CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tina

Syarat keluar 40 hari

  [Copy link]
Post time 28-9-2020 10:24 AM | Show all posts
mnm77 replied at 28-9-2020 10:03 AM
Kan betul tu... masih sambung makanan harian kamu (memperlekehkan) - walaupun berkali-kali kata na ...

keh keh keh


dari awal bukan dah dinasihatkan pada lu..
cuma sebab lu tak puas hati sahaja lu teruskan..

pembaca dan nilai dah dan suruh lu hentikan..
lu yang terkinja kinja lagi...
dah..pergi lah menyeru ya...
serulah apa yang lu sendiri pun tak faham...
"aku naik saksi"
sampaikan lah sebaris ayat ini pada seluruh makhluk di muka bumi ya..

dah tuntas faham ayat ini..nanti wa ajar pula baris lain...
Jibril - 'dengan kehendak Allah" - Muhammad sambung - "Yang Maha Pemurah dan Penyayang"

naik bukit kasi pelan-pelan kayuh, baru ngam orang panggil hero...


eh...bila lu mau jadi muazzin ya?
nanti bagtahu wa tau di qaryah mana..
nak juga dengar seruan lu kepada Allah.....
seruan waktu asar pun jadi lah...

lepas 5 tahun nanti kita check balik..lu dah faham belum seruan tu untuk siapa..

keh keh keh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2020 10:30 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 28-9-2020 10:32 AM
boca120879-2 replied at 27-9-2020 04:13 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam (...jawapan penuh dalam hati)

Tiada panduan hidup terbaik,
melainkan Al-Qur'an (kata2 Allah s.w.t.)
& Hadith (kata2 Rasulullah s.a.w.)

mengatasi kata2 makhluk-Nya
(Tok Guru ke, professor ke, doktor ke)

Benar.

Saya ingin membuat sedikit penjelasan di sini kenapa saya bermuzakarah (dengan forumer yang dimaksudkan).

Antaranya:
1. Memberi penjelasan tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, termasuk fitnah yang ditabur.
2. Membuka ruang perbincangan yang lebih adil supaya berlaku komunikasi 2 arah (2 way communication). Bukannya tuduhan dari sebelah pihak saja. 2 pihak boleh bersoal-jawab untuk menjelaskan dalil dan hujjah masing-masing.
3. Menyelitkan beberapa risalah berkaitan dalil-dalil dakwah yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah, serta manhaj para sahabat.
4. Untuk tidak memandang rendah, remeh dan memperlekeh kepada orang yang menyeru kepada Allah, tidak kira samada dia individu atau jemaah, dari mana-mana kumpulan sekalipun, selagi dia seorang Muslim. Samada dia ahli tarikat, atau tidak, itu bukan pengukur untuk mencela orang yang menyeru kepada Allah.

Muzakarah atas dasar ilmu.
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(An-Nahl, 125)

Sekiranya yang terbabit dalam muzakarah sendiri tidak dapat terima penjelasan, mungkin ada orang lain (pembaca) yang dapat terima dari seruan itu. Ada kisah Nabi Musa AS berbahas dengan Firaun, kemudian ditunjukkan kekuasaan Allah sehingga Firaun terpaksa minta pertolongan Nabi Musa....namun Firaun tetap berdegil sehingga cabar Nabi Musa pula untuk satu pertandingan, kerana Firaun tuduh Nabi Musa buat sihir. Kisah ini disebut dalam Al-Quran. Firaun kumpulkan ahli-ahli sihir terhebat di zamannya. Dalam pertandingan itu Ahli Sihir Firaun dikalahkan oleh mukzijat yang Allah berikan kepada Nabi Musa... walaupun Firaun tak dapat hidayah kerana EGO nya, ahli sihir pula yang dapat hidayah beriman kepada Allah.


WAllahu a'lam






Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:37 AM | Show all posts
keh keh keh

firaun mencabar Musa a.s
kan ke sama tu....siapakah yang mencabar untuk bermuzakarah berdepan..

dah la tu..baik layan lagu..ada faedahnya dari 'perasan'



keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:48 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 28-9-2020 10:58 AM
Ah_Kwan replied at 28-9-2020 10:37 AM
keh keh keh

firaun mencabar Musa a.s

Ait... ingatkan nak berhenti.

kan ke sama tu....siapakah yang mencabar untuk bermuzakarah berdepan..

Suka sangat makanan harian yang membenakkan hati (memperlekehkan)

Lupakah diri sendiri yang menulis:

Ah_Kwan replied at 27-9-2020 10:45 PM
dan seperti yang wa duga..geng2 lu akan mula sama sama menyalak kiri dan kanan..cuma masih tak berani confront berdepan2 lah..

Dah terlupa kan sendiri yang tulis? Sebab banyak sangat makan makanan yang membenakkan hati!
dah la tu..baik layan lagu..ada faedahnya dari 'perasan'

Cakap pasal hati, pasal adab, kononnya diri tu bersih kenal mukmin yang ditunjukkan amanah siapa yang lawak berdakwah.... tapi tunjuk video perempuan menyanyi yang ada aurat... belajar ilmu hakikat macam ini kah?

Semoga Allah beri hidayah pada kita semua


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 10:51 AM | Show all posts
mnm77 replied at 28-9-2020 10:48 AM
Ait... ingatkan nak berhenti.

keh keh keh

nafikan lah labu...
wa tak kesah...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 11:04 AM | Show all posts
keh keh keh

ini lebih seksi..bukan setakat rambut...



patut lah lu orang kena bash kat CI..tak berkutik dengan geng etis dan liberal kat sana..
pandang lah satu nampak banyak..pandanglah banyak nampak satu...

jika dalam mu betul..pandang apa pun yang lu nampak kudrat dan ciptaan Allah...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 12:12 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 28-9-2020 12:29 PM
nafikan lah labu...
wa tak kesah...

Betul lah tu... empunya diri memang tak kisah berdusta...tak kisah memfitnah.. tak kisah tayang video tunjuk aurat

Yang kisah pasal orang lain yang dianggap perasan.

jika dalam mu betul..pandang apa pun yang lu nampak kudrat dan ciptaan Allah...

Ilmu hakikat ni... dan bila salah guna, guna untuk hentam orang...
Pandang orang lain asyik nampak orang perasan saja - ini bermakna dalam diri tu belum betul lah tu.




Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 01:02 PM | Show all posts
keh keh keh

dah nak masuk dzuhur..
marilah kita menyeru kepada Allah..
seperti yang dipesan oleh puak puak terkinja perasan...

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (muslimin)?"
(Al-Quran, Surah Fussilat, ayat 33)


ini adalah jauh lebih baik dari terkinja-kinja ke hulu ke hilir meyeru pada makhluk lain sedang diri sendiri pun tak faham...
praktikkan lah..pandanglah sahabat Muhammad s.a.w ini...
kerana dia sahaja yang layak menyeru pada zamannya...pengesahan dari Muhammad s.a.w sendiri...



jangan biarkan hidup kita diselubungi perasan layak..

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 05:58 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 09:18 AM
Ah_Kwan replied at 28-9-2020 01:02 PM
keh keh keh

dah nak masuk dzuhur..

Alhamdulillah...bagus posting kalini...

Muzakarah dah ke penghujung, tapi kalau sambung sembang-sembang saling ajak ke arah kebaikan, ke arah kejayaan - ini bagus.

marilah kita menyeru kepada Allah..

Seru kepada Allah itu merupakan 'qaulan' (kata-kata) yang PALING BAIK. Tidak kira siapa yang seru....

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (muslimin)?"
(Al-Quran, Surah Fussilat, ayat 33)


seperti yang dipesan oleh puak puak terkinja perasan...

Cuma JANGANLAH HITAMKAN hati dengan berprasangka, sangkaan yang menyeru tu terkinja-kinja. Hayati firman Allah:

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
(Yunus, 36)

Juga janganlah memfitnah hanya kerana tak suka orang lain hasil dari prasangka atau kerana tiada pengetahuan tentangnya,
وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan.
(Surah Al-Baqarah: 217)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al Hujurat, 12)


WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:53 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 08:04 AM
praktikkan lah..pandanglah sahabat Muhammad s.a.w ini...
kerana dia sahaja yang layak menyeru pada zamannya...pengesahan dari Muhammad s.a.w sendiri...

Muazzin (juru azan) zaman Nabi adalah Bilal. Itu untuk panggilan menunaikan  solat. Pada zaman sahabat pun Bilal pernah meninggalkan Makkah/Madinah. Muazzin pun diganti... sehingga beliau wafat pun bukannya di Makkah atau Madinah. Sekarang bukannya saidina Bilal ada lagi.. Namun kerana menghormati tugas Bilal, gelaran 'Bilal' diberikan kepada muazzin.

Kisah Bilal dan kisah sahabat yang lain ada dalam Hayatus Sahabah. Boleh lah mula menelaah dan mendalami sirah Nabi dan kisah para sahabah.

Zaman sahabat, penyeru kepada Allah bukannya Bilal seorang sahaja. Sahabat bertebaran ke seluruh dunia sehingga ada yang ke China, kerana menyeru manusia beriman kepada Allah. Zaman Dakwah Nubuwwah hanya 23 tahun, dan Nabi tidak sempat keluar pun dari Jazirah Arab. Akan tetapi Nabi menyediakan para sahabat untuk bertebaran ke seluruh alam. Berkat usaha dakwah Nabi, para sahabat, tabi'in, tabiit tabi'in dan orang-orang yang mengikuti mereka inilah Islam sampai ke seluruh dunia...

Jika sahabat tak buat dakwah dan hanya duduk beribadah dan bertapa sahaja, nescaya Islam tak tersebar di luar Jazirah Arab. Allah jadikan pengorbanan para sahabat lah Islam tersebar luas ke seluruh dunia...



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 08:13 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 08:15 AM
jangan biarkan hidup kita diselubungi perasan layak..

keh keh keh

Bukanlah isu perasan layak. Lebih penting, mahukah kita berusaha supaya Allah Redha kepada kita?

Allah redha pada para sahabat, awwalin dari Muhajirin dan Ansar. Tak mahukah kita ikut jejak mereka dengan alasan TAK LAYAK?

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِـإِحۡسَـٰنٍ۬ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 100)

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:31 AM | Show all posts
Edited by Ah_Kwan at 29-9-2020 09:36 AM
mnm77 replied at 29-9-2020 05:58 AM
Alhamdulillah...bagus posting kalini...

Muzakarah dah ke penghujung, tapi kalau sambung sembang ...

keh keh keh

Alhamdu lillah...
akhirnya puan ini menyambut dengan baik wa punya advise..
kerana dikata mereka, sebaik baik seruan itu adalah azan..
maka siapakah yang lebih baik seperti kata ayat yang ditunggang itu?
mereka yang azan atau mereka yang keluar 3 hari?
jika benar azan itu adalah sebaik baik seruan...haruslah mereka yang melaungkannya adalah lebih baik..

bermula lah dari sana..jika teringin sangat nak menyeru....
belajar menjadi hamba terlebih dahulu...
belajar menjadi faqir ila Allah terlebih dahulu..

Bilal..dah duduk dalam makam hamba semasa di Mekah lagi...
selepas beberapa lama beliau siddiq..baru lah datang amanah kepadanya...iaitu menyeru azan..
kerana itu, perkara yang paling penting dalam penutupan sembang kedai kopi ini adalah:
Siddiq..baru akan sampai amanah..selepas itu barulah ditugaskan untuk menyampaikan amanah itu dengan fatanah...
kiranya tiada mencapai tahap di atas..dikira terkinja-kinja sahaja...
para sahabat yang Muhammad s.a.w susun..semuanya telah siddiq dan mendapat amanah..
di zaman ini..susun sendiri sendiri..sebab nak meniru..
janggut pun tiru selagi boleh..
itu yang keluar ayat..
renggut janggut mereka dan campak dalam neraka

..
jika difikir2..puak mana yang berjanggut ni? burung kakak tua kah? wallahu alam..
sebab, puak yang benak dan hitam hatinya seperti wa tiada pun menyimpan janggut
shave kasi bersih lagi..

so..jadikan lah Bilal itu idola kepada siapa yang berhajat menjadi mukmin...
nak capai tahap Muhammad..insan kamil tu terlalu jauh untuk kita...
jadi bilal pun jadi lah....asal masuk makam hamba...
dari dok kat makam kuli sekarang..
ambillah dalam 10 tahun ya..minima..
sebab Bilal buat hingga akhir hayat..tak mampu kita...
dapat 10 tahun pun jadi..
lepas dah masuk makam hamba..sendiri decide la..perlu kah keluar berdakwah ini..
kalau dah ada amanah..sila lah...masa tu rasanya baru faham apa wa cerita kat sini..
baru mungkin faham, ianya fitnah atau barang haq..

keh keh keh




Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:39 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 09:48 AM
Ah_Kwan replied at 29-9-2020 09:31 AM
keh keh keh

Alhamdu lillah...

Alhamdulillah

Kita sembang ringan-ringan lah... kalau asyik cari salah nanti ada yang makan hati pulak

Maafkan saya, kalau terasa kerana perkataan 'benak'... hasrat saya kita sembang elok-elok, tak perlu label perasan kat orang lain, juga saya pun tak perlu kata 'benak' kerana tuduhan perasan tu?

Boleh?

mereka yang azan atau mereka yang keluar 3 hari?
jika benar azan itu adalah sebaik baik seruan...haruslah mereka yang melaungkannya adalah lebih baik..

Ada saja yang azan. Saya pun ada juga azan di masjid atau surau yang tiada muazzin yang tetap, atau diminta untuk azan. Imam pun biasa, tapi tidaklah rampas tugas yang diberikan oleh ajk, itu tiada adab.

Masjid mana yang kamu azan? Boleh saya datang ziarah...?

jika difikir2..puak mana yang berjanggut ni? burung kakak tua kah? wallahu alam..
sebab, puak yang benak dan hitam hatinya seperti wa tiada pun menyimpan janggut
shave kasi bersih lagi..

Antara perkara yang kamu tak suka sangat ni JANGGUT kah? Setahu saya shaikh-shaikh tarikat pun simpan janggut. Saya nak tahu juga tok guru kamu pun shave licin ka?

Bukankah Nabi kita simpan janggut?


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:47 AM | Show all posts
mnm77 replied at 29-9-2020 09:39 AM
Alhamdulillah

Kita sembang ringan-ringan lah... kalau asyik cari salah nanti ada yang makan hat ...

keh keh keh

lol..wa tak pedulik lansung lu nak kata wa apa..
nak kata sesat pun tiada terasa lansung dalam hati wa ini..

almarhum guru wa..tak simpan janggut...
nabi simpan janggut?
ya betul..kenapa nabi simpan janggut?
bila faham kenapa..maka itu lah kami tiada simpan..
sebab tak mampu...

sunnah nabi..bukan hanya berkisar apa yang nabi buat..
ianya berkisar kefahaman dalam dada nabi..
dah faham dalam dada..maka kelakuan itu akan terlaku dengan sendirinya..
bukan di tiru tiru..seperti burung kakak tua..

keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:53 AM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 29-9-2020 09:47 AM
keh keh keh

lol..wa tak pedulik lansung lu nak kata wa apa..



Ye saya tau, tapi macam termakan hati cara tulisnya... ok setuju tak buruk-memburukkan satu dengan yang lain

almarhum guru wa..tak simpan janggut...
nabi simpan janggut?
ya betul..kenapa nabi simpan janggut?
bila faham kenapa..maka itu lah kami tiada simpan..
sebab tak mampu...

Tidakpun saya mencela orang tidak simpan janggut sebab TAK MAMPU.

Tapi kenapa mencela orang yang berjanggut?

sunnah nabi..bukan hanya berkisar apa yang nabi buat..
ianya berkisar kefahaman dalam dada nabi..
dah faham dalam dada..maka kelakuan itu akan terlaku dengan sendirinya..
bukan di tiru tiru..seperti burung kakak tua..
Saya dah ada sebut, Sunnah Dakwah, Sunnah Ibadah dan Sunnah Adat.

Semua ini Sunnah, bagi yang nak ikut semua, kenapa pula nak memperlekeh?

Sahabat Nabi yang besar seperti Abu Bakr RA dan Umar RA pun simpan janggut. Adakah kamu nak kata mereka seperti burung kakak tua?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 09:55 AM | Show all posts
Rasulullah SAW bersabda:

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ، وَأَوْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Hendaklah kamu menyalahi kaum Musyrik. Pendekkanlah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.”

Hadith Riwayat Muslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 10:02 AM | Show all posts
mnm77 replied at 29-9-2020 09:53 AM
Ye saya tau, tapi macam termakan hati cara tulisnya... ok setuju tak buruk-memburukkan satu de ...

keh keh keh

Sahabat Nabi yang besar seperti Abu Bakr RA dan Umar RA pun simpan janggut. Adakah kamu nak kata mereka seperti burung kakak tua?
dan di golongan manakah mereka2 ini? r.a kan?

ke dah rasa sama level dengan mereka? makam r.a

ianya tak sama dengan ibadah wajib...
contohnya solat..walau tak faham ..Allah perintah solat lah juga...
untuk latihan..
sebab Allah Maha Tahu...
dia tau bila tak buat, makin tak faham..
yang sunnah perbuatan ni, tak pula jatuh hukum wajib...
sebab dia nak suruh faham dulu...baru ianya terjadi dengan sendirinya...
kalau buat juga..jatuh jadi perasan...dan takut2 jatuh ke makam angkuh dan sombong....
kerana dia bukan latihan...ianya perwatakan..

sebab itu..bila wa cakap perasan..jangan melompat...
tengoklah balik diri sendiri..perasan ke tak..bukan lompat2 dan meroyan...
itu kan peringatan sahaja...supaya tak menjurus ke makam azazil ..
bila diperingatkan..melompat..

yang berasap itu..ego dan ifrit...tak senang duduk..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:07 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 10:35 AM
Ah_Kwan replied at 29-9-2020 10:02 AM
keh keh keh

dan di golongan manakah mereka2 ini? r.a kan?

Mereka dari golongan saabiqul awwalin

ke dah rasa sama level dengan mereka? makam r.a

Nampaknya elok kamu baca balik apa yang saya tulis sebelum ni.

ianya tak sama dengan ibadah wajib...
contohnya solat..walau tak faham ..Allah perintah solat lah juga...
untuk latihan..
sebab Allah Maha Tahu...
dia tau bila tak buat, makin tak faham..
yang sunnah perbuatan ni, tak pula jatuh hukum wajib...
sebab dia nak suruh faham dulu...baru ianya terjadi dengan sendirinya...
kalau buat juga..jatuh jadi perasan...dan takut2 jatuh ke makam angkuh dan sombong....
kerana dia bukan latihan...ianya perwatakan..

Dalam jemaah, tidak pun digembar-gemburkan wajib. Ada anggota polis juga ahli jemaah, yang kerana tugasnya, tidak simpan janggut tapi melibatkan diri dalam usaha dakwah. Relax la bro, isu janggut ni BUKAN PAKSAAN pun. Tapi betul, ia Sunnah Surah (Sunnah Luaran Nabi).
sebab itu..bila wa cakap perasan..jangan melompat...
tengoklah balik diri sendiri..perasan ke tak..bukan lompat2 dan meroyan...
itu kan peringatan sahaja...supaya tak menjurus ke makam azazil ..
bila diperingatkan..melompat..

yang berasap itu..ego dan ifrit...tak senang duduk..

Takkan lah dah mula sambung balik buruk-memburukkan?

Kamu tak baca kah, saya paste balik apa yang ditulis:

Bukanlah isu perasan layak. Lebih penting, mahukah kita berusaha supaya Allah Redha kepada kita?

Allah redha pada para sahabat, awwalin dari Muhajirin dan Ansar. Tak mahukah kita ikut jejak mereka dengan alasan TAK LAYAK?

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِـإِحۡسَـٰنٍ۬ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 100)



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:07 AM | Show all posts
mnm77 replied at 29-9-2020 10:07 AM
Mereka dari golongan saabiqul awwalin

keh keh keh

Bukanlah isu perasan layak. Lebih penting, mahukah kita berusaha supaya Allah Redha kepada kita?
betul dah tu..tapi bagaimana kah caranya untuk sampai ke makam redho tu?
guru tak ajar ke? adakah dengan cara pergi berdakwah baru Allah redho?
sedang stepnya untuk sampai ke makam itu..yaani makam r.a tu kena mula lalu makam mukmin..
dah kenapa nak terus melompat ke atas? cari lah makam hamba dahulu (mukmin)
itu pun susah nak gapai...terus nak ke makam r.a (redho)..
naik bukit kasi pelan pelan kayuh..baru ngam orang panggil hero..

Allah redha pada para sahabat, awwalin dari Muhajirin dan Ansar. Tak mahukah kita ikut jejak mereka dengan alasan TAK LAYAK?


jejak mereka? pertama siddiq..kenapa tak nak ikut jejak ni?
kenapa nak melompat 2 step terus ke tabligh?
rasa tak layak itu adalah sifat tawwaduk yang ada pada mukmin...
bukan fikir tak layak..'rasa' tak layak..
takde sifat tawadduk tu, jadi iblis nanti...ingatkan sahaja..
sebab tu imam shafie keluar syair ni...dia yang dah level tu pun 'rasa' tak layak..

Tuhanku aku tidak layak untuk SyurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar...


kerana mukmin itu ada sifat tawadduk dalam dirinya..

tak payah lah tunggang-tunggang ayat, kalau belum tuntas faham ayat itu untuk apa...
wa jenis berterus terang..sebab tu main bedal cakap jer..
tapi lantak lu orang lah...nak cepat sampai agaknya...

keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 12:41 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-9-2020 12:55 PM
Ah_Kwan replied at 29-9-2020 11:07 AM
keh keh keh

betul dah tu..tapi bagaimana kah caranya untuk sampai ke makam redho tu?

Tentu lah dari panduan Al-Quran dan Sunnah. Ikut orang (guru) yang ikut panduan Al-Quran dan Sunnah.

guru tak ajar ke? adakah dengan cara pergi berdakwah baru Allah redho?

Ini masih salah faham... untuk dapat redho, ikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Bukannya tunggu dapat redho Allah dulu baru nak layak buat dakwah.

sedang stepnya untuk sampai ke makam itu..yaani makam r.a tu kena mula lalu makam mukmin..
dah kenapa nak terus melompat ke atas? cari lah makam hamba dahulu (mukmin)
itu pun susah nak gapai...terus nak ke makam r.a (redho)..
naik bukit kasi pelan pelan kayuh..baru ngam orang panggil hero..

Sebab itulah ada tertib untuk belajar Iman.

Dan bukannya khuruj (keluar) tu terus dapat redho. Tapi bermujahadah di jalan Allah (antaranya khuruj fi sabilillah) itu akan membuka jalan-jalan hidayah, jalan kepada redho Allah

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan orang yang bermujahadah (untuk mencari keredhaan kami), benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik

(Surah al-‘Ankabut : 69)

jejak mereka? pertama siddiq..kenapa tak nak ikut jejak ni?
kenapa nak melompat 2 step terus ke tabligh?
rasa tak layak itu adalah sifat tawwaduk yang ada pada mukmin...
bukan fikir tak layak..'rasa' tak layak..
takde sifat tawadduk tu, jadi iblis nanti...ingatkan sahaja..
sebab tu imam shafie keluar syair ni...dia yang dah level tu pun 'rasa' tak layak..

Sememangnya yang paling layak buat kerja dakwah adalah para Nabi. Umat Nabi Muhammad SAW, merupakan umat yang terakhir, dan bagi mereka yang buat kerja dakwah, walaupun mereka bukan Nabi, ada ganjarannya dari Allah.

Tak timbul isu layak atau tak layak, atau rasa layak atau tak layak. Sudah termaktub dalam Al-Quran:


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah
(Aali-'Imran, 110)


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
(Aali - 'Imran, ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.


kerana mukmin itu ada sifat tawadduk dalam dirinya..

Benar. Mukmin juga bukannya yang suka memburuk-burukkan orang lain.


tak payah lah tunggang-tunggang ayat, kalau belum tuntas faham ayat itu untuk apa...
wa jenis berterus terang..sebab tu main bedal cakap jer..
tapi lantak lu orang lah...nak cepat sampai agaknya...

Menyampaikan ayat Al-Quran bukanlah maksud menunggang. Tunggang ayat tu guna ayat Al-Quran untuk dapat kelebihan keduniaan.


Al-Quran itu sebagai PANDUAN (seperti juga yang kamu tulis sebelum ini).


Kalau tak faham boleh tanya kepada yang arif, atau rujuk tafsir yang muktabar. Kalau saya tulis pakai 'rasa' sahaja, tentunya itu dari NAFSU kan?


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”.

(Al-Qamar, 17)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081158 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list