CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sharlenetexas

[Edisi Merdeka]Filem & Drama Yang Patut Ditonton Sempena Bulan Kemerdekaan

[Copy link]
Post time 17-8-2020 03:08 PM | Show all posts
4. 1957: Hati Malaya
Diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba. Berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957 – Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.

5. Tanda Putera
Filem adaptasi kisah benar ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini turut diarahkan oleh pengarah prolifik Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2020 03:10 PM | Show all posts
6. PULANG
Filem ini mungkin secara zahir berkisar kisah benar cinta antara Othman dan Che Thom yang terpisah 60 tahun tetapi elemen perjuangan kemerdekaan, babak aksi penjajahan
Jepun di Tanah Melayu dan usaha untuk mengubah kehidupan agar lebih selesa cukup kuat menjadikan ia antara naskhah patriotik terbaru.

7. LEGASI VAT 69
Drama untuk tayangan TV1 ini adalah kisah benar semangat kepahlawanan lima anak muda kampung iaitu Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT. Mereka menyahut cabaran untuk menyertai unit baharu dalam pertahanan negara pada 1969 yang dikenali dengan nama VAT 69.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 03:11 PM | Show all posts
8. LALANG
Mengangkat latar ‘period drama’ berlaku sekitar 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Telefilem yang akan ditayangkan di TV1 ini membawa penonton melihat pengorbanan dan jiwa patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Biarpun penceritaan penjajahan Jepun sering diangkat ke filem atau drama, Lalang mengangkat jati diri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia sampai bila-bila.

9. BRAVO 5 (BRAVO LIMA)
Filem aksi/patriotik ini berlatarkan tahun 1989, di mana lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 03:12 PM | Show all posts
10. EMBUN
Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Secara am, Ngah memang suka pelakon lama sebab karisma lain macam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 17-8-2020 03:12 PM
10. EMBUN
Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha,  ...

Terima kasih @NekNgah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 04:25 PM | Show all posts

Sama-sama Sharlene, walaupun ada aje yang Ngah belum sempat tonton.

Nanti kita cuba cari masa.  Nak kena cari juga kat mana ada filem ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 17-8-2020 10:34 AM
anak sarawak tak pernah tgk.. pernah dgr nama je.

Matinya seorang patriot best. suka ada azmil mu ...

Prebet Lapok dalam lawak2 selit unsur patriotik. Dari seorang anak muda kutu rayau kat kampung mengintai anak dara orang sehingga menjadi orang.
Dalam Darah Satria pun ada scene Prebet Badul tak nak balik cuti ke kampung sebab orang tua heols baru kawin. Jadi taknak kacau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka drama bersiri Mahligai Gading tapi sebab krisis penulis skrip dan stesen tv, sekerat jalan je cite tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanang Anak Langkau.Iban warrior.
Baca novel lagi best dari tengok filem.
Kalau budget macam paskal rasanya lagi meletup cerita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru last week tgk darah satria kat astro.. Ni first time fokus tgk citer ni, dulu masa kecik tgk gitu2 je..
Sweet nerd masa hero borak ngn lydiawati
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-8-2020 11:27 PM
Lakon layar iols tak pasti siapa tulis. Kena check balik.

Iols peminat tegar karya RR walaupun ada filem tu sblm iols lahir. Sayangnya last filem, scoop tak mencapai piawauan dan dia pun dah stop mengarah. Idea2 dia mmg hebat dan tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 17-8-2020 04:25 PM
Sama-sama Sharlene, walaupun ada aje yang Ngah belum sempat tonton.

Nanti kita cuba cari masa.  ...

Good job @NekNgah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 12:43 PM | Show all posts

Thank you Bedah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukit kepong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067554 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list