CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4505|Reply: 16

[Jenayah] Pengarah jabatan kerajaan bersama anak, menantu direman SPRM

[Copy link]
Post time 15-9-2020 12:00 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... enantu-direman-sprm



PUTRAJAYA: Seorang pengarah bahagian sebuah jabatan kerajaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes menerima suapan bagi  mempercepatkan  siasatan dan rayuan kompaun terhadap pemilik-pemilik bot nelayan.

Turut ditahan reman bersama pengarah terbabit adalah anak perempuan serta menantunya.

Perintah reman bermula hari ini hingga 18 September itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas meluluskan permohonan dikemukakan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia di antara 32 hingga 59 tahun itu ditahan antara jam 11.50 pagi hingga 12.10 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, suspek disyaki meminta dan menerima suapan di antara RM500 sehingga RM2,000 daripada pemilik-pemilik bot nelayan tempatan dan wang itu yang didepositkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.

Suapan itu adalah sebagai balasan mempercepatkan tindakan siasatan serta rayuan bagi mengurangkan kompaun terhadap pemilik bot nelayan yang dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 ketika mahu mendapatkan kembali bot mereka yang ditahan.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita wang tunai dianggarkan lebih RM21,000, barangan kemas dan jam tangan mewah," katanya.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh, ketika mengesahkan tangkapan dan tahanan reman itu, berkata tiga suspek itu berdepan siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi setahun nak pencen.. Ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ok lah tuh.. suka naikkan org xjujur pegang pangkat tinggi..yg betul2 kaliber, ada knowldge skill ko abaikan..sesuai lah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 15-9-2020 12:13 PM
ok lah tuh.. suka naikkan org xjujur pegang pangkat tinggi..yg betul2 kaliber, ada knowldge skill ko ...

Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:24 PM | Show all posts
Rasuah ni boleh jadi ketagihan.. mengikut pengakuan seorang yang pernah ditangkap dan dihukum. Bila amalan rasuah ni dah jadi budaya, mmg penerima rasuah dah tak de rase bersalah.. in fact, rasuah yg haram di halalkan dengan putar belit proses dan pemikiran kpd orang luar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:29 PM | Show all posts
Bila dah gila duit macam tu ler jadinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 12:30 PM | Show all posts
Minta maaf nak cakap walaupun terlalu cliche;
Pengarah Jabatan - Melayu
Anak perempuan - bertudung
Menantu - Melayu yang beristeri wanita bertudung
Sad....but that is a phenomenon.

(p.s mungkin terkeluar tajuk, tapi tolonglah hormat dgn imej, jgn cemari agama yang dikendong)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bole tahan uollss...kawan2 sebaya semua dah merasa pakai velfire alphard bercuti sakan sana sini..harap gaji gomen je dgn komitmen baya sana sinun mana cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, isu ni dia mcm pelik jer.....suapan utk percepatkan proses siasatan dan rayuan?

Bkn suapan utk melepaskan kesalahan?

Ni dah mcm budaya BAKSHEESH di middle east dah ni.....nk kena hulur utk percepatkan proses
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:39 PM | Show all posts
siasat jgn tak siasat, biar yg bersalah dikenakan hukuman setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani buat, berani tanggung aarrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyuk betul kerja kerajaan.macam2 cara boleh buat untuk jana pendapatan.
Baru boleh keluar dari B40 .
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:26 PM | Show all posts
lain kali jangan guna akaun family..
dah tentu la dorang boleh trace..
guna je akaun pompuan simpanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 15-9-2020 04:20 AM
Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik

Yang tu pandai jilat bos.. Bos plak pantang dijilat, dipuji terus rekomen naik pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 01:54 PM | Show all posts
Pemberi rasuah kena tahan x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 02:11 PM | Show all posts
haiiiiii sia2 perkhidmatan berpuluh2 tahun tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 15-9-2020 12:20 PM
Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik


tuhlah paaal..beria2 post jawatan kosong..last2 yg appply ikut kabel gak dapat...theb aku rasa diaorg ni sesuai g kursus tata negara...ni rasa sayang negara tuh hilang..sb tuh kes rasuah banyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.498179 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list