CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 3

[Tempatan] Pembangkang sokong RUU pembiayaan Covid-19 jika jumlahnya RM90 bilion, kata Lim

[Copy link]
Post time 18-8-2020 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-8-2020 06:16 AM

'Pembangkang sokong RUU pembiayaan Covid-19 jika jumlahnya RM90 bilion'
https://www.malaysiakini.com/news/539104

Diterbitkan Hari ini 1:51 pm
Dikemaskini Hari ini 1:51 pm



Pembangkang bersedia menyokong rang undang-undang (RUU) dicadangkan kerajaan bagi memudahkan suntikan fiskal untuk pembiayaan Covid-19, jika jumlahnya digandakan menjadi RM90 bilion.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata ini kerana RM45 bilion yang diperuntukkan sekarang tidak mencukupi untuk membantu orang ramai dan perniagaan yang sedang berdepan kesukaran akibat pandemik itu.

"Sekiranya boleh naikkan RM45 bilion lagi, kita boleh ketepikan kepentingan politik. Pembangkang sedia menyokong RUU itu 100 peratus dengan syarat naik RM45 bilion lagi.

"Marilah kita cipta sejarah kalau kita nak selamatkan ekonomi negara. Tanpa tambahan RM45 bilion, ia tak mencukupi. Macam mencurah air di daun keladi," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Lim berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang peruntukan Covid-19.

Kementerian Kewangan dijangka memberi respons di parlimen pada hari Isnin depan kerana terdapat banyak ahli parlimen lain yang ingin membahaskan rang undang-undang tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mau bankrap ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sudah la phe.. bila mau masuk lokap haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jao.. Ikut logik akal aku ni.. Walaupun 45 Bilion tetap membantu dari angpa dok bangkang.. Aju x faham betul hamjad2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.092536 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list