon mcm wayang Cina seorang lagi tu
adegan berpeluk la
sambil2 ckp SPRM nak kacau keharmonian rumahtangga la

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:22 AM | Show all posts
nusaraya replied at 14-8-2020 09:41 AM
Jangan terlalu ketat dan berkelebihan ...Normal  hal itu dilakukan .. X ada yang salah ...Win-Win So ...

keh keh keh

betul tu....
wa rasa dah berkurun dah perkara ini...
bukan sekadar penguatkuasa..semua yang berkuasa di negara ini pun buat hal yang sama...
wain win kan...semua senang...peniaga senang...yang berkuasa pun senang..
sama macam politiak....tokeh untung...ahli politaik pun untung...rakyat pun dapat kemajuan..

so why bother..? man man la kan..this is normal....

punya lah teruk pemikiran ini kan? sampai dah jadi normal..


begitulah pemikiran hampir 80%  yang ada di tanah jawi ini terutama yang sedang berkuasa..
jadi hanya dengan membebel pada MBSA, tiada akan mengubah apa apa..
panasnya cuma seketika...redup nanti, tumbuh la cendawan itu semula..
wa cakap....tiada akan berubah ikut apa yang Muhammad ajar..kecuali bertukar sistem dari demokrasi kepada khilafah..
dan sistem khilafah..tak layak PASiaq bawa dan junjung..hanya al Mahdi yang layak..kerana benar-benar faham apa yang ada dlam dada Muhammad..
jadi pada masa ini, hanya benci dalam hati sahajalah yang kita boleh buat..kerana tak upaya untuk mengubahnya ..tanpa sebenar pemimpin..


keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:26 AM | Show all posts
aku rasa ramai lagi dlm MBSA terlibat tu..waima seluruh perbandaran di Malaysia ni...mungkin kalau betul2 di serbu, rasuah ni pun melibatkan sultan2 melayu juga...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:27 AM | Show all posts
Buat mcm DBKL skrg ni..abis meniaga semua barang mesti bungkus bawak balik..x boleh ambik tapak bina gerai mcm dulu2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bnyk jwtn 0 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mbsa revenge
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:38 AM | Show all posts
jangan esok MBSA terbakar sudah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi dlm situasi mcm ni xleh guna mantik pimpinan PAS Pusat ke? Utk elakkan mudarat yg lebih besar kpd penjaja2 dan peniaga Melayu Islam maka tutup mata jer andai suapan2 dan rasuah benar2 berlaku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 14-8-2020 11:26 AM
aku rasa ramai lagi dlm MBSA terlibat tu..waima seluruh perbandaran di Malaysia ni...mungkin kalau b ...

Vip /bekas menteri juga. Yg ditangkap org bawahan je
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by me12345 at 14-8-2020 11:59 AM

Sebenarnya peniaga yg terlibat pun salah. Sanggup suap sbb tak nak berniaga ikut prosedur yg betul. Apply lah lesen. Kalau pdtg asing salah..peniaga tempatan pun kena lah.
Tp operasi town sg buloh je ke..kt kg kubu gajah paya jaras tgk pagi pagi bersepah je gerai gerai celah rumah setinggan..dgn sampah bersepah dgn kereta susah nk lalu..mcm t negara lain..pengotor ya rabbi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:48 AM | Show all posts
ifanonline replied at 14-8-2020 10:26 AM
aku rasa ramai lagi dlm MBSA terlibat tu..waima seluruh perbandaran di Malaysia ni...mungkin kalau b ...

aku dok baca kat fb asri janggut ni, ada sorang mamat ni cakap dia buat repot salahguna kuasa pbt kat area kuantan. alih2 dia yang kena, siap polis angkut laptop dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kepada peniaga nasi lemak tepi jalan...yg xde lesen...behenti la...sehingga la korang dpt lesen..baru berniaga balik...walau nasi lemak...KESALAHAN NYA tetap setara juga dengan jual rokok seludup dan buka kedai judi haram..di sisi undang2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085442 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list