CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4256|Reply: 12

[Jenayah] Cemar sungai: Lima tertuduh tiba di mahkamah

[Copy link]
Post time 15-9-2020 09:48 AM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... uh-tiba-di-mahkamah



SELAYANG: Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang dipercayai suspek pencemaran bau Sungai Gong, dekat Rawang, tiba di Mahkamah Sesyen, dekat sini, sebentar tadi.

Mereka tiba kita-kira jam 8.45 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 430 dan 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tutup muka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2020 09:52 AM | Show all posts

SOP le

kang rm seribu melayang kang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la.. Aku rasa mana2 company /individuyg mencemarkan bekalan air sampai menyusahkan semua org patut didakwa atas dgn PENGKHIANATAN @ KEGANASAN.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 09:56 AM | Show all posts
sumber air sangat fragile. bayangkan ada lagi pelaku yg dgn mudah mencemarkan sumber air mentah.

penguat kuasa an dan denda / hukuman paling berat dan maksimum yg mampu mengurang atau mencegah kejadian berulang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:54 PM | Show all posts
5 didakwa cemar Sungai Gong tak dibenar ikat jamin

KUALA LUMPUR: Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini, hari ini berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, tidak dibenar dibebaskan dengan ikat jamin.

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas menimbang hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili kesemua tertuduh.

Kelima-lima lelaki iaitu empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik - Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut, Ho Voon Leong, 59, yang berada di dalam kandang tertuduh dilihat saling berpandangan selepas mendengar keputusan mahkamah.

Kesemua mereka yang tiba di Mahkamah Selayang pada 8.45 pagi kemudiannya dibawa ke Penjara Bentong, Pahang pada 11.05 pagi.

Terdahulu Muhamad Iskandar tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes tersebut tidak boleh dijamin.

"Kes ini mengakibatkan enam juta penduduk di Malaysia tidak ada air selama lima hari. Isu ini juga telah mendapat perhatian pucuk pimpinan teratas negara.

"Sekiranya mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan saya, saya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM2 juta bagi setiap tertuduh," katanya.

Bagaimanapun, M Reza merayu jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

"Ketika kejadian anak-anak guam saya yang menyerah diri di balai polis …selain itu, mereka juga bersedia untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Sebelum itu, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang dekat sini antara 2 dan 3 Sept lepas mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lebih 40 wakil media tempatan berada di depan pintu mahkamah seawal 7 pagi sebelum dibenarkan masuk pada 8 pagi.

Susulan pencemaran minyak daripada kilang itu pada 3 September lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 02:35 PM | Show all posts
Padan muka takde ikat jamin. Pakai seluar pendek je mesti dia expect habis bicara sesi ni,ikat jamin n boleh balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 02:48 PM | Show all posts
steady lah tuan hakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 02:48 PM | Show all posts

kalau tak silap undang2 media memang kena tutup atau blur kan muka pesalah..

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 15-9-2020 06:48 AM
kalau tak silap undang2 media memang kena tutup atau blur kan muka pesalah..

Thread satu lagi takda pun blur gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:35 PM | Show all posts
nazzse replied at 15-9-2020 03:28 PM
Thread satu lagi takda pun blur gambar.

kalau betul ada maybe tu bukan wartawan atau siaran media secara haram umpama teroka tanah haram..kih kih..

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh lalu mahkamah tadi nk tapau nasi ptt la ramai wartawan, kalau iols tau, iols tunggu baling air longkang, menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 08:22 PM | Show all posts
tongkang kena tangkap --alaa esok lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 1.121894 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list