CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268216|Reply: 1209

[Tempatan] Pertama kali dimalukan dan disaksikan 10,000 followers(betulke 10 ribu?), influe

    [Copy link]
Post time 12-9-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-9-2020 06:36 PM

KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Usahawan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera itu berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Bandar Hilir, Melaka di lokasi tumpuan pelancong, pada Selasa lalu.

Eira terus membuat FB Live selepas dihalau keluar dari kedai makan.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu. Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.

Eira berkata, tindakannya meninggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

“Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Sebahagian pengikut Eira (kiri) turut kelihatan di dalam rakaman.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

“Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

Mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal saya customer is always right tetapi ada adab untuk menegur

EIRA AZIERA

“Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Restoran yang menjadi lokasi reviu produk oleh Eira sebelum insiden kekecohan berlaku.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

“Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2020 07:57 AM | Show all posts
dia bukan review makanan di restoran tu tapi review and live produk dia sendiri

memang trend usahawan timbang kilo buat review di kedai makan
sebab nak save sewa bilik seminar di hotel-hotel
sembang juta-juta RM
nak buat review tempat free
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh simpan bodoh sikit tak hamjad ni? Mmg betul apa yg makcik tu kata.. Lepas makan balik.. Akal tu sila guna la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit2 nk live...sampai ilang adab Dan Tak hormati privasi orang lain.kalau saya pelanggan kedai tu akan rasa privasi terganggu bila meja sebelah nak buat live nampak Kita dlm video Kita...ganggu orang nk makan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
perangai apa ni.membelit buat review konon free.padahal xminta kebenaran..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 12-9-2020 08:05 AM

i mmg subscribers dia dr dulu, dia ni mmg org utara mulut mcm tu tp die baik, i suke tgk chanel die,i rase dlm konteks ni dua2 salah, at least kne mintak kbenaran dulu nak live kat kedai org, pastu tauke kedai jgnlah hambat customer mcm anjing, ckp elok2 kan bagus..anyway i still support her, suke dgr celoteh die, suke dgr loghat utagha dan content die mmg best pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2020 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh je kan cari tempat lain, kat bangku taman ke, kat halaman rumah ke.. tapi nak jugak buat kat kedai makan... tpt org ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:09 AM | Show all posts
the star pun cari berita viral..yg untung eira la kne kutuk ke kne maki ke tetap dpt coverage..
teringat movie american gods.. ratu sheba dpt power dari pujaan followers media sosial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-9-2020 07:59 AM
Boleh simpan bodoh sikit tak hamjad ni? Mmg betul apa yg makcik tu kata.. Lepas makan balik.. Akal t ...

Tgklaaa ummah mana tu..
Ummah nie mmg akai takde
Sentap je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 12-9-2020 08:12 AM
Tgklaaa ummah mana tu..
Ummah nie mmg akai takde
Sentap je lebih

Oh pakcik.. Semua bangsa ada bad apple.. Tak payah dok kutuk Melayu sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah yg page celaka clickbait dok cover, yg caption ujung2 ayat standard "........rupanya bukan calang2"

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kimak je pompan yg buat live tu
Suara da laa serak..
Da kena halau balik je laaa...
Mcm mcm laaa perangai org yg juai produk nta pape nie semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-9-2020 08:14 AM
Oh pakcik.. Semua bangsa ada bad apple.. Tak payah dok kutuk Melayu sangat..

Jgn semua kan makcik oiii
Yg ni ummah mana tu
Melayu
Nak kaitkan ummah lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah buat bising kt kedai org,patutlah kene perambat..
Mengganggu pengunjung2 lain nk mkn2 dgn selesa..
Sila amik pengajaran lain kali..toksah main redah je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 12-9-2020 08:20 AM
Jgn semua kan makcik oiii
Yg ni ummah mana tu
Melayu

Hahahahaa.. Pusing jangan tak pusing.. Ang ingat hanya melayu saja buruk?

Pakcik banyakkan lagi berkawan dgn bangsa lain tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-9-2020 08:24 AM
Hahahahaa.. Pusing jangan tak pusing.. Ang ingat hanya melayu saja buruk?

Pakcik banyakkan lag ...

Ummah sentap nie laa paling bangsat
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Gampangnya si btina aka influencer ni.aku pasti org kedah pun malu dgn sakai sheols.padan muke,memekak je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 12-9-2020 08:24 AM
Ummah sentap nie laa paling bangsat

Aloooooo.. Siannya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 12-9-2020 08:24 AM
Gampangnya si btina aka influencer ni.aku pasti org kedah pun malu dgn sakai sheols.padan muke,memek ...

Tu awal2 aku dah hamjad dia.. Jadahnya akal x ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.427498 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list