CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 0

[Tempatan] ..PAS sifatkan gesaan untuk laksanakan HUDUD sebagai SUARA SYAITAN. Bior betul ?

[Copy link]
Post time 14-9-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jangan terpengaruh ‘suara syaitan’ tanya bila nak buat hudud? – Adun Pas

13/09/2020 7:00 PM

Perwakilan Pas Kelantan hari ini menyeru agar semua ahli Pas memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.

Menurut Datuk Hassan Mohamood, fokus utama Pas ketika ini bukan untuk merealisasikan perjuangan parti Islam itu ketika bergelar pembangkang, sebaliknya memperkasakan pentabiran kerajaan.

“Setelah menguasai negara kita baru ambil negara, maka kita perlu pelajari apakah keutamaan yang perlu kita laksanakan dengan erti kata lain, kita perlu mempelajari fiqh keutamaan.

“Jangan terpengaruh dengan suara-suara sumbang, atau dalam bahasa kasar, ‘suara syaitan’. Bila nak buat hudud? Ini jangan tanya (pelaksanaan hudud). Kita kena tanya apa yang patut kita buat sekarang?

“Agama asas, kerajaan pengawal dan kita baru ada pengawal (kerajaan). Kerajaan… kerajaan ini (ibarat) pagar. Jadi, sekarang kita kena buat apa? Kena kukuhkan pagar (kerajaan),” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-66, Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kerajaan PN ketika ini masih ‘tidak kukuh’.

“Pagar (kerajaan) kita masih bergoyang-goyang lagi…,” tambahnya.

Sehubungan itu, Hassan menggesa ahli Pas supaya menjalin perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden berkata, perpaduan ummah perlu terus dikekalkan dalam usaha mempersiapkan parti Islam itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

https://inforakyat.net/jangan-terpengaruh-suara-syaitan-tanya-bila-nak-buat-hudud-adun-pas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057108 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list