CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 4

[Tempatan] ..Pemimpin Pas kecewa, kerusi plastik pun tidak diberi di Sabah. Kena game oleh

[Copy link]
Post time 12-9-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pemimpin Pas kecewa dengan agihan kerusi di Sabah

Beberapa pimpinan Pas hari ini nampaknya meluahkan ‘kekesalan’ susulan tiada sebarang kerusi diperuntukkan oleh Perikatan Nasional (PN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Memetik laporan Malaysiakini, antara pemimpin tersebut ialah Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar menerusi ciapan di Twitternya berkias menggunakan analogi tongkat Nabi Musa.

“Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu?” soalnya.
Bagaimanapun, Iskandar ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut.
“Tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia,” katanya.
Turut memberikan komen negatif adalah AJK Pas Pusat, Riduan Mohd Nor.
Katanya, “Orang berbudi kita berbahasa, orang tak bagi kita berlaga!”
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari juga turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan apa yang berlaku.
Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”
Malah, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menyerahkan kepada umum untuk memahami apa yang cuba disampaikannya itu.
“Terpulang kepada pemahaman masing-masing,” tambahnya.


Sementara itu, anggota Dewan Ulama Pusat Pas, Mokhtar Senik menyeru ahli parti supaya berpegang teguh kepada amalan taat dan walak yang dihadamkan di dalam jemaah dalam isu pembahagian kerusi.
“Ingat wahai adik-adik dan anak-anak. Jangan ditebang pokok kerana inginkan buahnya dan jangan dipetik buah sebelum masaknya,” katanya.
Bekas Ketua Ulama Pas Pahang itu juga memberi amaran supaya ahli parti sentiasa waspada.
“Jangan biarkan musuh mengharu-biru kita. Sedikit itu jauh lebih baik dari tiada langsung.
“Pas adalah parti dakwah bukan sekadar parti politik. Kerana itu Pas tidak kedekut dalam memberi dan tidak tamak dalam meminta-minta,” katanya.
Pas tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh PN mahupun Barisan Nasional (BN), serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya.
Sebelum ini, parti itu menyuarakan hasrat bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN atau PN.
Secara keseluruhan, BN akan bertanding sekurang-kurangnya 36 kerusi, manakala PN pula 28 kerusi.
Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/100718/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Pimpinan-Pas-luah-kekesalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Seteruk2 pan pon ade gak 1 kerusi..mca 4 kerusi.. lobai pas dpt jd tukang pacak bendera dr dulu sampei lani sajork
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dekat parti PIS
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 08:02 AM | Show all posts
Suatu tamparan kuat buat Isle..............boleh tercabut sarban di buatnya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 13-9-2020 01:40 AM
Seteruk2 pan pon ade gak 1 kerusi..mca 4 kerusi.. lobai pas dpt jd tukang pacak bendera dr dulu samp ...

Kerusi tradisi PAS di Karamunting majoriti Melayu pun boleh terlepas ke MCA. Macam acik pencen kena tipu dek Macau scam jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061532 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list