CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9460|Reply: 34

[Tempatan] Monyet pun minat iphone.Siap berselfie lagi.Lelaki ini dedahnya pencuri iphoneny

[Copy link]
Post time 17-9-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Batu Pahat: Penangan seekor monyet yang berswafoto menggunakan telefon pintarnya, Muhammad Zackrydz Mohd Rodzi secara tiba-tiba meraih populariti segera bukan saja dalam Malaysia, malah di luar negara.

Penuntut Diploma Sains Komputer, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka itu berkata, segalanya bermula apabila telefon pintarnya, iPhone XS Max yang disangka hilang rupanya dilarikan haiwan itu, Sabtu lalu.

Katanya, dia menyedari telefon pintar yang dibelinya setahun lalu itu hilang selepas bangun tidur di rumahnya di Parit Besar, di sini, Sabtu lalu.

Saya bingung sebaik bangun tidur saya dapati telefon hilang dan cuma tinggal sarung telefon saja.

"Puas saya mencari dalam rumah dan bertanyakan ahli keluarga, namun telefon itu masih tetap tidak dijumpai.

"Saya juga berusaha menghubungi nombor saya, ada bunyi 'ringing' tetapi tidak membantu saya mengesan di mana lokasinya," katanya kepada Harian Metro.

Enggan berputus asa, menurutnya, petang Ahad dia bersama abangnya ke belakang rumah meneruskan pencarian selepas bapa mereka mengesyaki monyet melarikan telefon pintar itu.

Pada mulanya saya rasa tak masuk akal, kalau monyet hendak ambil telefon itu, tetapi saya cuba juga pergi ke belakang rumah kerana pada hari kejadian memang tingkap bilik saya dibuka.

"Abang mula membuat panggilan ke nombor saya sebelum kami mendengar bunyi telefon dari arah hutan berdekatan kira-kira 30 meter dari rumah kami.

"Sebaik sampai ke lokasi itu, betul tekaan bapa apabila kami berjaya menemui telefon itu yang penuh dengan lumpur kerana kebetulan hujan semalaman di tempat kami," katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia membersihkan telefon pintar itu sebelum membuat pemeriksaan untuk melihat keadaan alat telekomunikasi itu.

Sebenarnya jiran saya juga menerima nasib sama sebelum ini hingga telefon mereka pecah, tetapi saya mungkin lebih bernasib baik apabila tidak rosak teruk cuma terjejas pada komponen bahagian pengecasan.

"Bapa saudara saya saja bergurau mengesyorkan saya memeriksa telefon itu mana tahu ada gambar monyet itu.

"Apabila saya tengok galeri telefon saya memang betul penuh dengan gambar monyet itu berswafoto membuatkan saya tidak dapat berkata-kata kerana terperanjat monyet pun boleh berswafoto.

"Walaupun telefon saya memang menetapkan pada mod kunci tetapi ada logiknya mungkin monyet itu berjaya mengaktifkan sistem skrin sesentuh iPhone dan membuka aplikasi kamera," katanya

Menurutnya, perkara itu menjadi bahan jenaka keluarga dan sanak saudaranya sebelum dia berkongsi peristiwa jarang berlaku itu kepada rakan di Twitter, malam Ahad lalu.

"Niat saya cuma berkongsi pengalaman jarang berlaku itu, tidak sangka pula penangan kisah monyet ini hebat sekali hingga mendapat perhatian luar biasa.

"Permintaan rakan dan pengikut di media sosial tiba-tiba naik mendadak contohnya Instagram daripada 4,000 pengikut meningkat kepada lebih 200,000 pengikut, malah ada yang menghantar mesej peribadi semata-mata mahu mengetahui cerita lanjut pasal monyet unik itu.

Saya juga dihubungi dan diwawancara beberapa agensi berita luar negara terkemuka termasuk BBC, Reuters, CNN, UNILAD dan pelbagai portal lain," katanya yang mahu menyimpan gambar monyet itu sebagai kenangan.

Katanya, dia menganggap peristiwa jarang berlaku itu mengandungi hikmah tersendiri termasuk lebih peka dan berwaspada pada masa hadapan.

"Peristiwa melucukan ini memberikan pengalaman dan kenangan cukup unik buat saya yang tidak akan dilupakan sampai ke tua dan mahu kongsikannya kepada anak cucu saya kelak.

"Apa yang penting kejadian ini memberikan peringatan bermakna kepada saya supaya tidak cuai termasuk menutup tingkap atau ruang terdedah bagi mengelak dimasuki haiwan.

Selain itu, kejadian ini mengajar saya tentang kepentingan kita memuat naik aplikasi pengesan lokasi bagi memudahkan kita mengesan kedudukan telefon sekiranya hilang," katanya.

Sehingga kini, perkongsian pemuda itu meraih lebih 200,000 tontonan serta lebih 5,000 ulang ciap di Twitter.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/621333/monyet-oh-monyet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
hahajajajaj
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana nak sebut nama dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semenjak kes BBNU berangan menang rekacipta NASA tu, aku malas dah nak ambik pot cerita BBNU ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lubang hidung mu tetap menjadi pojaaan hati
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 17-9-2020 01:26 AM
Mcmana nak sebut nama dia ni?

Zack-kritzz kot. Ntah. Hahahah

Biasa ko ye monyet. Kemain dia. Monyet punya monyet. Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2020 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg sesuatu la monyet ni.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai iphone takkan tak activate Find my iphone?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya nak bagitahu ko mampu ber iphone bagai khenss walaupun stoden diploma jahh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hokayyyy.muhammad zackrydz dh blh slow2 try jd instafemes la ye lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Emm teringat beruk masuk umah dan bawak lari pinggan iols.
Pinggan tu ada buah mangga yg dah iols potong.
Anak duk makan buah tu boleh plak beruk masuk umah dan bawak lari dengan pinggan tak reti2 nak pulang balik.
Sejak tu memang tak bukak dah grill slidding door luas takut gak dahla besor beruk tu.
Duk umah tinggi2 pun beruk tetap manjat nak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 07:34 AM | Show all posts
bijaknya kamu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak hantar mesej2 ceramah kat monyet suruh pulang balik fon ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha famous by a monkey
Tp susah la hai nak sebut nama dak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:09 AM | Show all posts
Zakriz..silence D.
Saje letak spelig glamor
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn main2 dgn beruk liar. Kt luar negara ada kes beruk liar masuk kawasan perumahan & heret budak kecik atas jln smpi cedera budak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 08:11 AM | Show all posts
hungryhenry replied at 17-9-2020 06:29 AM
Pakai iphone takkan tak activate Find my iphone?

Ha'a, rugi aje pakai iphone kalau tak activate find myphoe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm helok zackrayd ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:43 AM | Show all posts
ingatkan gambar macai PH tadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:59 AM | Show all posts
kata iphone XS, tapi video cume 240p aja..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.257660 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list