CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47812|Reply: 159

[Tempatan] Ramai siswazah masih menganggur sebab terlalu memilih lokasi tempat bekerja

  [Copy link]
Post time 15-9-2020 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Terlalu pilih lokasi kerja antara punca siswazah menganggur
| | 15 September 2020


KUALA LUMPUR - Terlalu memilih lokasi tertentu untuk memohon pekerjaan dan mempunyai kemahiran insani yang rendah dikenal pasti sebagai antara punca utama siswazah di negara ini gagal mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian, kata Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Menterinya, Awang Hashim berkata, selain itu, kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kursus yang dimiliki juga menyumbang kepada masalah tersebut.

“Kelulusan atau CGPA yang rendah juga menyebabkan majikan-majikan kurang berminat untuk menggaji calon-calon dalam ketegori ini selain ketidaksepadanan di antara bidang pengajian sesetengah siswazah dengan pasaran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Senator Idris Ahmad tentang statistik dan data berkenaan pengangguran dalam kalangan yang memiliki ijazah pertama sejak 2015 hingga Julai lalu.

Katanya, berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016, jumlah siswazah menganggur pada 2016 ialah seramai 145,800 orang atau empat peratus sementara pada 2017 seramai 154,500 orang (4 peratus), seramai 161,300 orang (3.9 peratus) pada 2018 dan 170,300 orang (3.9 peratus) pada tahun lepas.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) yang berperanan membincangkan inisiatif pembaharuan jangka panjang memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat ‘structural’ seperti ketidaksepadanan berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 202,117 peluang pekerjaan ditawarkan oleh majikan kepada golongan siswazah menerusi portal MY Future Jobs dalam tempoh Jun hingga 14 Ogos lalu.

MY Future Jobs diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas, selaras inisiatif Penjana Kerjaya yang dilaksanakan bagi merangsang kewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Awang berkata, selain portal MY Future Jobs, kementerian menerusi Jabatan Tenaga Kerja juga telah mengadakan pelbagai program bagi membantu golongan siswazah memperoleh pekerjaan sekali gus mengurangkan pengangguran dalam kalangan mereka.

“Antara inisiatif itu ialah mengadakan karnival kerjaya dan temuduga terbuka... menerusi pelbagai program ini, seramai 7,178 orang berjaya mendapat tempat dalam pekerjaan,’’ katanya, menjawab soalan tambahan Idris tentang inisiatif yang diambil kementerian bagi membantu institusi pengajian tinggi dalam mewujudkan sumber manusia yang berkesan. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah memilih. Takkan nak biar je orang kijak kepala. Aku setuju je penganggur memilih. Jangan tunduk sangat dengan golongan2 'usahawan pembuli' ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus lerr memilihh dah xde kenderaaan .. ingt rakyat marhaen ni kaya2 yg tggu mak pak bagi keta .. pfffftttt ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:06 PM | Show all posts
harusla memilih..setakat gaji minima nak dok bdr besar buat apa, baikla carik keje yg dekat2 dgn famili..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:06 PM | Show all posts
mmg betul pun. yang dok kelantan keras2 nak keje kat kelantan. ni salah 1 contoh. ada agensi kerajaan ni pernah buat kajian gaji graduan lepasan kemahiran, check2 tengok ramai gaji rendah mcm gaji cleaner je. antara sebab mcm ni la, sanggup keje bukan setaraf dengan kelulusan asal keje kat kampung
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kalau dah jauh tak balik modal minyak, xkan nak pegi jg huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 15-9-2020 03:06 PM
mmg betul pun. yang dok kelantan keras2 nak keje kat kelantan. ni salah 1 contoh. ada agensi kerajaa ...

ada sebablah tuh..mgkn diaorg kena jaga family...tp at least diaorg bekerja dr menganggur dan jd biawak hidup kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 15-9-2020 03:06 PM
mmg betul pun. yang dok kelantan keras2 nak keje kat kelantan. ni salah 1 contoh. ada agensi kerajaa ...

Yg kelantan kjer dkt kelantan pon sbb kjer gomen. Pasni kalau btol smua penjawatan gov kontrak tak tau la nasib puak2 kelantan acah kaya ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 15-9-2020 03:56 PM

Aku dulu kerja penang.. Tak ada kenderaan.. Aku cari kilang yg sediakan pengangkutan.. 1st job aku kat intel kulim.. Tak ada pengangkutan disediakan sebab aku contract staff.. Setiap hari bekerja.. Aku naik bas Mahang berhenti depan entegris dan jalan kaki masuk ke intel KM 3 kira2 3km.. Aku akan sampai ke ofis pukul 7.50 am. Rehat jap then on pc buat kerja.. Balik pulak.. Jalan 3km ke hentian bas.. Tunggu bas pukul 6.30 ptg.

Bila kita sedar kita perlu kerja keras utk tanggung kehidupan.. Segala benda tak ada kenderaan tu dah tak menjadi penghalang.

Bila aku masuk motorola penang.. Aku dok seberang..jadi pagi2 lepas subuh aku naik bas rapid ke Sunway Carnival dan naik BEST pukul 7 am. (rapid bas free utk staff FREE Zone)..sampai ofis biasanya dalam 7.50 am kalau tak jem. Balik pulak naik bas yg akhir bila time bulan posa.. Setiap hari aku berbuka dlm bas.

Oh ya.. Aku makan subsidi kat kantin kilang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 03:58 PM | Show all posts
Kalau dapat keje jauh gaji 1500, nak menyewa rumah/bilik 300-400 acaner tu...belum masuk transport dll
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 04:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-9-2020 03:25 PM
Aku dulu kerja penang.. Tak ada kenderaan.. Aku cari kilang yg sediakan pengangkutan.. 1st job aku k ...

ah ini betul.

nak seribu daya,

takde kenderaan ke, kena bangun awal ke..tu tak menjadi masalah sebenarnya..


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-9-2020 04:46 PM
ah ini betul.

nak seribu daya,

Sebab tu aku ckp.. Tak ada benda yg jadi penghalang kalau betul2 nak ubah kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akies at 15-9-2020 05:02 PM

Aku ada degree..lpas graduate je, aku gi keje kt farmasi sbb nak kumpul duit untuk konvo.
Cari pengalaman.
Lepas tu cari keje slow2 ikut bidang.
Makan tghari bawa bekal, lunch kat pantry ofis.
Naik lrt ke keje pastu trun smbg naik bas pula sblm sampai ke ofis.
Gitula sblm aku jump kompeni besor sikit.

Kalau nak terus dapat gaji lumayan..
goyang2 kaki sambil merungut mmgla
tak dapat keje sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-9-2020 04:48 PM
Sebab tu aku ckp.. Tak ada benda yg jadi penghalang kalau betul2 nak ubah kehidupan.

Betul2 iolls sokong
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 15-9-2020 05:01 PM
Aku ada degree..lpas graduate je, aku gi keje kt farmasi sbb nak kumpul duit untuk konvo.
Cari peng ...

Betul..nak seribu daya xnak seribu dalih
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus lah memilih. 3k miskin bandar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 15-9-2020 03:58 PM
Kalau dapat keje jauh gaji 1500, nak menyewa rumah/bilik 300-400 acaner tu...belum masuk transport d ...

Masa 1st job sy.. Gaji sy rm1200...sewa rumah termasuk utiliti share rm200 seorg.. Sebulan gaji bersih selepas tolak kwsp,  socso dan sewa+ utiliti ada dlm 800....setiap hari Jumaat ptg balik alor setar.. Pagi2 Sabtu dan Ahad pi berniaga kat gerai makcik jiran di Medan Selera Hospital Alor Setar lama.. Ahad pulak pukul 4.30 pm pi shahab perdana sebab nak naik bas mara pukul 5 ptg.. 2 hari kerja kat gerai makan dapat dlm rm60..duit tu guna utk belanja makan + tambang pi balik kerja masa kat kulim utk setiap minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
diiyanazakaria replied at 15-9-2020 05:19 PM
Betul2 iolls sokong

Semoga depa ni buka mata tengok mcm mana susah mak bapa depa cari duit.. Hatta kalau parents kerja opis dan berjawatan tinggi pun bukan senang utk dapat duit setiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:29 PM | Show all posts
Edited by dekmieDandy at 15-9-2020 09:30 AM

Kenalar memilih sikit, teringat dulu jadi trainee je

Elaun 1,600, kene survivie duduk KL

dahler takde sape-sape kat sini, main hantam je pergi

saving pon time tu ada <300 je dalam poket
nasib baik waktu tu ayah willing untuk sponsor motor guna ulang alik keje
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang kerja menteri, apa semua benda salahkan rakyat. Diorang ilek2 jah siap langgar perintah kuarantin lgi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.089705 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list