Siri video 'Kakak Kondom' terbitan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) bertujuan mendidik masyarakat tentang pencegahan HIV melalui transmisi seksual mendapat respons negatif beberapa pengamal perubatan dan pensyarah.
 Kredit foto: FB MAF
Kebanyakan mereka berpendapat video itu mengelirukan kerana seolah-olah menghalalkan zina atas nama kesihatan seksual dan seks selamat.
 Kredit foto: Prof Dr Zainur
Seperti kata Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, video itu berpotensi menormalkan hubungan intim sebelum berkahwin terutamanya di kalangan anak muda.
 Kredit foto: Dr Rafidah
Sementara itu, Dr Nadia turut mengecam keras siri video berkenaan dan mempersoalkan keperluannya dipertontonkan kepada anak muda kita memandangkan sumber maklumatnya menimbulkan keraguan.
 Kredit foto: Dr Nadia
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi pula mendakwa penyampaiannya agak mengelirukan walaupun mempunyai tujuan yang baik.
 Kredit foto: Dr Ahmad Sanusi
"Sekiranya mereka mensasarkan golongan tertentu, mengapa program Kakak Kondom dilakukan di Universiti secara terbuka bahkan memberikan kondom percuma kepada pelajar? Bukankah ini boleh memberikan mesej yang salah kepada pelajar?" soalnya. - CARI |