|
|
Adira Suhaimi baru sahaja menceburkan diri dalam perusahaan pakaian terpakai (bundle) tapi dah terpalit pula dengan cerita kurang enak.
Penyanyi ini dikatakan menjual pakaian tiruan.
 Foto: IG
Bagaiamanpun Adira tampil memberikan penjelasan suapaya tiada lagi salah faham.
Menerusi kenyataannya di Facebook Live, Adira tak tahu baju tersebut merupakan jenama tiruan kerana tiada penerangan yang kelas daripada pemilik sebelumnya.
"Baju Iron Maiden yang viral tu, sebenarnya sis kurang pasti yang baju itu fake tetapi sis beli baju itu walaupun bukan original dengan niat untuk simpanan sendiri.
"Saya juga dah minta penjelasan daripada penjual dan dia dah terangkan. Kami berdamai, aman sahaja tiada bergaduh."
Tambah Adira lagi, dia berharapa agar diberi ruang untuk belajar dengan lebih lanjut selok belok perusahaan bundle.
"Saya belum lama untuk mengenal barang original dan bukan. Saya sedia belajar. Biasalah dalam bisnes kadang kala kita ditipu," tambahnya. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|