Pak Mail dah umum yg kota Setar TEMCO disebabkan Kluster Telaga & Kluster Sungai.. Aku tengah cari artikel tapi x keluar lagi. Jadi ni aku share dulu youtube pengumuman Pak Mail. Bertabahlah org alor setar.
Ringkasan dari pengumuman Pak Mail adalah seperti berikut.
1. Semua jalan keluar masuk Kota Setar ditutup
2. Sekolah dan pusat pengajian ditutup
3. Restoran & kedai makan dibenarkan beroperasi dari 8 am hingga 8 pm sahaja. Tak dibenarkan pelanggan makan dikedai hanya dibenarkan bungkus sahaja.
4. Operasi pasar harian saja dibenarkan dari 6 am - 2 pm
5. Operasi pasar malam dan tani tak dibenarkan.
6. Feri dari kuala kedah tidak dibenarkan operasi. Jadi org nak balik dari Langkawi kena pi Perlis atau Pulau Pinang.
7. Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar.
8. Farmasi dibenarkan beroperasi dari 8 pagi - 8 mlm.
9. Hanya hospital dan klinik saja dibenarkan beroperasi 24 jam