CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 14

[Tempatan] Mujahid saman Harakah berhubung isu Nur Sajat

[Copy link]
Post time 14-8-2020 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Mujahid saman Harakah berhubung isu Nur Sajat

https://www.malaysiakini.com/news/538680

Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan Hari ini 7:00 pm
Dikemaskini Hari ini 7:24 pm



Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap portal rasmi PAS, Harakah susulan laporan berita berkaitan usahawan kosmetik Nur Sajat.

Peguamnya dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir memfailkan writ di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Luimpur, dua hari lalu.

Mereka menamakan wartawan Harakah, Aziz Muda, ketua pengarangnya, Wan Nordin Wan Yaacob, pengendali portal dalam talian itu, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Mengikut pernyataan tuntutan yang dilihat Malaysiakini petang ini, Mujahid menyaman berhubung laporan yang dimuat naik dalam portal Harakahdaily.net pada 7 Februari serta laporan yang diterbitkan dalam edisi cetak pada 10 hingga 13 Feb lalu.

Pada Februari lalu, Mujahid pada ketika itu masih memegang portfolio menteri di jabatan perdana menteri bagi hal ehwal agama.

Pada 4 Februari lalu, adalah dilaporkan kontroversi tercetus gara-gara usahawan kosmetik berkenaan memuat naik gambar di Instagram ketika memakai pakaian wanita ketika berada di Makkah. NGO Justice for Sisters turut meluahkan rasa bimbang berhubung gesaan pihak berkuasa yang mahu Nur Sajat disiasat berkenaan perkara terbabit.



Laporan Harakah yang menjadi sasaran saman itu difahamkan adalah berkaitan dengan tindakan pihak berkuasa agama berhubung isu tersebut.

Mujahid yang juga adalah naib presiden Amanah turut mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menjatuhkan maruah, kredibiliti dan reputasinya yang ketika itu adalah menteri agama.

Dakwanya, disebalik notis tuntutan pada 20 Feb lalu, defendan gagal dan/atau enggan dan/atau cuai untuk mematuhi notis tersebut berkenaan laporan itu.

Sebagai alternatif, Mujahid memohon perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka, yang akan dimuat naik dan disiarkan di akhbar tempatan yang berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari.

Mujahid juga menuntut defendan menarik balik laporan yang diterbitkan itu sama ada di portal dalam talian serta versi cetak Harakah dan tidak mengulangi kenyataan tersebut.

Mujahid juga meminta defendan mengemukakan surat aku janji untuk tidak akan menulis dan/atau melaporkan kenyataan-kenyataan dan/atau perkataan-perkataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.

Secara alternatif, plaintif menuntut perintah mahkamah untuk mentaksirkan, kerugian am, dan teladan yang perlu dibayar plaintif dalam masa 14 belas hari daripada tarikh penghakiman.

Mujahid juga menggesa satu injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengulas, memberi komen, mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.

Dia turut menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, termasuk kos lain dari mahkamah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam Mujahid, Noorazmin Zakarian mengesahkan saman berkenaan telah difailkan pada 12 Ogos itu.

Peguam tersebut turut mengesahkan bahawa notis tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada keempat-empat defendan semalam.

“Notis (tunjuk) sebab telah diberikan kepada peguam bagi defendan pertama, kedua serta defendan ketiga,” katanya dengan menambah surat tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada defendan keempat secara langsung.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak peguam defendan berkenaan tindakan undang-undang tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
'keranamu sajat'.......slot seterusnya.masa,hari...tba.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:14 PM | Show all posts
Harap Harakah dapat meminta nasihat dari orang yang dilantik oleh Din Pagoh jadi Duta Khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri ia itu  Ostad Hadi Awang as to apa nak buat.......

Ini memandangkan Hadi Awang baru baru ini telah menang saman fitnahnya terhadap Clair Rewcastle-Brown dan Sarawak Report di England. Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Musti dia boleh bagi nasihat.......

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut saman si mujahid ni sebab tak ambik tindakan ke atas Sajad ni. Sebelum tu kemain tunjuk berani... bila Sajad balik terus mujahid ni menikus.
Esok ke debate antara mujahid and azeez rahim pasal isu tabung haji tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 09:57 PM | Show all posts
Bila ada berita Harakah@PAS
dia muncul
Bila cerita rasuah LGE
dia bersembunyi
Siapakah dia?

"ahak"


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cambaik replied at 14-8-2020 09:57 PM
Bila ada berita Harakah@PASdia munculBila cerita rasuah LGEdia bersembunyiSiapakah dia?
"ahak" ...

Dia sibuk check trail  mcmana duit boleh masuk acct betty. Mesti kerja toyol. Lainlah kak ros menabung dari baby.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 14-8-2020 10:02 PM
Dia sibuk check trail  mcmana duit boleh masuk acct betty. Mesti kerja toyol. Lainlah kak ros mena ...


Moneytrail tu penting utk perasuah berkolar tggi cuolss..dorg main bilior2 yg hanya bole disimpan melalui bank2 je..cuols igt duit vvip pakai duit sedebuk cmtu ke? Dorg guna cheque hocaay ! lain la rkyat marhaen cm kite ni nak rasuah ratus2 guna salam kaut pon bole..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya sokong sajat ka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 14-8-2020 10:18 PM
Moneytrail tu penting utk perasuah berkolar tggi cuolss..dorg main bilior2 yg hanya bole disimpa ...

Samalah kes bijan. Duit masuk bilion2 takkan dia tak pi cashkan cheque tu sendiri. Takkan perlu pegawai uruskan account dia. Tp zaman sekarang org guna wire transfer lebih cepat dan selamat dari cheque.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:46 PM | Show all posts
zamzam replied at 14-8-2020 10:41 PM
Samalah kes bijan. Duit masuk bilion2 takkan dia tak pi cashkan cheque tu sendiri. Takkan perlu pe ...

so makna kata kena ada transaksi la khenz , ni tak kau nak caj org tp money trail  yilekk, bukti kau berdasarkan kata2 saksi jer..curlasttt sprm !

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zamzam at 14-8-2020 11:07 PM

Kalau acct betty xder transaksi mcmana sprm boleh charge. Apa2 pun tunggu kes di mahkamah. Aku xmau discuss benda yg tak ketahuan butir.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman PH.- sajad pakai tudung
Zaman PN - sajad pakai BIKINI
....angpa semua pikior lah sendiri, kalau mampu berfikir lar
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 06:06 AM | Show all posts
Ada ulamak mengatakan bahawa oleh kerana sajad pi Mekah pakai telekong lah maka Allah SWT menjadi murka dan melepaskan virus Covid 19.......

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
cambaik replied at 14-8-2020 09:57 PM
Bila ada berita Harakah@PASdia munculBila cerita rasuah LGEdia bersembunyiSiapakah dia?
"ahak" ...

Henset dia alarm munyik bila Kata kunci 'harakah' atau 'pas' keluar kat porem
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau mak bapak seniri pon sajad blh tutup mulut.. Sambung sndiri ayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.363025 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list